Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai reader semua... sudah makan tengahari ke tu, Bonde nak kongsikan dengan anda semua menu kesukaan Bonde. Kalau nak tahu cara proses rebung anda boleh baca dekat link disini senang jer nak proses rebung buat sendiri lagi puas hati.
Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu
Resepi yang ingin Bonde konsikan ini sangat mudah dah simple sekali. Bahan pun tak banyak dan remeh. Tapi tetap sedap he he he
Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu
Bahan-bahan :
Perut Lembu yang telah dibersihkan dan direbus empuk
4 Sudu Cili Api yang siap dikisar
1 kotak santan 250 ml
sedikit perahan limau
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam bukit
sedikit air
Cara Memasak :
Masukkan perut lembu, cili api, serbuk kunyit dan sedikit air didihkan dengan api yang kecil bagi sebati kuah dengan cili api dan kunyit biarkan mendidih dan perut nampak lembut.
Selepas itu masukkan rebung dan santan biarkan mendidih lebih kurang dua kali dan masukkan perahan limau, garam bukit dan kacau-kacaulah kalau rasa sudah cukup masin di tekak anda.
Lepas tu siap dah, Sedia untuk dimakan.
~ Bonde Senyum Riang ~
13 Ulasan
wahhh.. sedap :)
BalasPadamMemang sedap, lauk kesukaan Bonde
Padamkena belajar dgn bonde ni cara masak rebung
BalasPadamBoleh jer, tapi Bonde masak campak-campak ha gitu
PadamSedapnya bonda...
BalasPadamYeayyy sedap, lauk kesukaan nih
Padamsedap ni bonde..peberet kita ni..:)
BalasPadamOk sep sikit, kesukaan Bonde juga
PadamLauk fav ni bonde. Sedapnyaa!
BalasPadamTak sangka ramai peminat lauk macam nih, sedapkan nikmat makan tu tak boleh bincang ha ha ha siap bertambah nasi dan lauk
PadamSedapnya perut lembu..tapi kita tak makan rebung
BalasPadamwaalaikumussalam. rebung. my faveret ^_^
BalasPadammasak lemak dgn rebung is ohsem, bonde.
BalasPadammalangnya, asben aida x makan rebung :( sedih.
tu yg tak pernah masak kat rumah.
kalau ke restoran, baru amik lauk tu.
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.