Wanpaku Sandwich atau Wanpaku Sando merupakan cara terbaharu orang di Jepun mengamalkan diet yang sihat. Bila tengok jer Wanpaku Sandwich ini dah rasa terliur, sebab apa terliur?
Nampak kepadatan isi Wanpaku Sandwich yang membuatkan rasa tak sabar untuk makan, Isi yang dikepit bersama roti wholemeal. Bila makan Wanpaku Sandwich ini pasti rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Sesuailah pada anda yang sedang mengamalkan diet sihat.
Akhirnya Bonde terjumpa juga resepi Wanpaku Sandwich nih.. Sebenarnya ini bukanlah hasil air tangan Bonde, tapi Bonde google resepi nih untuk cuba buat nanti.
Sebab tengok ramai yang tayang hasil air tangan buat Wanpaku Sandwich ... Bonde memang suka makan sandwich, selalunya kalau pergi subway Bonde akan pesan set sandwich roti oat, turkey dan sayur semua letak... sos pula akan sweet onion, sedikit mayonis, sos cili, sos bbq dan tousand island, eh tak boleh jadi ni, kena juga cuba buat sendiri Wanpaku Sandwich,
Sebelum tu jomlah tengok resepi dan bahan-bahannya dibawah. ini adalah resepi Wanpaku Sandwich yang viral di lFacebook. Jom kita cuba nak!
Baca : Roti Gardenia
Sebab Tergoda Wanpaku Sandwich Jom Tengok Resepinya
1. Wanpaku Sandwich Tuna
Bahan-bahan
1 tin tuna mayonis
Tauhu
3 ketul dada ayam
Telur hancur
Salad
Kobis ungu (dihiris halus)
Lobak merah (dihiris halus)
Garam, secukup rasa
Minyak zaitun
Rebuskan ayam dengan sedikit garam.
Sediakan tuna dan telur hancur.
Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
Seterusnya, susunkan tauhu, ayam, tuna dan sayur secara berselang-seli.
Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
2. Wanpaku Sandwich Ayam Panggang + Telur Mata
Bahan-bahan
2 keping roti wholemeal
Ayam panggang
Telur mata
Mayonis
Kobis ungu (dihiris halus)
Lobak merah (dihiris halus)
Salad
Cara-cara
Sediakan ayam panggang dan telur mata kerbau.
Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
Seterusnya, susunkan ayam, telur mata dan sayur secara berselang seli.
Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
Tips ekstra: Gunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.
3. Wanpaku Sandwich Sardin & Ayam
Bahan-bahan
2 keping roti wholemeal
Sardin
Dada ayam
Telur hancur
Bawang merah (dihiris halus)
Kobis ungu (dihiris halus)
Lobak merah (dihiris halus)
Salad
Cara-cara
Rebuskan dada ayam bersama garam.
Sediakan telur hancur dan sardin.
Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
Seterusnya, susunkan ayam, telur hancur, sardin dan sayur secara berselang seli.
Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
Sandwich Sardin & Ayam sudah siap untuk dinikmati!
Terima kasih pada tuan empunya resepi, moga anda murah rezeki diatas perkongsian ini, terima kasih.
Perkongsian oleh : Cik Merpati Putih
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Nampak sedap Bonda.. nanti bebila nak cuba lah..
BalasPadamSedapnya...
BalasPadamWahh sedapnya. i like sandwich.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.