Sup Labu Seafood Bergabung Dengan Sambal Strawberi



Sup Labu Seafood Bergabung Dengan Sambal Strawberi Cafe Tutup!!! Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai reader semua... Minggu ni adalah minggu kerja setelah selesai urusan persekolahan anak-anak, Bonde pun tak lepas peluang merasa suasana tu,  Hantar Fatin masuk asrama balik, Alhamdulillah dengan keputusan yang diperolehi dapat sambung ke peringkat Diploma tahun ini.  Nanti Bonde kongsikan part ni yea.

Sup Labu Seafood Bergabung Dengan Sambal Strawberi

Tahun ini, pihak pengurusan cafe dekat pejabat Bonde dah tamat kontrak, jadi minggu pertama kerja cafe masih tak dibuka kerana pengurusan kontrak baru belum masuk lagi, jadi Bonde masak pepagi dan bawa sarapan ke pejabat.

Sabtu yang lepas Bonde ke AEON Nilai beli sebijik themos, sebenarnya lama dah cari themos ni sebabnya nak bawak makanan atau kuah-kuah tahan lama panasnya, Bonde beli dengan harga 39.00 kalau tak harga asalnya ialah RM 59.00 maklumlah tengah promosi belilah ada banyak juga jenama yang boleh belek-belek masa buat survey tu.. tapi terjumpa ini yang paling murah.  Jadi Bonde belilah sebijik.


Disebabkan Bonde ni memang suka makan makanan yang berkuah dan panas-panas Bonde belilah sebijik untuk senang bawa kemana-mana.

Menu Sup Labu Seafood

Bahan-bahan :

2 potong Labu dihiris
segengam pasta jenis fusilli (agak-agak je)
4 crab stick
4 fish ball
segengam soon (agak-agak je)
sedikit stok ayam manggi
sedikit lada hitam yang telah dikisar
sedikit air ( terpulang kalau anda nak kuah yang banyak)

Cara-cara memasak :

Didihkan air, masukkan pasta fusilli bagi kembang dan lembut, tambah air dan masukkan labu, bila labu dah lembut masukkan crab stick dan fish ball, masukkan soon dan masukkan stok ayam maggi, lada hitam dan dah siap untuk ditapau.

haaa mesti pelikkan Bonde punya resepi tak guna bawang... memang tak guna bawang pun sebabnya Bonde plan nak makan dengan Sambal Strawberi, dalam Sambal Strawberi ni dah ada bawang merah dan bawang putih goreng garing. 


Sambal Strawberi 

Sambal Strawberi ni, beli dekat Kedai Abang dekat Cameron Highland.  Kedai yang popular jual nasi lemak strawberi tu.  Sambal Strawberi ni bagi Bonde sedap! rasanya yang pedas, manis dan garing, terasa ikan bilisnya sesuailah dimakan dengan sup, bubur dan nasi.  Nak cicah dengan lempeng atau cucur pun boleh.

#SooSedapp...

Mana Strawberinya?

Strawberinya dah dipotong halus... Sedap tau! Kalau tergigit strawberinya adalah rasa manisnya didalam mulut hi hi hi


Nah Bonde Zoomkan sikit kalau anda nak tengok Sambal Strawberi tu.


Kalau pergi Cameron Highland haruslah singgah dan beli lagi...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Waalaikumussalam. Allahu terbayang di dalam mulut sekarang ni. Haha

    BalasPadam
  2. Tak pernah try lagi bonde sup labu dengan sambal strawberi ni. Nampak lain dan unik pulak makana ni.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.