Nikmat Makan Bubur Nasi Dengan Sambal Puaka Dan Pegaga Crispy



Nikmat Makan Bubur Nasi Dengan Sambal Puaka Dan Pegaga Crispy Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Bonde kalau ke Rembau pasti akan singgah satu warung tepi jalan ni untuk beli dua makanan ni iaitu Sambal Puaka dan Pergaga Crispy.  Bukan apa Bonde suka makan 2 makanan ni dengan nasi bubur, memandangkan Bonde pengemar makanan pedas pastinya Bonde akan makan bersama-sama nasi dan juga bubur nasi.

 Pegaga Crispy

Sambal Puaka

Setiap kali hantar dan jemput Fatin dari Asrama, Bonde akan singgah sini untuk beli, kawan-kawan pejabat pon selalu pesanan minta belikan.  Sudah terlanjur Bonde singgah memang selalu Bonde belikan sekali.  


Ini adalah rupa sebenar Pegaga Crispy... Cara masak nampak mudah sahaja tapi tak ada masa nak buat!  jadi beli senang tinggal makan.  Pegaga digoreng dengan tepung ranggup bersama taburan ikan bilis dan bawang putih.  Rasa pegaga sangat sedap dan tidak pahit.


Ini pula rupa Sambal puaka... bahan asasnya adalah cili api dan ianya mempunya ikan bilis yang ranggup.. rasanya memang sangat pedas. Tapi bila dah makan nak lagi dan lagi ha ha ha


Cara Bonde makan kedua-dua makanan di atas.

Kalau sarapan dekat pejabat, Bonde suka tapau bubur nasi, Kalau anda nak tahu set bubur nasi yang dibeli dekat Cafe Pejabat Bonde ni, akan ada bubur nasi, kacang tanah goreng, sup ayam dan juga cili kicap sedapkan! tapi kalau makan hari-hari boleh jadi jemu juga.  Jadi Bonde tukar selera makan  Bubur nasi dengan cara tersendiri cewahhhh..... Bonde gabungkan Bubur nasi dengan taburan pegaga crispy dan sambal puaka,  pegaga tu letaklah takat makan suka, selalunya Binde akan tambah-tambah dan sambal puaka ianya Bonde cedok dan tabur dalam kuantiti yang sikit sahaja, maklumlah pedas jadi, Bonde tak perlukan banyak..untuk sambal tu,  tapi terpulang pada anda yang suka makan pedas yang melampau tu, tanggungjawab anda sendiri kalau lidah anda pedas ha ha ha


Kalau anda rasa nak cuba makanan diatas bolehlah contact pada nombor yang tertera dalam gambar.

Selamat Mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Menarik ni bonde..diorang tak nak kita promote ke..hahahaha..nampak sedap sambal puakak tu ha

    BalasPadam
  2. ya Allah. terus terasa kenikmatan buubr tu di sini. haha

    BalasPadam
  3. sedapnya. makan pulak dengan nasi panas-panas.. takut-takut habis nasi satu periuk. hihi

    http://cikpuaneljourney.blogspot.com/Jemputlah ke rumah online saya tak seberapa tu.. hihi

    BalasPadam
  4. Pegaga Crispy tu memnag sesap kan bonde. Makan camtu je best. Apa entah lagi makan dengan bubur, oagi bertambah sedap

    BalasPadam
  5. Sedapnya Bonda.. teringin pulak nak rasa..

    BalasPadam
  6. sedap!
    aida dpt rasa kan ianya amat sedap!!!
    bubur and those side dishes, memang boleh bertambah bubur :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.