Majlis Akad Nikah Dan Persandingan Nurul dan Faris



Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bonde nak simpan kenangan Majlis Pernikahan dan Persandingan anak buah Nurul Khatijah atau nama manjanya Yun dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Faris berasal dari Pulau Pinang.  Majlis ini berlangsung 30 haribulan Jun yang lalu, Biasalah lama gambar nih duduk dalam draf entri dan malam ini baru berkesempatan Bonde nak kongsikan.

Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris


Majlis Nikah telah diadakan di Masjid Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, pada hari sabtu dan Majlis bersanding telah diadakan di Dewan Terbuka Kampung Batu Laut, haaa dewan tepi pantai tau... 


Saat pernikahan adalah saat yang paling mendebarkan bagi pengantin perempuan tapi yang paling tak senang duduk adalah pengantin lelaki, mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun tak lalu betul tak? siapa yang nampak steady jer time nak akad nikah memang tipu ler, nampak Pak Imam dah bedebar, nampak bakal Pak Mentua lagilah berdebar kan kan kan.  Tak ada yang penting doalah banyak-banyak moga majlis penikahan anda di permudahkan, Bonde dah lalui 17 tahun yang lalu semua rasa ada.  Yang penting persediaan.  Nikah kahwin bukan boleh anggap diri kita bidan terjun yea.. jauh sekali berfikiran tu!  Jadi untuk persedian Akad dan Nikah pengantin perempuan dan lelaki perlulah study sedikit sebanyak tentang perkara-pekara dibawah, Bonde rasa ada belajar bab Nikah Kahwin ni pada mata pelajaran agama islam tingkatan lima jadi jomlah sama-sama flashback Bab Nikah Kahwin.

Rukun Nikah

1. Pengantin lelaki (Calon Suami)

2. Pengantin perempuan (Calon Isteri)

3. Adanya Wali

4. Dua orang saksi lelaki

5. Ijab dan Qabul (akad nikah)

Syarat-Syarat Sah Nikah

a) Syarat-Syarat Bakal Suami

1. Islam

2. Lelaki yang tertentu

3. Bukan mahram dengan bakal isteri

4. Bukan dalam ihram haji atau umrah

5. Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)

6. Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut

7. Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi

8. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

b) Syarat-Syarat Bakal Isteri

1. Islam

2. Bukan seorang khunsa

3. Perempuan yang tertentu

4. Tidak dalam keadaan idah

5. Bukan dalam ihram haji atau umrah

6. Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))

7. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami

8. Bukan isteri orang atau masih ada suami

Syarat Wali

1. Adil

2. Islam

3. Baligh

4. Lelaki

5. Merdeka

6. Tidak fasik, kafir atau murtad

7. Bukan dalam ihram haji atau umrah

8. Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila

9. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

10. Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-Jenis Wali

1. Wali mujbir



Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

2. Wali aqrab

Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali


3. Wali ab’ad

Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.


4. Wali raja/hakim

Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Syarat-Syarat Saksi

1. Islam

2. Lelaki

3. Baligh

4. Berakal

5. Merdeka

6. Sekurang-kurangya dua orang

7. Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul

8. Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)

9. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

10. Bukan tertentu yang menjadi wali.

(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul

Syarat Ijab


1. Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.



2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)

3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan

4. Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran.

5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya

* Contoh lafaz ijab:

“Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”

Syarat Qabul


1. Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab


2. Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.

3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)

4. Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya

5. Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)

6. Menyebut nama bakal isteri

7. Tidak diselangi dengan perkataan lain.

* Contoh lafaz qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami) :



i) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”


ATAU

ii) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) sebagai isteriku.”

sumber : shafiqolbu

Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris

Alhamdulilah Majlis Akad telah berlansung dengan lancar, tibalah masa untuk acara batal air sembahyang antara pengantin lelaki dan Pengantin Perempuan.


Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris


Sebaik selesai majlis akad nikah, diteruskan pula majlis bersanding... diiringi dengan penari cilik kebudayaan.

Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris



Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris


Gambar-Gambar dari kamera women yang di tempah khas untuk majlis bersanding dan outdoor






Family Photo Zairul Nizam dan Rosmawati
Menu majlis :

Nasi minyak/Nasi putih
Kari Kambing
Kuah Dal Sayur
Ayam Masak Merah
Acar timun
Air sirap
Ulam-ulaman
Ikan Masin
Kuih Muih

Air Balang 4 jenis
Mata Kucing
Air Tea Bunga
Lemon bali
Kiwi


( disebabkan Kakak ipar meniaga dekat pasar malam menjual air balang jadi, dekat sini bonde dan suami ditugaskan menjaga air balang dengan abang Ngah, Kak Ngah laku keras tau air balang kami ha ha ha maklumlah percuma)



Kuih Lemper

Kuih Lemper ni popular dekat kenduri kahwin orang jawa. ini juga adalah kuih kesukaan Bonde tau! pulit inti serunding kelapa macam... Ni Pak Uteh kami sponsor dari Banting.  Kalau nak oder boleh bagi tahu juga.

  

Sayur Pecal Jawa

Sayur pecal jawa ni pun wajib ada kalau dekat kenduri kahwin orang jawa.  Kuah pecal ni Mak Kakak ipar buat sendiri memang power kuah dia sedap Bonde selalu oder time raya.  Kalau nak oder bagi tahu.



🌸 Pelamin Sanding Kath
🏡 BatuLaut, Tg Sepat, Banting
💄 Makeupby @lola_carrero87 / Lola Carrero
Visit my instagram 👇
www.instagram.com/saffaizalcreation_

👗 @gensgreatidea

📸@etikah photografi



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan