Asaalamulaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua... Kalau anda ke Klang tak tahu nak makan dekat mana? malas nak ronda-ronda tempat makan sedap dekat Klang, ada baca info yang ingin Bonde kongsikan dibawah dan anda tak perlu tercari-cari lagi dimana nak makan dekat Klang ni?? lama nanti, sudahnya anda terpaksa menunggu lama untuk makanan anda tu nanti... sudahnya kelaparan... Apa kata anda scroll kebawah dan tengok dulu apa yang Bonde kongsikan ini menarik tau...
Menikmati Seafood Segar Di Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang
Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak di Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic Klang. Untuk info anda Restoran Sisik Ikan Bakar ini terletak betul-betul di hadapan bangunan GM Klang (seberang jalan sahaja).
Restoran ini mula beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk Masakan Asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk Masakan Seafood dan Ikan Bakar... jadi anda ada dua pilihan untuk makan pada siang atau pon malam..
Suasana Restoran juga sangat selesa dan ruang sangat luas, sesuai kalau nak datang dengan family dan kawan-kawan. Pada pandangan mata Bonde Restoran ni muat kapasiti untuk 100 orang dan lebih.
Aneka Seafood dan Makanan Laut
Sebelum makan, anda haruslah pilih seafood yang hendak dimasak terlebih dahulu, seperti biasa harga semasa mengikut gram/kilogram, anda bolehlah pilih banyak mana yang hendak dimasak mengikut jumlah yang hadir bersama anda masa tu.
Menu pula memang sudah yang disediakan. Seefood tyang telah dipilih bolehlah beritahu menu yang anda nak makan. Apa yang Bonde nampak seafood dekat sini memang sangat-sangat segar antaranya ialah Kerang, Sotong Udang, Ketam, Telur Ikan, Kupang, Pepahat dan Lala
Ikan juga ada pelbagai jenis seperti :
Ikan Tetuka, Ikan Daun Baru, Ikan Lampam, Ikan Bawal, Ikan Talapia, Ikan Siakap, Ikan Cencaru, Ikan Kembong dan Ikan Merah
Aneka Ulam-Ulaman
Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu
Sementara tunggu menu seafood masak Bonde nak perkenalkan Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu adalah menu istimewa disini, anda boleh pilih untuk makan dengan lauk yang disediakan didalam kuali seperti Ayam Masak Merah, Sambal Udang, Rendang Ayam dan Sambal Paru Goreng Nusantara. Untuk ubah citarasa anda, Nasi Lemak Buluh Perindu ini juga boleh dimakan bersama Ikan Bakar.
Menu Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu
Cara memasak Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu
Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu ini adalah Nasi Lemak yang dimasak menggunakan daun Pandan dan dibungkus dalam daun pisang dan dimasukan kedalam buluh dan dikukus dalam pengukus. Ini membuatkan nasi sentiasa panas dan wangi. Bau wangi tu buat selera bangkit dan rasa sangat ummmmpph!
Set Hidangan Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu
Menu Masakan Seafood Yang Telah Siap
Alhamdulillah tibalah masanya untuk makan seafood pula, Bonde kongsikan dengan anda menu apa yang telah dimasak untuk seafood-seafood segar yang telah dipilih awal-awal tadi.
Pepahat Tumis Pedas
Udang Goreng Berempah
Sambal Lala
Sotong Bakar
Bawal Masak Asam
Ikan Bakar Lampam
Seafood Singgang
Kailan Ikan Masin
Ulam-ulaman
Review Dari Bonde Untuk Masakan Restoran Sisik Ikan Bakar
Bagi Bonde pengemar masakan pedas memang menu-menu yang dipilih kena dengan citarasa Bonde, sebab semuanya ada guna cili api dan juga cili kering, Kalau anda yang tak suka makan pedas anda boleh order menu yang lain contoh sweet sour.
Keselesaan Restoran Sisik Ikan Bakar
Bagi Bonde keselesaan makan dekat sini 5/5 ada banyak meja dan kerusi dan kedai luas dan yang penting bersih dan kemas dan ianya tersusun mudah nak pilih seafood dan ikan. Servis pula tip top... staff sangat cepat membantu masa ambil oder.
Harga Masakan Restoran Sisik Ikan Bakar
Harga adalah standart sama macam dekat Restoran lain yang ada hidangkan seafood, Seafood akan ikut harga semasa. Bagi Bonde yang penting kesegaran seafood tu sendiri.
