Celebrate Life Run, Tak Ada Medal.. Dapat Durian Sebiji Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bonde terlupa nak up pasal larian ni dekat dalam blog... ni kiranya "throwback" kisah Larian Celebrate Life pada bulan Februari yang lalu. Masa ni, Bonde aktiflah masuk 'Run" segala jenis Run boleh daftar tapi yang dekat-dekat jer area Cyberjaya Puchong dan Sepang. Larian Celebrate Life yang Bonde sertai ini lokasinya di Ayer Bukit Puchong, larian sejauh 5 KM.
Masa dalam larian ada slot cari harta karun... yang ni pon tak ada rezeki Bonde! sedih tak dapat sampul angpow! dalam tu ada voucher tau, cash RM 50 - RM 100 kalau tak silap. Tak pelah tak ade rezeki nak dapat sampul angpow larian kena diteruskan hingga ke penamat.
Alhamdulillah sampai juga ke penamat! Akhirnya... sampai digarisan penamat Bonde terus claim kupon nak ambik medal, eh eh eh mana ada medal untuk larian ni, Bonde diberi sebiji Durian. Ingatkan Durian yang pamerkan pagi-pagi tadi untuk dijual rupanya itu adalah hadiah.
Celebrate Life Run, Tak Ada Medal.. Dapat Durian Sebiji
Nak masuk Larian ni kena daftar dekat Jom Run dengan bayaran sebanyak RM 35 seorang, hari tu kami daftar empat orang terus.. senang car full pergi larian Bonde, Banana, Odah dan Liza. Berkobar-kobar kami nak masuk Celebrate Life Run, Tak Ada Medal.. Dapat Durian Sebiji sebabnya kami ni hantu-hantu durian wajiblah masuk larian ni sebab nak makan durian sedap dan terbaik!
Masa larian bermula biasalah ada senaman ringan dan buat beberapa regangan supaya pelari-pelari tak alami kejutan urat saraf tetiba.. amboi ayat Bonde ha ha ha harap anda semua faham apa yang Bonde maksudkan. Takutkan nanti ada yang alami kejang kaki, pengsan ke masa tengah berlari tu.
Masa berlari... kami diperkenalkan oleh penganjur tentang bangunan yang dibina di bawah selian mereka, sempatlah penganjur selit-selit kot ada peserta yang berminat untuk membeli atau menjadi penyewa dilot bangunan mereka tu. Moga lepas ni kalau ada yang nak menyewa area bukit puchong bolehlah buat survey harga mana-mana yang masih kosong. Masa diperkenalkan tu Bonde tak berapa fokus sangat sebab tak perasan masa tu ada di ke slot ni dalam jadual larian yang Bonde masuk nih!
Masa dalam larian ada slot cari harta karun... yang ni pon tak ada rezeki Bonde! sedih tak dapat sampul angpow! dalam tu ada voucher tau, cash RM 50 - RM 100 kalau tak silap. Tak pelah tak ade rezeki nak dapat sampul angpow larian kena diteruskan hingga ke penamat.
Alhamdulillah sampai juga ke penamat! Akhirnya... sampai digarisan penamat Bonde terus claim kupon nak ambik medal, eh eh eh mana ada medal untuk larian ni, Bonde diberi sebiji Durian. Ingatkan Durian yang pamerkan pagi-pagi tadi untuk dijual rupanya itu adalah hadiah.
Nampak tak bertapa happynya dapat durian...
Jomlah selfie bersama durian masing-masing he he he
Masa untuk makan durian.... Dah puas bergambar, tak kan nak hidu bau jer, Oklah beri laluan dulu yea..
Durian tu kami terus makan dekat situ juga sebab tak suka bau durian dalam kereta! nanti baunya seminggu tak boleh hilang. Durian D24 memang terbaik, isi kuning rasa sedap sekali. Next time kalau ada larian ni lagi pasti nak join jugak!
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
rajin bonde join larian ni..kalau akak mmg out ler
BalasPadam1st time tgok org buat run dpt durian. hahah betul2 main jiwa run ni. Siapa yg suka makan durian mesti berpesta hehe sedapnya duriannn
BalasPadamMenariklah...xde medal tapi dapat durian ok apa kan..kenyang makan durian sebiji :)
BalasPadamdapat durian. huhuhu.
BalasPadamkita yang memang hantu durian ni suka la.
bestnya dapat join run.
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.