Childhood Kedai Rare Yang Mengimbas Zaman Kanak-Kanak Ku Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat meninggalkan banyak kenangan. Zaman tu jugalah mengajar kita erti kehidupan pada hari ini. Bonde suka nak kongsikan sesi terjahan Bonde ke Kedai Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam ni. Perghh bila pandang barang-barang dan makanan dekat sini memang teringat dan memang mengimbas kenangan dulu-dulu.
Childhood Kedai Rare Yang Mengimbas Zaman Kanak-Kanak Ku
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
Bonde lahir pada tahun 1978 memang ChildHood Kedai Rare ini banyak menjual barangan dan makanan ringgan zaman kanak-kanak Bonde, pada tahun 1985 Bonde sudah mula bersekolah rendah dan belajar untuk mengunakan duit syiling dan kertas. Pada tahun 1985 nilai duit syiling 50 sen terlalu besar bagi Bonde waktu itu setiap hari ayah akan bekalkan duit 50 sen untuk belanja sekolah.
Waktu tu apa yang boleh dapat dengan duit belanja 50 sen?
Makanan
Nasi Lemak 30 sen
Mee Goreng 30 Sen
Bihun Goreng 30 sen
kuih-muih 5 sen -10 sen ikut saiz dan jenis
roti 10 sen
Minuman
air sirap 10 sen
air oren 10 sen
oren kajang 30 sen
ais krim malaysia 10 sen
Boleh tak bayangkan apa yang boleh dibeli dengan Nilai 50 sen. Bonde juga akan bawa bekal air setiap hari, Mak sediakan air tea o atau air sarsi tengok pada apa yang dibekalkan oleh Mak, tinggal bawa jer bukan susah kena bancuh sendiri.
Zaman 80 an mata wang Malaysia masih besar lagi tak macam sekarang ni! jadi baki dari duit belanja tulah Bonde akan beli makanan ringgan atau jajan. Dekat sekolah tak jual semua makanan ringgan ni. Masa tu beli dekat kedai runcit dekat kampung. Kedai ni akan pergi masa rehat mengaji dekat surau zaman Bonde duu ngaji dekat surau, sekolah agama tak wujud masa tu, sekolah agama wujud dekat Kampung Bonde pada tahun 1986 dapat setahun sahaja sekolah agama jadilah dapat rasa juga. Waktu pergi sekolah ngaji Bonde dah makan tengahari dekat rumah. memang kenyang dah makan jadi dekat surau nanti, bila waktu rehat hanya akan makan makanan ringgan dan ngaji dekat surau ni, Bonde dapat 30 sahaja. Kalau campur baki sekolah pagi adalah 40 sen atau 50 sen tengoklah perbelanjaan belah pagi, tapi selalunya memang ada baki untuk mengaji petang. Sebab nak layan makan jajan dengan kawan-kawan. he he he
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
Antara makanan ringgan yang Bonde beli dulu-dulu :
1. Chewing Gum & bubblegum
Chewing Gum & bubblegum makanan tak mengeyangkan Mak selalu marah beli dan makan swingum nih. Katanya membazie beli! tapi degillah zaman kanak-kanak selalu memberontak mana yang di tegah itulah yang dibeli, beli secara sorok-sorok lepas tu tak makan depan Mak. (takut kena marah ha ha ha) zaman Bonde dulu 1 biji - 5 sen jer swimgum nih murahkan! suka benar makan dan letopkan dekat dalam mulut.
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
2. Gula-Gula Susu
Ini memang fav, suka sangat beli.. Tapi sekarang ada jual juga rasanya tak sama seperti dulu-dulu beli 5 biji - 20 sen tak silap.
3. Gula-gula Kapas
Gula=gula kapas pun kesukaan Bonde, makan je hilang dalam mulut, makan je hilang dalam mulut. Lepas tu tak cukup makan satu. Dulu gula-gula kapas ni murah 10 sen jer satu.
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
4. Tora dan Ding Dang
Tora dan Ding Dang ni biasanya akan dibeli kalau teman arwan Atok Maah (nenek) ambik pencen dekat Pekan. Masa nilah nak pow Atok sebab dapat duit pencen. Bonde tak akan beli guna duit belanja sebab mahal dulu harganya dekat RM 2 atau RM 3 juga mahal. Tak mampulah nak beli kalau guna duit belanja yang diberi kena simpan dan kumpul bila dah cukup baru beli. jadi memang tak belilah mahal. Lagi pun dulu-dulu beli Tora dan Ding-Dang ni bukan nak makan sangat pun nak mainan dalam tu jer he he he
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
4. Bedak Cuticura dan Bedak Agnesia
Bedak Cuticura nih memang rare sekali. Kami sekeluarga memang pakai, zaman tu belum mucul jenama-jenama follow me, safi, zaitun, anchanter memang bedak ni jerlah yang digunakan setiap kali gaji, Ayah memang akan top up bedak nih. Wangi dia tahan lama juga pakai pagi sampai tengahari tak hilang bau dia tau! sampai petang masih bau lagi..
