Percutian Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang



Percutian Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Kali ni Bonde yang kongsikan apa yang menarik yang terdapat di Avani Sepang Gold Coast, Bagan Lalang sebenarnya walau pun Bonde ni dilahirkan di Sungai Pelek, Sepang inilah kali pertama Bonde jejakkan kaki di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang atas urusan kerja!  Tidak pernah sama sekali dapat peluang untuk bercuti-cuti santai bersama keluarga.  Bila dipikirkan rumah kampung dekat kenapa nak ke tidur dihotel pulak??? rupanya firasat Bonde selama ini adalah salah! sesekali kenalah planning bercuti dan berehat bersama family tanpa memikirkan hal kerja... haaa gitu,  kali ini selesaikan dulu urusan kerja iaitu Promosi Tahun Melawat Sepang 2020!

Percutian Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang




Untuk makluman anda semua, Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang adalah sebuah resort yang terletak diatas air dan pemandangan dari atas udara, anda akan nampak jelas seperti sebatang pokok kelapa.  Avani Sepang Goldcoast Resort mempunyai 315 unit bilik, Bagi anda yang menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort, disini terdapat kemudahan 'buggy' dan basikal untuk memudahkan anda bergerak dari 'lobby" ke bilik anda, ke tempat makan restoran di dalam resort, kolam renang, spa,  tepi pantai dan juga 'lobby' semula, kemudahan basikal ini adalah percuma dan bebas, jika anda nampak basikal bersusun tu tandanya boleh digunakan.



Harga untuk menyewa bilik di Avani Sepang Goldcoast Resort ini adalah berbeza mengikut pelepah pada replika pokok kelapa, anda boleh semak dekat laman web Avani Sepang Goldcoast Resort untuk detail harga.

Avani Sepang Goldcoast Resort sesuai dijadikan tempat bulan madu kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kalau nak ambik 'mood honeymoon' memang sesuailah memilih Avani Sepang Goldcoast Resort sebagai tempat percutian anda. Avani Sepang Goldcoast Resort juga sangat sesuai bagi anda yang nak bawa family bercuti disini ada macam-macam aktiviti yang harus anda cuba antaranya :

Dapatkan Pas resort sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti, seperti bola tampar, ATV, trampolin, bot pisang dan Segways. Nikmati makan tengahari percuma, urutan bahu tradisional, fireshow, menyusuri sungai dan berbasikal.



Bonde sampai dekat Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang lebih kurang jam 5.00 petang, cuaca masa tu redup sahaja... jadi sempatlah Bonde menikmati 'sunset' petang itu...



Deretan kerusi ini adalah tempat untuk anda yang telah mendapatkan Pas Tours and Tickets by Aqua X Water Sports Village anda boleh main jet ski, banana boat dan lain-lain lagi aktiviti air yang terdapat disitu. Sementara tunggu kawan sebilik, Bonde lepak-lepaklah dulu dekat tepi pantai ni, menikmati angin petang!




Haaa surprise! Bonde ternampak ada table sudah dihiasi cantik.. macam ada candle light dinnerlah romantiknya siapa yang tempah nih??


Lobby Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang, dekat sinilah tempat untuk anda 'check in' dan 'check out' tempatnya sangat luas sekali dan waktu nih agak tenang tidak sesak! maklumlah sudah petang...


Bila dah ambik kunci bilik, anda ada dua pilihan kenderaan untuk ke bilik anda sama ada nak naik basikal ataupun 'buggy', kali ni Bonde pilih nak naik 'buggy' sebab ada banyak benda nak bawak agak berat juga bagpack dan satu lagi paperbag.  Memandangkan bilik Bonde agak jauh, lebih sesuai naik 'buggy'.  Nak naik 'buggy' kenalah ikut turn dan beratur dekat lane menunggu terlebih dahulu.  Bila naik 'buggy' anda hanya perlu bagi nombor bilik sahaja. 'driver buggy' tu akan hantar anda ke bilik anda.


Pemandangan ke bilik penginapan...


Deretan basikal, jika anda nak naik just ambik jer tak kena bayar ianya percuma..



'check point pertama' dekat sini ada port basikal juga dan pondok untuk anda berehat.


Yeay... Dah sampai dekat bilik...

Mengenai Bilik yang Bonde menginap adalah sebuah Teres peribadi dengan meja dan 2 kerusi terdapat 2 bilik tidur dengan bilik mandi suite, Bilik tidur utama dengan katil saiz queen, Bilik tidur utama mempunyai tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan, Bilik tidur kedua mempunyai katil berkembar, Bilik mandi di bilik tidur kedua mempunyai pancuran mandian. Terdapat ruang istirahat, Televisyen LCD, Akses internet berkelajuan tinggi, Penghawa dingin yang dikawal secara individu, Kipas siling, Peti sejuk mini, Peti keselamatan peribadi, Jubah dan selipar Yukata.


