Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak Assalamualaikum dan Selamat Malam... Sebelum ini Bonde hanya dengar Nasi Bamboo Sungai Klah viral ini Kanda yang ceritakan dekat Bonde, Kanda sudah banyak kali singgah makan dekat sini dengan group bikersnya. Tiap kali diceritakan pasti akan buat Bonde terliur dengan menu masakannya. Lepas tu Bonde tanam niat nak Jalan-jalan Cari Makan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak
Memang rezeki tak salah alamat, bulan lepas Team Bowling ke Ipoh Untuk menyertai kejohanan disana, Bonde sekalu Timbalan Pengurus turut dibawa untuk menjadi urusetia untuk team bowling kami. Jadi pada tarikh yang telah ditetapkan Bonde dan team ke Ipoh bergerak dari Cyberjaya awal pagi jam 9.00 dan singgah makan tengahari dekat Nasi Bamboo Sungai Klah lebih kurang jam 11.45 pagi, Kami rancang makan tengahari dekat situ. Alhamdulillah memang sampai ikut masa makanan semua sudah tersedia. Memang langkah kanan. Pelanggan pun masih belum memenuhi ruang makan. Baru ada 2-3 meja yang diisi pelanggan. Kata Kanda kalau sampai lambat sikit dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ni meja akan penuh dan memang akan beratur tunggu giliran nak makan. Alhamdulillah sampai awal dan selesa nak makan masa tu.
Mari Bonde pekenalkan menu-menu yang Bonde makan masa singgah hari tu.
Apa Yang Membuatkan Nasi Bamboo Ni Istimewa?
Nasi Bomboo ini istimewa dan yang membuatkan tempat ini viral, nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya itulah keistimewaan nasi Bamboo.
Menu Pilihan Bonde Dan Kanda :
Ikan Patin Tempoyak
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Paru Goreng Sambal
Sambal Tempoyak
Telur masin
Sayur campur
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Kalau anda datang ke Nasi Bamboo Sungai Klah, anda akan nampak dekat pintu masuk belah kanan ada tempat penyalai daging kambing ni dekat luar dan ayam di belah dalam. Dari info yang Bonde baca, Daging kambing ini disalai selama 16 Jam, itu yang membuatkan daging ini sedap di masak gulai dan masak lemak, Aromanya sangat memukau, perut yang lapar semakin berkeroncong dan berdangdut kencang ha ha ha
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Seafood Special :
- Udang Bakar
- Lala Bakar Kuah Special
- Kerang Bakar Kuah Special
- Puyuh Bakar Kuah Percik
- Ayam bakar kampung bunian
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ayam Kampung Bunian
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak ini juga ada pelbagai menu tradisional negeri Perak. Mana yang anda nak cuba anda Boleh ambik sahaja sebab inyanya telah terhidang dalam mangkuk dan mengikut harga.
Asam Pedas Ikan Baung
Asam Pedas Ikan Kembong
Asam Pedas Ikan Pari
Kari Ikan Sembilang
Rendang Tok
Daging Nusantara
Ikan Patin Masak Tempoyak
Daging Salai Air Asam
Daging Salai Masak Cili Api
Daging Salai Masak Cili Api
Kambing Salai Buluh Perindu
Sup Tulang Kambing
Sup Tulang Lembu
Sup Tulang Lembu
Ikan Talapia Perkasam
Ayam Kampung Goreng Gegebu
Masak Lemak Talapia Salai
Masak Lemak Nangka Ikan Masin
Masak Lemak Pisang
Gulai Kawah Kambing Umbut Pisang
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Gulai Kawah Kambing
Kari Ikan Puyu
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Sup Tulang Lembu
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Paru Goreng Cili Api
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Pelbagai Jenis Ikan Masin
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Sambal Petai Udang
Sambal Jering Ikan Bilis
Sambal Kentang Tempe
Sambal Kacang Pedal
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Sayur Pecal
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Pelbagai jenis sayur kerabu
Ramai Orang Review Makan Dekat Sini Sedap Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak |
Sambal Tempoyak dan Sambal Belacan
Info Harga Makanan di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak
Harga Nasi Bamboo RM 2.00 X 1
Harga ni ada mereka tampal dekat cermin tempat hidangan makanan.
Stiker Kelab Bikers
Biasanya Kelab Bikers yang singgah akan melekatkan stiker Kelab Bikers mereka dekat dinding atau cermin dekat belah dalam kedai ni, Bonde nampak banyak sekali stikers Kelab Bikers ni tersusun kemas. Macam flag jalan-jalan cari makan pula style mereka meletakkan Stikers Kelab Bikers ni.
Review Dari Bonde
Makanan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ni semuanya sedap-sedap belaka kena dengan selera Bonde pedas-pedas i like...
