Bajet Dan Internary Travel Ke Korea Style Backpackers Hari #3 Everland Resort - Dongdaemun



Bajet Dan Internary Travel Ke Korea Style Backpackers Hari #3 Everland - Dongdaemun Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai semua reader, pasti ramai yang tertunggu-tunggu part sambungan trip Korea ni kan! jadi dengan penuh semangat Bonde sambung cerita nih yea... Ini cerita kali pertama Bonde jejak kali dekat Everland, baca dekat sini

Bajet Dan Internary Travel Ke Korea Style Backpackers Hari #3 Everland - Dongdaemun

Hari #3 

8.30 | Pergi ke meeting point shuttle bus

9.40 | Menaiki Shuttle bus ke Everland

10.30 | Everland

16.30 | Gerak ke Dongdaemon - makan malam / Kembali ke Sarang



Seperti biasa, jam 8.00 pagi kami siap-siap dan terus bersapan di pantry bawah, selepas sarapan... 


Bonde dan geng akan keluar berjalan kaki menyusuri jalan untuk menaiki bas ke Everland.  Walau dekat sini dah nampak cahaya matahari tapi masih sejuk tau... laluan yang kami jalan ni ada banyak deretan pokok sakura dan ianyanya ada yang baru berputik dan setengah tempat ada yang telah kembang.



Lebih kurang 15 minit perjalanan kami, sampai di stesen bas yang ingin kami naiki... dekat situ kami berjumpa dengan pelancong lain juga yang sama-sama akan menaiki bas ke Everland, kali ni ramai pelancong dari Sabah, Malaysia, Indonesia, Singapore dan tak kurang juga warga tempatan yang sama-sama nak explore Everland.

Detail perjalanan untuk ke Everland boleh rujuk dibawah :

BY SUBWAY: 
Everland Resort adalah perhentian terakhir di Everline Line. Ceritanya lebih kurang 2 jam setiap perjalanan ke sana. Dari Stesen Seoul, pergi ke Stesen Suwon. Pindahkan ke Bundang Line dan pergi ke Stesen Giheung. Pindahkan ke Everline Line dan pergi ke Stesen Jeondae Everland. Dari Stesen Jeondae, anda boleh mengambil bas ulang-alik percuma ke Everland. Dengan kad T-money, tambang ialah KRW 2,450 setiap satu.

BY BUS: 
Anda boleh mengambil Bus No. 5002 dari Exit 10 dari Stesen Gangnam. Ia mengambil masa kira-kira 40-50 minit dan kos KRW 2,500 setiap jalan. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil No. 5700 Bus dari Exit 6 dari Stesen Jamsil. Kos adalah sama namun laluan ini mengambil masa yang lebih lama, sekitar 60-80 minit setiap jalan.

OLEH SHUTTLE: 
Terdapat sebuah bas ulang-alik Everland yang membawa anda dari tempat pickup yang ditetapkan di Seoul ke resort. Bergantung pada tempat pickup anda, ia boleh membawa anda ke sana sekitar 40-50 minit dan biasanya menelan belanja KRW 12,000, tetapi anda boleh mendapatkannya hanya dengan KRW 10,000 jika anda membelinya melalui Klook.

PAKEJ HARI MINGGU EVERLAND: 
Ia mengikat satu hari perjalanan ke Everland dengan pemindahan ulang alik dari tiga lokasi pusat di Seoul - Hongdae, Myeongdong, atau Dongdaemun. Ia biasanya berharga KRW 65,000 untuk bundle tetapi anda boleh mendapatkannya hanya untuk KRW 51,800 melalui Klook.


Dalam Suttle Bas ke Everland , masa ni selesa sebab dah beli tiket awal-awal lagi.


Dari Stesen Suttle ke Everland Resort ( Kebanyakkan bas penuh, dan kena berdiri tapi tak lama mana pun lebih kurang 5-10 minit macam tu..)


Alhamdulillah sampai dah dekat pintu masuk Eveland Resort, keterujaan kami bermula disini.



