Tiga Barang Ini Berbaloi Beli Di Kedai Eco



Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Rata-rata sekarang kalau nampak Kedai Eco pasti ada yang kata kedai tu "berhantu" ada "saka"  tak dinapikan memang betul, Kalau masuk pasti nak beli, paling kurang mesti habis RM 10.00.  Kalau anda ke Kedai Eco Rm 2.10 tu apa yang anda selalu beli? Bonde nak kongsikan dengan anda semua tiga barang yang Bonde beli di kedai Eco yang Bonde rasa sangai berbaloi.  Kalau pergi mesti "top up".

Tiga Barang Ini Berbaloi Beli Di Kedai Eco 

Bonde selalu pergi Kedai Eco RM 2.10 dekat AEON Nilai, Kedai Eco ni terletak dalam mall tu, senang sikit nak beli barang dekat situ sebab parking dah terang-terang banyak.  Selain tu Bonde suka singgah dekat Super Savers dan Kaison sebab berdekatan dan berada diaras yang sama.

Baiklah Tiga barang yang Bonde selalu beli dekat Kedai Eco RM 2.10 

1. Penyangkut Baju Besi (Hanger)

Bonde rasa  Penyangkut Baju Besi berbaloi beli sebab ianya :

i)   Sangat murah RM 2.10 dapat 6 pcs

ii)  Tahan lama

iii) Tak mudah patah

iv) Anti karat

vi) Ada pilihan warna (merah, biru dan hijau) 



Penyangkut Baju Besi 

Bonde selalu beli untuk kegunaan kami sekeluarga, memandangkan kawasan rumah kami dekat kawasan taman, jadi Penyangkut Baju Besi ini memang kena ada lebih mudah untuk Bonde sidai baju, segala tshirt, kemeja dan baju kurung memang kami sangkut dekat Penyangkut Baju Besi dan sangkut dekat penyidai kain.  Lepas tu kalau tak sempat lipat dan gorok terus masuk dalam almari, senang nak cari.  Siap-siap asingkan ikut warna Biru untuk Kanda, Merah untuk Bonde, Hijau untuk Fatin.  Jadi kalau bersepah boleh tahu siapa punya yang bersepah ha ha ha cerdik tak cara nih!

Fatin pula suka Penyangkut Baju Besi kedai Eco, kalau dekat asrama Penyangkut Baju selalu hilang, jadi dia kata 'tak terasa sangat kalau nak ganti beli baru, sebab kedai Eco murah jer beli"  tapi kalau asyik beli Penyangkut Baju Besi Bonde buat rotan awak nanti tau laaa barang sendiri kena cermat jaga jangan hilang... walau pun murah! (InsyaAllah Fatin punya tak selalu hilang)


2. Kain Pengelap (Tuala)

Bonde rasa  Kain Pengelap (Tuala) berbaloi beli sebab ianya :

i)   Sangat murah RM 2.10 dapat 1 pcs

ii)  Kain jenis serap air

iii) Ada pilihan warna (merah dan biru ) 

iv) Pelbagai guna 



Kain Pengelap (Tuala) 

Bonde selalu gunakan kain ni dekat dapur masa masak nak lap-lap senang lepas masak.  Lepas basuh pingan mangkuk pon boleh lap juga yang pasti dekat dapur kain pengelap ni memang ada lebih, basuh jemur dan ada lagi stok untuk digunakan.

Kalau kemas ruang tamu rumah, meja makan, meja coffee, almari cermin, almari tv, tv Bonde gunakan untuk lap apa sahaja. (sebelum tu basahkan dulu dengan air)


3. Selipar jepun

Bonde rasa  Selipar Jepun berbaloi beli sebab ianya :

i)   Sangat murah RM 2.10 dapat 1 pcs

ii)  Pelbagai guna.


Selipar jepun yang popular satu ketika dahulu jenama Tat Seng, sekarang harganya agak mahal, tapi rupanya lebih kurang sama, Selipar ni memang selesa sekali dipakai, untuk kegunaan ke toilet tidak terlalu licin, Kalau beli memang berbaloi harganya agak murah.  Kalau nak bersedekah untuk masjid dan surau untuk kegunaan muslimin dan muslimat ambil wudhu memang berbaloi beli.

Tiga Tips Tak Membazir Di Kedai Eco


1. Senaraikan apa yang perlu sahaja untuk dibeli

2. Bawa duit secukupnya untuk senarai barang yang telah dibuat dan hendak dibeli

3. Masa buat "survey" jangan bawa duit (kalau tak pasti ada je nak dibeli)


Kalau anda nak lagi info akan datang Bonde akan kongsikan lagi tau! ada jer barang murah tapi memang berbaloi dibeli.  

Jumpa lagi ... 

Info lanjut : Kedai Eco Malaysia

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Betul Bonda, selalu beli hanger dan juga sipor jepun.
    Suami kadang borong sipor jepun letak kat mesjid..sedekah sekali situ, benda murah boleh beli banyak-banyak kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sep sikit, samalah Bonde pon selalu sedekah ke surau dan masjid, Alhamdulillah boleh buat amal jariah pahala mengalir..

      Padam
  2. nasib bonde bagi tips tak membazir siap2. hihihi. selalunya kalau masuk eco ni, rm50 tak rasa sangat sebab dapat banyak barang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plan nak beli apa listkan siap2 kalau tak memang terbabas dari landasan...perbelanjaannya

      Padam
  3. Kedai ni memang berantu bonde. Seram sejuk nak masuk. Bajet bawah 10 tetiba keluar lebih RM10. matilanakkkk haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha kena take care selalu... kawal nafsu berbelanja x over bajet

      Padam
  4. Betul,pi kedai saka ni x de menda nk beli,tetiba kuar seplastik kat tgn..hehe..nasib la kat area umah saya x de kedai eco...klu kebetulan lalu je kat mana2 yg ada kedai eco ni,termasuk tnpa sengaja..konon nk cuci mata..konon la..eh ngan rm sekali ter cuci..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha ha memang kena jaga-jaga saka nya mengikut jer

      Padam
  5. tu lah Bonde kak ana kan kalau tak ada benda nak beli memang tak akan sesaja masuk hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Kak Ana.. Bonde selalu rambang mata, jadi kena waspada selalu ha ha ha

      Padam
  6. hahahhah sama la kita kain lap,hanger memang berbaloi beli situ

    BalasPadam
  7. betul. saya oun rasa berbaloi beli selipar jepun. selalu sy beli pencuci pinggan dan baldi kat kedai 3 eco juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time nak try beli pencuci pinggan...belum pernah beli

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.