Anda boleh juga memesan menu makanan mengikut Set ianya lebih jimat. seperti dalam menu dibawah :
Air Minuman
Ada Pelbagai air minuman yang boleh anda oder kalau dah rasa boring minum sirap limau tu.. Oderlah jus pulak.. mengoda jer Bonde tengok airnya.
Baiklah. Kalau anda nak tahu lebih detail tentang Restoran ini, Info lanjut boleh layari media sosial dibawah :
Facebook : https://www.facebook.com/restoransisik
Instagram : https://www.instagram.com/restoransisik
Alamat : Restoran Sisik Ikan Bakar, No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7
Bandar Botanic, 41200 Klang Selangor. (waze Restoran Sisik)
Bandar Botanic, 41200 Klang Selangor. (waze Restoran Sisik)
Whatsapp : 019-2263004 /016-2240474
~ Bonde Senyum Riang ~
25 Ulasan
Ramai bloggers rekomen restoren ni.... bila ke Klang nak cari lah kat mana sebab sis suka makan seafood.
BalasPadamSenang je nak jumpa sebab betul2 depan GM Klang
PadamYummy! Yummy! Yummy! All the seafood look so yummy. I think this is the third time i’m Reading review about this restaurant. Thank you for sharing.
BalasPadamKalau ke Klang jangan lupa singgah makan dekat sini yea.
Padamsedapnyaa
BalasPadamhe he he mmg sedap
PadamHappynya tengok seafood dia Bonde! Semua nampak fresh dan besar, memang puas hati bila makan dekat sini. Kalau harga dia mahal sikit pun tak kisah sebab dia hidang bahan mentah berkualiti
BalasPadamharga dia standard macam restoran lain... bg Bonde kesegaran seafood tu yang penting harga no 2, kalau mahal tapi seafood tak segar mmg hampa kan!
PadamSemua sedap2 tgk.. Yg lala dengan kailan ikan masin tu nampak yummyyyy sangat 😍
BalasPadamHaaa tu antara menu wajib oder kalau makan kat mana2 restoran, alhamdulillah sedap boleh repeat oder lagi kalau makan dekat sini
PadamNext time boleh repeat lagi kan bonde. Kita try lain pulak hihi
BalasPadamYa betul tu, next time datang nak rasa lauk-pauk nasi lemak buluh perindu pulak... tak sempat nak rasa hr tu
PadamWah macam macam makanan ada ye bonde.nampak sedap semua. Nasi lemak dalam buluh ada
BalasPadamNasi lemak buluh perindu menu special dekat restoran ni
PadamWahhh byknya menu. Nmpk menarik semuanya. tekak org melayu lah makan pedas2 ni, masakan ala kampung. Menarik!
BalasPadamWah. Pertama kasih terima kasih sudi share tempat yang menarik ini. Insha Allah jika ada kelapangan , dan masa boleh turun ke sana untuk mencuba makanan ini. :)
BalasPadamKita suka makan kat sini Bonde memang semua menu sedap dan juga paling best adalah makanan laut nya bersaiz besar dan juga segar.. Kita paling suka menu sotong tu dan ikan bakar best...
BalasPadamMakanan laut yang fresh dan pelbagai pilihan, ni mmg pilihan orang ramai ni. Nampak gambor bonde pun dah terliur ni!
BalasPadamHey! We meet again friend!
BalasPadamI miss this food wei!
Jom satu hari kita orang pi skli lagi !
Wow!!!! Sedapnya... Menggiurkan sungguh... Yang paling saya teruja adalah waktu bukanya tu... Awal pagi dah buka jadi bolehlah kita menikmati hidangan seawal mungkin... Kalau ke belah sana insyaAllah akan singgah...
BalasPadambestnya, dah la tengok time tengahari terus rasa lapar nak makan ikan bakar. nampaknya kena dinner ikan bakar ni.
BalasPadamAlaaa bonde..terliur dh ni. Jom kita repeat lagi nak..sedap tuuu makanan kat sini
BalasPadamSedapnya.. kalau pi Klang nanti boleh lah Kak Sue cuba..
BalasPadamUish menariknya. fresh belaja! Makanna pon pergh!
BalasPadamsemua sedap2 dan menyelerakan
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.