Mandi-Manda Di The Nahara Kalumpang



Mandi Manda Di The Nahara Kalumpang Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua pada pertengahan November tahun lepas bonde dan family berjalan ke The Nahara Kalumpang.  Asalnya kami plan ke satu destinasi yang lain terpaksa batalkan atas sebab Kanda tak dapat cuti dan Fatin pula sudah plan nak kerja partime sempena cuti persekolahan akhir tahun 2019.  Apa boleh buat, apa yang kita rancangankan tidak semestinya menjadi seperti apa yang kita nak. jadi... terpaksalah plan perjalanan kami sekeluarga ke tempat lain.

Mandi-Manda Di The Nahara Kalumpang

Ini adalah sesi terjahan Bonde ke The Nahara Kalumpang buat kali ke dua.  Kalau anda nak baca entri terjahan Bonde kali pertama ada Sini.

Ada banyak aktiviti boleh buat dekat The Nahara ni tau, antaranya ialah :


Barbecue, Family day , Picnic, Jungle Trekking, Jungle adventure, Seminar and Workshop,  Water Sports, Team Building... 

Kemudahan yang ada  dekat The Nahara adalah seperti : 


Sewa Villa + Swimming pool, Sewa Chalet, Sewa Khemah, Sewa Wakaf,  Bath room / Changing room, Campsite, Catering,  Dining hall,  Dormitories, Surau, Open Hall, Open space / dataran, Open stage, Outdoor facilities, Parking, Small hut, Sport's field, Toilet yang bersih.


Kami datang kali ni nak mandi-manda sahaja, kalau sebelum ni kami datang adalah bakar-bakar barbecue sebab tu memang dah planning awal.  Kali ni kami datang bawak jajan dengan air sahaja.  Memandangkan sampai pun dah lewat jadi banyak port dah penuh.  Tapi Kanda gigih juga mencari untuk keselesaan kami tiga beranak.

Terpaksa seberang jambatan nak cari tempat kosong.  Akhirnya jumpa juga satu tempat ada payung, meja dan tempat memasak..


Rasa rugi pula kami tak bawa dapur bestnya kalau dapat masak-masak dekat dapur nih... macam dapur dekat kampung baiklah next time datang plan betul-betul..


Tak sabar nak mandi-manda, Tengok air dekat bawah... bestnya mandi, terselah kesejukkan air tu kan!



Masak apa tu? nampak dah berasap-asap tu haaa syoknya, mandi sejuk-sejuk lepas tu makan panas-panas.  Eh bau masak sampai seberang sini... haduii lapa perut ni hah, hantarlah dekat seberang sini sikit... eh eh buat selamba tak layan emmm tak apa merajuk


Dekat sini anda tak boleh suka-suka hati nak membakar dekat dengan pokok jika anda tak tahu rajin-rajinkan baca tanda amaran yang dipaku pada setiap pokok yang ada.


Info Bayaran masuk Di The Nahara Kalumpang

Dewasa : RM 8

Kanak-kanak :RM 5

Info Bayaran Sewaan Kemudahan Yang Ada Di The Nahara Kalumpang

Sebuah Villa
RM1800/day

Sebuah Chalet A (8' x 10')
Ada tilam queen size dan kipas dinding
tandas di luar
RM150/day

Sebuah Chalet B (16' x 16')
Tandas, katil queen size, air-cond, kipas dan TV
RM300/day

Tapak khemah

Bermalam guna khemah sendiri
Dewasa:RM 15
Kanak-kanak :RM7

Harga sewa khemah kecil
RM50 /unit +Tilam RM 5/unit

Sewa khemah (15' x 15')
RM 120/unit + katil RM10/unit

Pondok/Wakaf
Booking terlebih dahulu sebelum datang (selalunya penuh) /ada tempat Barbecue





Selepas mandi kami bergambarlah dekat area rumah ni sebab tadi masa datang semua penuh.

Untuk makluman anda semua, kemudahan Surau dekat sini memang selesa sebab suraunya boleh tahan besar.

Toilet pula masa Bonde datang hari tu bersih (ini yang paling penting) sebab kerap dibersihkan oleh penyelia.


  

Seronok pulak ada chalet yang siap ada pangkin dekat luar... suasana kampung sangat.. halaman pula bersih tenang sahaja lepak-lepak depan rumah nih!




Makan dekat Nasi Bamboo Sungai Kelah, kali kedua ke sini... Disebabkan hari tu Bonde pergi makan dengan Kanda tak bawak Fatin jadi kali ni dia claim nak makan dekat situ, Dari The Nahara ke Nasi Bamboo Sungai Kelah lebih kurang 30 minit sahaja.  Nak tahu apa yang menarik dekat Nasi Bamboo Sungai Kelah baca dekat sini.  



Next time datang Bonde nak bermalam dekat sini pulak tapi "plan" nak sewa chalet atau tapak perkhemahan.  Sebab kami dah ada khemah muatlah  untuk empat orang.  Bermalam dekat tepi air terjun mesti bestkan! tidur berlagu bunyi air..

Sebarang tempahan The Nahara Kalumpang boleh berhubung dengan :

Pn Rahmah - 
0194312193

En. Halim - 03-60491171


The Nahara Kalumpang
Lot 428, 

Jalan Kg Pasir Putih, 
Kalumpang 44100 Kerling, 
Hulu Selangor, Selangor
Email: thenaharakalumpang@gmail.com

Website: thenahara.blogspot.com


Facebook Page: The Nahara Unofficial Facebook Page



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. bestnya tempat ni... tak tau pulak boleh sewa chalet.. lepas ni bole la piknik kat sana pulak.. ^_^

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. subhanallah cantiknya suasana. mendamaikan ^_^

    BalasPadam
  3. seronok tu mandi manda..nk plak cuaca panas skarang kn..adik aritu ada buat familyday kt sini

    BalasPadam
  4. Bestlah tempat dia.. walaupun dekat, tak pernah sampai lagi..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.