 
  

Mini Bar


Info untuk bilik yang Bonde duduk ni tidak boleh memancing dan tidak boleh merokok.


Terdapat Sterika dan board dekat dalam almari! jadi tak perlu bawa dari rumah.


Ruang rehat di luar... terdapat meja dengan empat kerusi bolehlah lepak-lepak sambil tengok air pasang dan panorama petang hi hi hi


Pemandangan di luar koridor... Bolehlah lepak-lepak sementara tunggu magrib dan makan malam.




Dinner time!
Malam tu Bonde makan dekat buffet dekat restoran Bila-bila, restoran ini terletak berhampiran kolam renang! memang best makan dekat situ sebab ada pelbagai menu tradisional melayu dan hidangan internasional dekat sini, tapi Bonde pilih nak makan 'japanese food'... #loveshushi yum yum yum sebab malam ni nak santai-santai tengok fire dance show, jadi Bonde tak nak ambil makanan yang terlalu berat! 

Suasana dalam restoran anda boleh rujuk sini untuk info berkaitan restoran yang terdapat didalam Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang.









Shushi


Beef slice lemon


Chilken Salad


Crab stim lemon


Mushroom Salad




Salmon Grill


Salad dan dressing



Kentang grill




Desert, pencuci mulut... semua nampak sedap jer... Bonde ada try pudding honey dew sedap...











Sedap sangat makan pudding sampai penuh mulut tu hah...



Ni pinggan Bonde, please jangan percaya kalau nampak sepinggan ni jer yea ha ha ha ada lagi sebenarnya

Fire Dance Show

Yeay.. lepas makan Bonde terus naik 'buggy' ke tapak lokasi untuk menonton Fire Dance Show!  Tak sabar nak menonton secara live Fire Dance Show nih! jadi sampai awal dan pilih kerusi hadapan






Eceh, dah landing... dekat kerusi santai tepi pantai ni, pemandangan dari sini lagi dekat dengan fire dance show, memang rasa teruja sekali dengan persembahan mereka... Kalau anda nak tahu di hujung persembahan kalau anda nak cuba bermain dengan api anda boleh cuba pegang alat yang mereka gunakan... masa tu bolehlah ambil gambar atau video untuk kenangan.

Anda juga boleh tengok video full disini fire dance show




Pengalaman yang tidak dapat dilupakan disini, selepas tamat menonton 'fire dance show' Bonde balik ke bilik untuk berehat dan kerana keesokkan harinya ada aktiviti pantai dan air yang menarik.. jangan lupa baca next entri.


Untuk info lanjut anda boleh ke Laman Web dibawah :


atau media social :

Instagram : avani_sepang


Alamat :

Avani Sepang Goldcoast Resort

No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

60331823600 | 60331823667

Info kawasan sekitaran :

15 Minutes drive from Sungai Pelek

35 Minutes drive from Sepang International F1 Circuit

41 Minutes drive from Sepang

46 Minutes drive from Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

47 Minutes drive from Port Dickson

43 Minutes drive from Morib

57 Minutes drive from Banting

62 Minutes drive from Cyberjaya

64 Minutes drive from Putrajaya

85 Minutes drive from Kuala Lumpur


Maklumat Lokasi : Peta dan Lokasi



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. best sangat kat sini !! kami penah pi masa dinner syarikat. tak cukup sehari semalam ja. haha

    BalasPadam
  2. Percutian di sini memang cantik. Pernah juga ke sana sekali tetapi dah lama dah. Sekarang macam2 aktiviti ada ya. Harus pergi lagi ni.

    BalasPadam
  3. Bestnya bonde stay dekat sini. Ni mahu berhari hari stay baru syiiiokkk

    BalasPadam
  4. Nampak menarik sangat nie Bonda, ada rezeki ingat nak plan bermalam kat sini juga lah nanti..

    BalasPadam
  5. Satu tempat percutian yang menjadi idaman. And memang pricey jugak. Huhu: tapi sesekali nak reward diri apa salahnya stay kat sini. Boleh lah ke mitsui juga.

    BalasPadam
  6. siapa je tak suka bercuti. Tenang je, ish bestnya gi avani. Nak pergi lagi, nampak mewah betul. Tak apayh pergi oversea dah, nampak cam kat maldive. heheh

    BalasPadam
  7. Avani Sepang memang sering menjadi lokasi percutian seisi keluarga kerana keselesaannya. Teringin pergi sini tp belum ada rezeki lg

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat bercuti bersama yg tersayang.. Nak nak dok bilik yg ada laut n air mengalir.. Mmg fefeling sgt.. Ada rezeki boleh la Honeymoon d sini seperti yg tersayang bersama suami pilihan AM kan..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.