Tulip Festival At Everland Resort

Alhamdulillah kedatangan kali ini, bukan sekadar dapat tengok sakura, dapat juga tengok bunga tulip yang berwarna warni!... Subhanallah cantiknya.  Masa ni Bonde dapat ambik sedikit sahaja gambar-gambar dekat area pintu masuk dan berdekatan Magic Tree ada ramai pengunjung dekat situ jadi tak bolehlah nak ambik gambar banyak-banyak.





Pertamanya bila masuk Eveland Resort ni anda semua kena plan nak pergi mana? berdasarkan pengalaman Bonde yang lepas, sebelum apa-apa terjadi sama-sama bincang terlebih dahulu nak pergi mana? Kalau sesat nak jumpa dimana? take note metting point jam berapa nak keluar dari Everland Resort?  Ini adalah persediaan awal supaya cuti anda di Eveland Resort menjadi sesuatu yang indah bukannya kenangan yang menyedihkan!

1 - Panda World At Everland Resort

Melalui perbincangan kami, tempat pertama yang akan kami pergi adalah Panda world 













2 Tiger Valley And Seal ASea Lion

Gambar sekitar ni Bonde tak ambik ada dekat iphone Fatin, lepas jalan-jalan dekat sini kami berhenti rehat untuk destinasi seterusnya... Kami minum dan berehat, manakala Fatin baru nak sarapan dekat sini, Bonde dah buatkan Indomie untuk dia tadi.



3 Zoo Topia At Everland Resort


Baiklah gambar-gambar dekat sini tak ada dalam simpanan Bonde, ianya ada dalam iphone Fatin, Nanti Bonde akan update bila dah dapat gambar-gambar tu yea.  

Tips:

Bagi anda yang nak masuk melihat Haiwan-haiwan seperti Panda, Singa, Harimau, Zirafah secara dekat anda kena pergi awal-awal jadual perjalanan macam yang kami susun ni dah cantik sangat anda bolehlah follow. Sebab tak ramai masa awal pagi.

Jadual Perjalanan Dalam Everland Theme Park

Pertama : 
Panda world ( sangat tenang kerana tak ramai pengujung lagi)

Kedua : 
Monkey Valley Animal Talk ( sini ada macam-macam spesis monkey memang seronok tengok gelagat mereka tau!) 
Lost Valley (tempat zirafah siap boleh bagi makan)


Ketiga : 
Safari World (kami naik bas mini, agak panjang beratur dekat sini walau awal pagi tapi tak lamalah sebab perjalanan dalam Safari World tu lebih kurang 30 minit jer sini ada banyak haiwan ganas tapi tak cederakan pengunjung boleh tengok lebih dekat kerana bas akan berhenti dekat point-point haiwan ni seronok tengok sebab haiwan-haiwan tu comel sangat.. beruang yang besar tu dah nak sama tinggi dengan bas yang kami naik kalau dia berdiri tau ) 





Keluar dari bas akan melalui dekat kedai gift Fatin nampak spek warna fav dia... Tapi tak beli sebab dia dah ada dua.. pink dengan kuning (dia ada pakai dekat dalam bas masa awal-awal entri ni anda boleh check yea dia beli dekat shopee)

4 Amazon Express

Amazon Express ni adalah satu-satunya permainan air yang kami cuba main, memang adventure sangat tau, sekali naik nak naik lagi satu gendola ni boleh muat 10 orang, masa kami sampai dekat sini memang tak ramai yang naik... dan beratur jadi taklah kena menunggu lama, kami pon memang jenis tak mahu tunggu lama-lama untuk naik sesuatu permainan.  Permainan ni memang best anda kena cuba yea!