Bedak Agnesia bedak ni memang sentiasa ada, disebabkan dulu kami ni duduk memang kampung. zaman masih belum tak ada letrik, zaman tu pakai lambu gaslin jer nyamuk tak usah nak cakaplah, ubat nyamuk pasang selori pun nyamuk tak takut. Jadi kami lepas mandi memang akan pakai bedak ni juga, petua dia kalau pakai bedak nih, sebabnya nyamuk tak nak hinggap dekat badan kalau pakai bedak nih! bila nyamuk gigit tak gatal, Bedak ni i sebenarnya bedak ni untuk ruam-ruam macam baby selalu guna. Tapi zaman tu main bedal jer guna.. he he he
5. Prickly Heat Powder dan Holiday On Ice
Prickly Heat Powder ini fungsi dia sama macam bedak Angesia kalau ada baby dekat rumah memang kena ada bedak ni... Rindu pulak bau bedak ni, dulu Mak Cik-Mak Ciklah yang selalu guna.
Holiday On Ice ni.. Bedak arwah Atok Maah suka pakai waktu siang, katanya bedak ni sejuk jer kalau time tu tengah hari memang panas dia elok jer nampak rilex tak panas... petuanya pakai bedak Holiday On Ice.
6. Bedak Sejuk Happy dan Bedak Sejuk King
Bedak sejuk Happy ni memang bedak kegemaran Mak dan Atok Maah, zaman dulu mana ada fondation jadi bedak nihlah yang mereka pakai tuk melawa.
Bedak Sejuk King dulu Atok Maah akan buat sendiri bedak sejuk dari tepung beras wangi tau bau pandan ingat lagi pernah tolong buat, seronok titik-titikkan bedak tu lepas tu jemur, tapi kalau musim hujan tak boleh nak jemur bedak sejuk jadi beli yang ready made untuk standby di pakai.
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
7. Sabuk Cap Kapak dan Sabun 999
Sabun Cap Kapak dan Sabun 999 ni memang sentiasa ada sebab masa tu memang ada jenis tu jer.. Sabun ni memang rare sangat, buat rendam baju dan cuci baju. Walau lama rendam dalam bilik air, air rendaman tak bau busuk pun. Tak tahulah memang dulu cuci baju pakai tangan tak ada mesin basuh jadi kalau pakaian kotor tu memang akan redam semalaman dengan dua jenis sabun ni.
8. Spray Becurl dan Spray Isabella
Spray Becurl dan Spray Isabella cuba teka siapa guna kedua jenis spray nih? Ini adalah kegunaan ha ha ha ini adalah kegemaran Kakak dan Abang-abang Bonde. Zaman diaorang rambut mesti ada remous ala jambul kat dahi tu, ha ha ha kegunaan spray ni untuk keraskan rambut. Zaman tu kena ada remous baru ada style ha ha ha geli pula hati.
Childhood Kedai Rare dekat I-City Central Shah Alam |
Sebenarnya ada banyak lagi yang menarik dalam Kedai Childhood ni, nanti Bonde akan sambung lagi yea. InyaAllah Bonde akan sambung dalam waktu terdekat.
To be continue...
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
Dulu murah, skrg harga adoi.. 50sen tu nk byr parking pun tak lepas haha
BalasPadamOh my.. Mmg kenangan betul semua produk ni.. Dulu mmg murh.. Sekrg.. Perghh
BalasPadamUihhh semua coklat2 nostalgia zaman kita kecik2 dulu kan..kalau zaza masuk ni mcm2 gak nk beli
BalasPadamTerimbau kenangan zaman kanak-kanak kan Bonda. Menarik sangat..
BalasPadamada lg yer.. macam nk g je..
BalasPadamWah, ada kenai mcm ni himpunkan benda2 rare zaman kecik2 dulu. Menarik.. Mengimbau kenangan.
BalasPadamApa ni apa ni. Mengimbau kenangan zaman kanak kanak sungguh. Nak nak chewing gum bulat 3 warna tu. Memang favourite. Dulu harga memang murah sekarang ni harga adoiii
BalasPadamKenapa kita ke saana xperasan kedai ini ek... Huhu... Btul3 mengimbau zmn knk2 dulu.. Mur mur je..
BalasPadamada beberapa mknn ringan yang kita dulu sllu bli jugak. Hihi..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.