Mengenai Restoran ini :
Tempat duduk dan meja banyak tapi pelanggan memang ramai, anda boleh sharing-sharing dengan pelanggan lain. Seeloknya datang awal jam 11-12 pelanggan tak ramai lagi masa ni. Anda kena faham makan dekat sini kaunter lauk lain, kaunter nasi lain dan kaunter air lain kalau ramai pelanggan, anda kena beratur, jangan berebut nak ambik makanan kang tumpah habis mandi kuah. Kalau bawa anak kecik carilah tempat untuk mereka duduk terlebih dahulu jangan biarkan mereka lari sana-sini bahaya, sebab semua pelanggan akan tatang dulang penuh dengan lauk pauk. (sila berhati-hati)
Dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ada disediakan surau, tandas, kedai jual makanan ringgan, ada kiosk ais krim, ada tempat bungkus makanan. Untuk anda yang nak tapau, ini adalah kemudahan untuk anda... ambik menu apa yang hendak tapau, lepas tu lepas tu ambik je plastik yang disediakan berdekatan tempat cuci tangan, bungkus sendiri (kaedahnya layan diri).
Bagi anda yang berminat nak JJCM dekat sini, dekat bawah ni Bonde sediakan info untuk anda :
Waktu Operasi
10.30 pagi - 6.00 petang
Setiap hari (Tutup hari Jumaat)
No Telefon : 017-5167592
Alamat : Jln Sungkai - Slim River 35600 Sungkai, Perak
Info Kedai Nasi Bamboo : Keluar sahaja tol Sungkai, ada lampu isyarat ambil kanan, jalan terus dalam 300 meter dah sampai.
Klik Media Sosial Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak
~ Bonde Senyum Riang ~
19 Ulasan
Terima kasih bonde atas perkongsian, pertama kali dengar nasi dalam bamboo sangat menarik . Lauk pauk yang disediakan semua nampak menyelerakan dan harga berpatutan. Kalau lalu ipoh kena cuba ni! ❤️��
BalasPadamRugi hari tu pergi rumah sedara tapi tak singgah di restoren ni. Untuk info tambahan, siapa yang singgah bolehlah ke Sg Klah Resort sama..ada tempat mandi-manda berdekatan.
BalasPadamAmni dah pernah makan nasi bamboo ni masa bukak puasa tahun2018 rasanya.not bad sedap jugak.makan time panas baru padu
BalasPadamYum! Yum! Sedap sungguh nampak nasi bamboo tu. Tringin saya nak mencuba nyer.
BalasPadamNampak semua makanan nampak sedap belaka. Jika ada peluang boleh Naim mencuba semua makanan di atas .. hehe. Harga mampu milik!
BalasPadamBestnya banyak makanan kat sini semua dah sedia dalam mangkuk tu pulak memagn kita boleh habislah makan tengok semua sedap belaka hehehe harga pun tak ada mahal mana mampu beli lah....
BalasPadamTak sempat lagi nak ke sini. Selalu jugak tengok rakan2 review makan dkt sini. Bestnya. Nampak sedap pulak tu.
BalasPadamPernah dengar jugak pasal tempat ni, ramai kata sedap. Sis tgok gambar pun dah rasa sedap..:) Kalau ada rezeki bolehlah sis cuba makan kat sana
BalasPadamdulu pernah makan kat kedai lama dia jer ..yg baru ni belum pernah ...memang best ayam bunian dia kan ...lagi apa tah yang sedap , nampak macam dah banyak pilhan lauk pauk tak macam dulu
BalasPadamMenariknya perkongsian ni. Rasa nak pergi he weekend ni. Nampak memang sedap.
BalasPadamSelalu juga nmpak kwn2 yg ride, post gambar Kat FB, tapi review yg ni mmg 👍👍👍👍👍
pernah lalu tempat ni tapi tak singgah makan sebab ramai sangat orang, tak sanggup nak tunggu.
BalasPadamselalu jugak dgr orang cakap sedap makan kat sini. Iza tak pernah try. bagusla dia siap hidang macam tu. customer tinggal amik je semangkuk. so tak ada la nak menunggu orang depan memilih-milih.
BalasPadamYa ampun sedapnya makanan kat sini. Macam2 ada. Kita dah lama teringin nak datang makan kat sini
BalasPadamThey look so yummy! But looks spicy! But since I am also a fan of Malay food, I think I should visit with my friends soon! Thanks for the information :)
BalasPadamserious, nampak sedap betul semua lauk lauk ni. kalau ramai cakap sedap, maknanya memang sedap la kan.. kalau tengok ayam goreng dengan sambal tu sangat menyelerakan.
BalasPadamOoo nasi bamboo tu bubuh dalam bamboo la rupanya ye. Unik betul ni. Kalau dah rasanya pun sedap, haruslah cuba juga ni kalau pergi ke Sungkai...
BalasPadamWah... Makanan Kat Sana mmg mouthwatering la...
BalasPadamNak sangat kesana makan. Lama Tak pergi sungkai
Wow the meals look so good and appetizing! Would love to try it one day. Thank you for sharing 💓
BalasPadamAduh akak aduhhhhh. Nampak pun menyelerakan. Huhu. Camana la ni kan. Nanti balik kampung nak cuba. Hehehe
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.