Eversoft Skinz Timeless Youth Baharu Mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Bonde ingin perkenalkan rangkaian produk Baharu dari Eversoft Skinz untuk mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari.. Siapa nak kulit wajah cantik kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin kena teruskan pembacaan yea.
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARUMengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari
Wanita Jepun mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau
usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan
kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga
boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun
dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.
EVERSOFT SKINZ kini
melancarkan rangkaian anti penuaan baharu Timeless Youth yang menggunakan
manfaat alam semulajadi dengan teknologi canggih dari Jepun. Mengandungi
ekstrak tumbuhan serta BEBAS daripada bahan berbahaya seperti Paraben, pewarna
tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates; rangkaian ini
direka untuk menggalakkan serta mengekalkan raut wajah kulit yang mulus dan
gebu. Jenama ini juga menentang kajian keatas haiwan; oleh itu anda tidak perlu
ragu-ragu kerana tiada haiwan yang terancam di dalam proses penghasilan produk.
Kesemua produk di bawah rangkaian EVERSOFT SKINZ
Timeless Youth mengandungi 100% ekstrak tumbuhan yang membantu melawan
tanda-tanda penuaan. Ume, turut dikenali sebagai Aprikot Jepun,
digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan serta
menyamaratakan tona kulit disebabkan anti-glycation yang terkandung, menentang
kesan penuaan sehingga ke lapisan sel kulit seperti kedutan, kehilangan
keanjalan, perubahan warna, dan fungsi pertahanan kulit terjejas. Wakame
Seaweed, yang kaya dengan Phyto-collagen pula membantu mengurangkan kedutan
dan garis halus, manakala Minyak Rosehip berupaya untuk menguatkan
lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan bintik
hitam.
Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 5 jenis produk berfungsi bagi tujuan anti penuaan dan amat berkesan apabila digunakan mengikut aturan:
1. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Cleansing Foam - (100ml RM20.90*)
Pembersih buih ini bebas-sabun, mengandungi kadar pH seimbang, dan lembut pada kulit. Ia menanggalkan kotoran, menghindari pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Kulit tetap licin dan lembut.
2. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion – (100ml RM29.90*)
Toner berasaskan air ini ringan, dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan sepanjang 24 jam, mengecilkan pori, serta menggalakkan penghasilan pertahanan kult untuk penghidratan kulit wajah dari dalam.
3. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum – (30ml RM69.90*)
Produk penting untuk rejim penjagaan kulit wanita, terbukti untuk mengurangkan kedutan agar kulit tampil licin dan anjal dalam masa 3 hari. Tidak berminyak, pantas meresap, dan mempunyai sentuhan sehalus baldu direka khas untuk meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar kawasan mata.
4. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Day Defence SPF 30 PA++ – (40g RM45.90*)
Pelembap bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap dengan SPF30 PA++ untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.
5. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Night Solution – (40g RM49.90*)
Rawat dan baiki kulit wajah yang rosak dengan pelembap berasaskan air yang tidak melekit ini, selepas terdedah kepada faktor alam sekitar yang berbahaya sepanjang hari, seperti pencemaran, suhu lembap, dan udara kering dari penghawa dingin. Selain itu, tekanan kerja harian juga merupakan faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pelembap Malam ini mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 12 jam dan meperlahankan proses penuaan. Pengguna akan dapat mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil.
Gaya hidup yang terdedah kepada panas terik dan sinaran ultra ungu yang merupakan punca kepada penuaan kulit pramatang menjadi penyebab kebimbangan ramai. Selain itu, perubahan suhu dan cuaca turut memberi kesan kepada keanjalan kulit kita, menjadikan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ini penyelesaian terbaik bagi mengurangkan semua masalah dan kebimbangan terhadap penuaan kulit pramatang. Dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth, anda akan dapat menyaksikan perubahan pada kontur wajah yang kelihatan lebih anjal, tegang, sihat dan berseri dalam masa 3 hari!
Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/
*Harga tertera adalah termasuk 6% SST.
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.