Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Ni cerita Bonde dan Family ke Stadium Shah Alam pada Sabtu 26 Oktober 2019 yang lepas. Walau dah lepas Bonde nak kongsikan kenangan itu dekat blog Bonde!
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants
Sepanjang hari hujan pada hari itu, sehingga malam perlawanan pun masih hujan lagi. Bonde dan family nekat nak pergi juga sebab dah ada tiket dan teringin nak tengok perlawan live Selangor dan Johor Darul Takzim! sampai awal sebab takut parking tak ada nanti kena parking jauh dan takut juga seat dalam stadium tak ada kosong biasalah perlawanan hebat macam ni mesti ramai yang datang nak menonton live.
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Jam 5.00 petang bertolak dari Putrajaya! singgah Almanda Putrajaya dulu sebab shopping dekat "Kampung Siti Khatijah" ada sale yang Bonde infokan sebelum nih!
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Dalam perjalanan nak ke Shah Alam, hujan memang turun tanpa henti, berdoa.. agar perjalanan kami dipermudahkan sampai ke Stadium! tiba-tiba dekat highway elite kereta banyak tapi bergerak pelahan, rupanya ada kemalangan dihadapan. Jadi Kanda pun kena pelahankan pemanduan, kenderaan banyak, mengantuk pulak bila berada dalam kereta hujan-hujan macam tu.
Alhamdulillah jam 6.00 petang kami sampai di Stadium Shah Alam. Ramai betul penyokong Selangor maklumlah perlawanan di tempat sendiri.
Meriah juga diluar stadium ada banyak jualan, antaranya baju jersi Selangor , flag Selangor, Jersi The Red Giants jadi kami pun pergi jalan-jalan dekat booth jualan, dan belilah jersi Selangor untuk pakai game akan datang!
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Jam 7.30 kami masuk ke dalam stadium, ada banyak seat lagi masih kosong! Alhamdulillah...
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Menjelang Jam 8.00 malam, seat belah penyokong Selangor penuh!
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Seat Penyokong belah Johor pun hampir penuh!
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Baiklah keputusan perlawanan malam tu tidak berpihak untuk pasukan Selangor 3-0. Apapun Bonde tak kecewa! Pasukan Bola Sepak Selangor dah buat yang terbaik! Syukur Alhamdulillah.
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Turun Stadium Shah Alam Support Team The Red Giants |
Untuk keputusan penuh boleh baca di sini Keputusan Selangor Vs JDT
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
terbaik lah bonde.. saya yg dekat pun x gi..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.