Tema Tradisional Menjadi Pilihan Promosi Kampong Siti Khadijah



Tema Tradisional Menjadi Pilihan Promosi Kampong Siti Khadijah
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua.. Haaa ada yang nak tahu tak? apa yang menarik mengenai "Kampong Siti Khadijah" Ada tak dekat sini peminat telekung Siti Khadijah, Kalau anda nak dapatkan telekung pada harga yang murah memang berbaloi beli masa promosi ni tau, Maklumlah hujung tahun bermula cuti sekolah ramai yang akan ke tanah suci mekah buat umrah.  Memang sesuailah beli pada promosi "Kampong Siti Khadijah" ni.  Bukan rezeki kita nak buat umrah lagi, Bolehlah hadiahkan pada ahli keluarga dan rakan yang pergi nanti.  Telekung Siti Khadijah juga sesuai dijadikan hadiah hari jadi menarik bukan. 



Promosi “Kampong Siti Khadijah"

Tema Tradisional Menjadi Pilihan Promosi Kampong Siti Khadijah

Siti Khadijah (SK) merupakan jenama pakaian gaya hidup Muslim di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk telekung dan bukan telekung dengan corak inovatif, motif dan berkualiti premium. SK terus mengorak kehadapan apabila akan menjalankan promosi Kampong Siti Khadijah bermula 22 hingga 27 Oktober 2019. Kampong Siti Khadijah bakal menemui anda di dua buah lokasi berlainan iaitu Alamanda, Putrajaya dan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan

Nama Kampong Siti Khadijah dipilih sebagai tanda lebih mesra dan lebih dekat di hati rakyat Malaysia yang sukakan suasana dan keindahan sesebuah kampung. Bermula 22 Oktober 2019, Kampong Siti Khadijah yang berkonsepkan tradisional dan kampung juga akan membuka booth permainan-permainan tradisional seperti ceper dan batu seremban . Pastinya permainan tradisi ini akan mengimbau kembali 1001 kenangan dan suasana indah di kampung. 

“Tercetusnya idea Kampong Siti Khadijah adalah tidak lain tidak bukan untuk Team SK rasa lebih dekat di hati para penggemar telekung SK. Promosi ini juga diadakan istimewa bagi menghargai sokongan dan kesetiaan yang tidak pernah putus oleh Famili SK di luar sana. Bagi anda yang belum berkesempatan merasai telekung SK, inilah masanya kerana kami tawarkan penjimatan hingga 50% bagi produk telekung terpilih. InsyaAllah, dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama di bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan– dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik, saya percaya anda pasti berpuas hati dengan telekung SK”. 




Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah


-Encik Mohammad Munzir Aminuddin, 
 Ketua Kumpulan Pegawai Operasi Siti Khadijah



Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-10 Siti Khadijah ditubuhkan. Tentunya promosi menarik ditawarkan oleh Siti Khadijah buat penggemar setia nya. Istimewa sempena promosi Kampong Siti Khadijah, diskaun hingga 50% bagi produk telekung terpilih dan potongan sebanyak 70% bagi aksesori dan koleksi pakaian daripada SK



Promosi “Kampong Siti Khadijah"

Tidak cukup dengan itu, sebanyak 8,000 hadiah percuma menanti Famili SK yang hadir ke Kampong Siti Khadijah bermula 22-27 Oktober ini. Pemberian hadiah percuma ini juga merupakan salah satu objektif utama Team SK pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kerana menyokong SK sepanjang 10 tahun. Kepada Famili SK yang bermain permainan tradisional yang disediakan, anda akan diberikan baucar tambahan istimewa dari SK dan hanya boleh gunakannya pada promosi Kampong Siti Khadijah sahaja. 


Apa lagi yang menarik tentang Kampong Siti Khadijah? Ya. Cabutan bertuah! Famili SK yang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama iaitu produk Habib Jewel yang bernilai RM 5000

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom berkampung ramai-ramai di Kampong Siti Khadijah pada 22 hingga 27 Oktober 2019 yang bertempat di Alamanda, Putrajaya dan AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan. Jumpa anda di sana!

Perancangan 2020 Siti Khadijah

Peneraju telekung berinovatif dan unik, Siti Khadijah (SK) tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan perancangan yang rapi bagi tahun 2020. Perancangan dan strategi perniagaan merangkumi semua sudut aspek seperti aspek pemasaran, jualan, pembukaan butik, jualan atas talian (marketplace) dan pelbagai aspek lain lagi. Oleh itu, SK menampilkan sisi yang berlainan dengan membuka Butik SK Suria KLCC. 

