Bawal Power Sempoi Cyberjaya, kenapa Sempoi...? Assalamualaikum dan Selamat Malam.. Hai reader semua. Bonde nak kongsikan dekat anda semua, Tempat makan sedap di Cyberjaya, iaitu....Bawal Power Sempoi Cyberjaya, Lokasinya terletak di Futurise Cyberjaya. Puas hati makan tengahari dekat sini, sebelum ni makan di Sport Arena malangnye cawangan dekat situ telah ditutup! Hilang sedih... Terubat rindu Bawal Power Sempoi Cyberjaya telah beroperasi kembali di tempat yang baru pada 4 Mac 2019. Lepas ni akan selalu kesini.. untuk lunch
Bawal Power Sempoi Cyberjaya, kenapa Sempoi...?
Bawal Power Sempoi Cyberjaya dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, menu setiap hari Lauk kampung, Sotong bakar, Sup tulang, Ikan bakar, Ayam kampung, Udang galah dan Siput sedut cili api dan macam-macam menu lain.
Bawal Power Sempoi yang terkenal dengan sajian seafood yang berbaloi-baloi telah menambah menu baru iaitu Sotong Bakar Sambal Petai dan Asam Pedas. Sumpah sedap, confirm tambah nasi.
Kalau makan dekat sini wajib kena ambil set nasi, ulam dan kari boleh ditambah tanpa caj. Bonde selalu akan ambil ulam-ulaman lebih he he he
Terdapat lebih daripada 20 jenis lauk utama boleh dipilih - jadi memang tiada masalah nak makan di sini tiap-tiap hari. Parking pun banyak dan percuma!
Set Nasi dan Kuah Kari
Bawal Goreng
Sotong Goreng
Set Udang Galah
Ulam-ulaman
Siakap Goreng
Keli Goreng
Talapia Goreng
Ayam Kampung Goreng
Selain menu-menu diatas, ada banyak lagi menu yang dihidangkan dibawah anda hanya pilih ikut selera nak makan apa?
Sotong Bakar
Keli Bakar
Pari Bakar
Talapia Berlada
Keli Berlada
Ayam Berlada
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Peria Goreng
Masak Lemak Putih Pucuk Manis
Peria rebus
Kangkung celur
Terung Celur
Jering Rebus
Ulam-Ulaman Segar
Kuah Kicap
Air Asam
Jom ambik menu apa nak makan nih?? semua nampak sedap!
Tak sabar nak makan... Nie menu-menu yang kami pilih untuk makan!
Jom makan! hari nih Bonde nak makan udang galah dengan sotong bakar... hu hu hu
Bersama team TMS 2020...
Harga Makanan :
Menu set (bakar/goreng/kari):
Menu set (bakar/goreng/kari):
🔥 Sotong - RM18/20
🔥 Bawal - RM12
🔥 Siakap - RM18
🔥 Kembung - RM10
🔥 Pari - RM10
🔥 Keli - 10
Untuk sebarang tempahan bolehlah contact number dibawah :
~ Bonde Senyum Riang ~
14 Ulasan
Aduhai...sedapnya la bonde...semua makanan nampak sedap..
BalasPadambanyaknya menu...telan air liur nengoknya
BalasPadamTerbaik. Dah la dekat dengan lokasi Rawlins - nak pergi la sebab sejenis yang suka makan ikan - apa jenis pun tak kisah. Tunggu saya datang!
BalasPadamterbaik...sedapnya nampak semua gambar-gambar makanan tu. makanan kampung always the best
BalasPadamperghhh sedapnya makanan kat tempat ni, harga pun boleh tahan :)
BalasPadamWow!!!!!!! The food looks good. Dekat Cyberjaya ek. Dekat jer lah dgn rumah I. Boley la serbu nanti. Thank you for this information.
BalasPadamlaaa bondee! ingatkan kedai tudung bawal hahahaha rupanya kedai makan. menu nampak sodapp :P
BalasPadamI am from the northern and fish is always my main dish. Always back kampung to eat bawal. Seems like not I have another place to go instead of going back so far now!!!
BalasPadamMemang sempoi bawal goreng, kuah kari, nasi putih, ulam dan kicap cili padi ni. Memang boleh menambah kalau makan. Tertarik dengan sotong tu. Nak pergi jauh, masak sendiri je lah nanti. Good sharing. Boleh share ngan kawan-kawan yang nak ke sana kelak.
BalasPadamTak oernh makan dekat cyberjaya.. Banyak kedai makan dekat sana ye.. Sedpnya semua makan dekat kedai bawal power ni..memng kene cuba ni.. Lapar terus jadinya
BalasPadamterbaiklah! nampak gaya kena singgah nnti ni, taklah jauh sgt dengan rumah. saya lagi suka makanan2 mcm ni dripada makanan western :)
BalasPadamMemang sempoi menu kat sini. Simple dan tetap nampak vass sedap. Kalau ke sini bolehlah cuba
BalasPadamAduyai..... Menggugat jiwa raga. Perut ni panggil panggil suh pi terjah rasa kesedapan yang bonde citer. Nak pegi laaaa nanti
BalasPadamsemua nampak sedap ! lauk simple tapi ni kalau makan mahu berkali kali tambah. boleh ke sini jugak lah next time.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.