Drama Adaptasi Novel Jujurlah Nikahi Aku Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua... Drama adaptasi novel 'Jujurlah Nikahi Aku' karya Umie Nadzimah telah diadaptasi ditayangkan dislot DramaVaganza, Astro Ria bermula 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam di Astro Ria. Bonde sudah habis baca Novel ni, lama dah... Bila tahu ianya akan diadaptasi tentu-tentunya tak sabar nak tengok dekat tv watak-watak dalam novel ni jadi real... Drama 'Jujurlah Nikahi Aku' menampilkan lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi. Diarahkan oleh Rashid Sibir.
Info Drama Jujurlah Nikahi Aku
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Maizura Ederis
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku :
Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Kasmaliah Mat Dome, S.Sahlan, Hamidah Wahab, Arena Iman, Mandy Chong
Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku :
Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa
Sean Lee sebagai Alan Wong
Rita Nadira sebagai Zurin
Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
Raja Azura sebagai Puan Azah
Zaidi Omar sebagai Encik Arshad
Hamidah Wahab sebagai Narimah
S.Sahla sebagai Tuan Zainal
Magerate Gan sebagai Popo
Arena Iman sebagai Suzaila
Sinopsis Novel Jujur Nikahi Aku
NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?
“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”
Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.
AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin
“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.
Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.
“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.
“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.
Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?
Bagi anda yang nak dapatkan novel 'Jujurlah Nikahi Aku' boleh hubungi penulis Kak Umie Nazimah di FB Page dibawah ini.
Cara nak dapatkan Novel Jujurlah Nikahi Aku
Klik link untuk info novel yang bakal di adaptasikan tahun 2020 novel-novel-yang-bakal-diadaptasikan.
Selamat Menonton.
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.