Promosi “Kampong Siti Khadijah"
Berbeza dengan butik-butik SK yang lain, Butik SK Suria KLCC merupakan inisiatif baru SK dalam memperkenalkan lebih banyak variasi produk kepada orang ramai. Team SK akan membuka butik SK KLCC pada 1 Disember 2019, di Suria KLCC. Konsep yang ingin diketengahkan SK adalah memberi pengalaman baru merasai kehalusan seni produk SK yang selesa, sopan dan cantik apabila dipakai kepada pelanggan yang belum mencubanya. Nilai pelaburan bagi butik SK Suria KLCC ini mencecah hampir RM 1.5 juta. 

“Pembukaan butik SK di Suria KLCC akan lebih memfokuskan produk gaya hidup Muslim yang terdiri daripada rangkaian pakaian harian yang boleh digunakan secara kasual atau formal. “Keanggunan Kesopanan” menjadi tagline sejajar dengan produk yang ditawarkan. Sebahagian besar produk di Butik SK KLCC terdiri daripada baju kemeja lelaki dan wanita, kasut wanita (100% leather), outer, seluar kasual wanita , blouse , Baju Kurung, Baju Melayu dan sebagainya. Manakala sebahagian kecil produk yang dipasarkan di Butik SK KLCC terdiri daripada pelbagai rangkaian telekung SK dan produk "HEGIRA


Perasmian HEGIRA koleksi tudung terbaru anak syarikat di bawah SK Siti Khadijah


Pelancaran Produk Hegira
Apa yang menarik tentang produk HEGIRA?

Apa yang menarik tentang produk HEGIRA ialah mengeluarkan tudung fesyen dan tudung ibadah.  Lebih menarik kepakaran mereka menghasilkan tudung Slip Ons (instant/sarung) membuatkan ia mudah bagi wanita.

Pelancaran Produk Hegira

Pelancaran Produk Hegira

Pelancaran Produk Hegira

Pelancaran Produk Hegira

 
Selain itu, antara perancangan yang dirancang Team SK pada tahun 2020 adalah pembukaan butik SK di seluruh Malaysia. Sebanyak 12 butik SK di Malaysia dan 4 butik SK baru di Indonesia akan dibuka sepanjang tahun 2020. Jumlah nilai pelaburan bagi pembukaan butik SK pada tahun 2020 pula dianggarkan lebih kurang RM 12 juta. 

Bertahan selama 10 tahun sebagai sebuah peneraju telekung di Malaysia, SK berusaha mencapai visi untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim terbesar di dunia.

Kalau anda nak tahu, Hegira turut akan berada SK Mega Clearance Sale nanti. Menarik bukan?? Jadi anda semua jangan lepaskan peluang untuk promosi Kampong Siti Khadijah bermula 22 hingga 27 Oktober 2019 tau! inilah masanya untuk mendapatkan pada harga jimat.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah layari media sosial dibawah :


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah...semoga SK terus success di dlm pasaran Malaysia...
    byk tu promosi tu..

    BalasPadam
  2. bla dgar siti khadijah mesti orang kata wow..eh2..siti khadijah xnak panggil kita ke masa roadshow di Aeonn mall kota bharu..hihi

    BalasPadam
  3. Wah.. Menarik dengan telekung Siti khadijah nintapi belum kesampaian nak beli.. Nanti nak cari utk anak punya.. Tudung dia pun lawa. Ada promosi ni yangbbest

    BalasPadam
  4. Tak pernah lagi cuba jenama ni. Bolehlah nanti cuba.

    BalasPadam
  5. Mwnariknya...suka telekung Siti Khadijah sbb selesa...

    BalasPadam
  6. Wah banyaknya diskaun dia bonde. Ni masa yg sesuai nak ganti telekung lama ni. Siap ada cabutan bertuah lagi. Bestnya

    BalasPadam
  7. Wah bestnya SK buat banyak promosi. Semoga SK terus maju

    BalasPadam
  8. Best pakai telekung SK ni, lebih berbaloi bli masa harga promosi kan bonde..

    BalasPadam
  9. wah ada produk line baru lah. menarik!

    BalasPadam
  10. Mak kita kata dia ada sepasang telekung SK ni. Mak ngasuh anak cikgu. Dia hadiahkan. Best pakai katanya. Kita belum berkesempatan lagi nak dapatkan 1. Sekarang dah diperluaskan dengan jualan tudung ye. Terbaikkk..

    BalasPadam
  11. bagus tema macam ni boleh naikkan tradisiona kita

    BalasPadam
  12. Produk siti khadijah memang tengah hot kat pasaran

    BalasPadam
  13. Ramai kata kain dia sedap, tp zira tak pernah beli lagi

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.