5 Musola @ Everland

Selepas keluar dari Amazon Express kami menuju ke Musola untuk solat.  Dalam Eveland Theme Park ni ada sebuah Musola untuk muslimin dan muslimat mengunakannya tapi Musolanya tidak besar memuatkan 10-15 orang sahaja dan bilik wudhu lelaki dan wanita berkongsi tempat.  Bagi yang nak selesa boleh tunggu clear tapi bagi yang kejar masa, kena pantas ambil wudhu dan solat.  Dekat sini ada disediakan bangku untuk mereka yang sakit lutut dan tak boleh solat normal like Bonde Alhamdulillah sangat.  Selesai solat touch makeup diluar sahaja ramai lagi orang nak solat dekat dalam.  Apa de hal kitakan musafir... hi hi hi tak payah malu.



6 American Adventure

Antara permainan yang ada di American Adventure ialah Columbus Adventures,
Double Rock Spin. Starlite Drive-in, Burger Café America, Let’s Twist, Skyway,
Hurricane 

Pertamanya kami naik Skyway untuk ke American Adventure kerana ianya terletak dibelah atas.... Ini adalah pengalam pertama Bonde naik Skyway ni, sebelum ni pergi tak naik pun.. Nak naik Skyway ni agak lama juga beratur tapi Alhamdulillah tak sampai 1 jam pun kena beratur.











Hurricane Adventure



8 T-Express

Pernah dulu berangan nak naik T-Express ini, ia adalah roller coaster yang diperbuat daripada kayu. Dah dua kali sampai dekat Everland  tapi masih belum berjaya naik... sebabnya dengar hiruk pikuk dan jeritan pada pengunjung yang naik buat jadi seram pulak nak naik, lagi pun kena beratur bapak panjang jadi memang taklah naik.  Pandang dari jauh jer.



3 gambar dari google untuk anda tengok dari dekat roller coaster yang diperbuat dari kayu!




Gambar-gambar dihadapan pintu masuk permainan yang tak sempat nak masuk...









8 Bunga Lily

Memandangkan sekarang tengah berlansung Festival Lily jadi ada banyak gubahan bunga lily di sepanjang jalan dalam taman Everland ni.





9 Singgah dekat kedai Aesop's Gift

Ada banyak patung-patung comel dalam ni.. geram je tengok tapi macam nak beli untuk mainan anak-anak kucing dekat rumah, tak beli pun! bila pikir nak kena hangkut banyak barang, lain kali jer datang dan beli! backppakers tak ada istilah shopping barang banyak-banyak.






Bergambar dekat lorong bersebelahan kedai Aesop's Gift, sebab cantik pulak tengok deretan payung-payung yang ada dekat atas tu... berwarna pink memang sukalaaa


10 Magic Tree

Dah selesai untuk hari ini perjalanan dan explore Everland Resort, Mana yang dapat kita rasa hari ini untuk next time kita try rasa yang lain pula! eh-eh macam ada planning nak pergi lain kali jer ha ha ha InsyaAlla ada rezeki nanti kita pergila lagi.

Last posing dekat magic tree Subhanallah cantik sungguh bunga lily putih dan bunga lily pink! banyak gambar Bonde ambik ini antara yang tercantik untuk paparan anda semua.










Rugi sangat ! Bonde menyesal tak beli pen bentuk bunga lily ni, kedai ni ada dekat jalan nak keluar dari everland! rasa nak nages bila tengok... memang next time akan datang sini dan beli InsyaAllah.



Perjalan pulang menaiki Shuttle bus seperti datang pagi tadi dan naik bus kembali pada tempat kami naik pagi tadi seterusnya kami jalan kaki semula untuk makan malam dekat Dongdaemun bersama-sama pengunjung dari Sarawak Cikgu-cikgu gitu... seperi biasa menu makan malam kami nasi dan lauk pauk yang sama seperti semalam cuma kali ini ada tambahan sup tahu.. korea style, makan dengan nasi masa panas-panas memang sedap sangat. 


Makan-makan kami selalunya akan sharing-sharing bayar, seorang lebih kurang 10,000 won macam tu.. 




Sup Tahu






Lepas makan tu, kami jalan balik dan singgah dekat deretan kedai yang jual ole-ole... kebanyakan kedai banyak tutup sebab dah malam.

info berkaitan Everland anda boleh baca dekat sini.. 

https://www.everland.com

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan