Nasi Arab Sedap... Hadramot Village D'pulze Shopping Mall Cyberjaya Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua. "This is story Family time!" Pekena "set family rice" mandi rice, kabsah rice, chiken, lamb, soup, sauce and ice lemon tea.. "Free refill" siapa suka makan nasi Arab angkat tangan. Baiklah nak cerita, Bonde kalau teringin makan nasi arab memang tak boleh tahan-tahan tau! itu masa teringin... bukan selalu teringin nak makan nasi arab ni. Tapi kalau tetiba nak makan memang pitam Kanda terpaksa menurut perintah jam tu juga mencari nasi arab.. Maafkan Dinda wahai Kanda ha ha ha...
Nasi Arab Sedap... Hadramot Village D'pulze Shopping Mall Cyberjaya
Saba Restoran
Dekat Cyberjaya memang ada banyak kedai nasi arab tau... Yang paling femes adalah Saba Restoran yang terletak di CBD Perdana bersebelahan bangunan D'Pulze. Dekat sini memang Bonde dah selalu pergi dengan kawan pejabat, family dan family Along, memang meriah makan ramai-ramai dekat sini tau! Tapi disebabkan sudah femes Restoran Saba ni kadang kena tunggu lama dan kadang meja penuh ohhh sedih tau!
Al Sultan Cuisine
Lepastu Bonde beralih arah ke Al Sultan Cuisine pula, Restoran ni terletak di CB2 bersebelahan dengan CBD Perdana dekat lot-lot kedai, banyak kali jugalah makan dekat sini, sini sangat selesa... sini tak ramai orang datang makan time waktu pejabat, mungkin waktu malam ramai... kalau pergi meja sentiasa ada, restoran pun sangat-sangat bersih dan selesa makan dekat sini... memang Bonde dengan fiqa suka makan dan lepak dekat sini jer nasi arabnya kena dengan tekak kami berdua. Kadang-kadang herit Kanda ke sini juga.. Tapi tak tahu apa masalahnya Al Sultan Cuisine ni dah tak buka lagi sejak tahun lepas. Al Sultan Cuisine sentiasa ditutup! rasa kecewa tau!
Hadramot Village
Hadramot Village ni terletak dekat dalam bangunan D'pulze Shopping Mall bersebelahan dengan panggung TGV memang senang nak cari. Hari tu balik pejabat dan kebetulan Fatin balik wajib masa nih, jadi Bonde jalan-jalan dekat D'pulze Shopping Mall cari barang dapur dan singgah makan dekat Hadramot Village nih, Sebenarnya dah lama nak cuba nasi arab dekat sini jadi kebetulan lengkap satu family Bonde ajak Kanda dan Fatin rasa nasi arab dekat situ.
Nasi Arab Sedap... Hadramot Village D'pulze Shopping Mall Cyberjaya |
Nasi Arab Sedap... Hadramot Village D'pulze Shopping Mall Cyberjaya |
Nasi Arab Sedap... Hadramot Village D'pulze Shopping Mall Cyberjaya |
Set Family Rice 2-3 Pax
Disebabkan Kami bertiga makan pada hari tu, Bonde Oderlah Family Rice nih! sedulang nasi nih boleh makan 2-3 orang...memang ngamlah untuk kami. Dalam sedulang nasi ni ada mandi rice, kabsah rice, chiken, lamb, soup, sauce and ice lemon tea.. "Free refill" haaah bestkan semua ada. Serius cukup semua menu.
Bau sedulang nasi arab ni sangat mengoda tau... tak sabar semua nak makan! sebelum tu ambiklah gambar dulu...
Menu Hadramot Village Set Kebab
Ada macam-macam menu lain lagi tau... kalau anda tak suka makan nasi arab boleh makan kebab. Kebab pon nampak menarik dan sedap. Dekat bawah ni ada promosi untuk kebab bolehlah anda tengok.
Dekat bawah ni untuk menu nasi arab, anda boleh pilih set nasi arab untuk makan mengikut berapa pax seperti dibawah.
Hadramot Village Ada 4 Cawangan
1. Cawangan Quill City Mall
2. Cawangan KLCC
3. Cawangan D'Pulze
4. Cawangan The Mines
Jadi anda kalau yang dah terliur tengok pic dekat atas tu bolehlah terjah cawangan yang berdekatan anda. Atau untuk info lanjut anda boleh terjah facebook dibawah :
Facebook : Hadramot-Village
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.