KENWOOD BLEND - XTRACT GADJET BAHARU DI RUMAHKU



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, hai reader semua, Bonde dah lama tau nak beli blender buah ni... sebab suka sangat minum air smoothies, selalu nak mudah beli sahaja memang sedap, lepas tu sudah tentu harga untuk satu botol bebelas ringgit betul tak? satu hari tu, terpanggil nak beli sendiri..

KENWOOD BLEND - XTRACT GADJET BAHARU DI RUMAHKU

Nekat beli sendiri dan buat sendiri air smoothies mudah dan ringkas.  Antara manfaat minum air smoothies ialah :


1. Melancarkan Sistem Pencernaan


2. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

3. Menyihatkan Kulit

4. Smoothies ini kaya dengan vitamin C, zat besi, calcium, protein yang cukup lengkap utk keperluan zat anda.

5. Ibu menyusu sesuai sangat jadikan sebagai milk booster. 

6. Wanita tengah period pula sangat digalakkan minum smoothies ni kerana zat besi bagus utk gantikan darah yang hilang. 

7. Smoothies bagus untuk anda yang sedang mengamalkan diet


Apa yang dapat dalam kotak Kenwood Blend- xtract?

Dalam kotak Kenwood Blend- xtract terdapat 1 Mesin Pengisar dan 2 tumbler. 


Resepi ada dikotak Kenwood Blend- xtract anda boleh jer ikut contoh bahan-bahan yang ada dalam gambar dibawah nih dan boleh pilih sama ada nak guna air putih ataupun susu.  Bonde lebih suka guna susu sebab rasa lebih kenyang .



Resepi pertama yang Bonde cuba ialah 2 biji pisang dan Susu HL.  Sangat mudah dibuat, bahan pon senang nak dapatkan!

Smoothies Pisang Susu HL

1. 2 Biji Pisang

2. 200 ml Susu HL

3. 5-6 ketul  kiub ais

Cara-caranya :

Potong pisang dan masukan dan tumbler, masukkan susu dan masukkan kiub ais, lepas tu kisar.. dah siap he he he


Tadaaa dah siap! Kalau pergi Korea pasti beli Susu Pisang, femeskan Susu Pisang dekat Korea.  La ni kalau terindu Susu Korea dah senang dah, buat sendiri rasanya yang Bonde buat ni lebih kurang sama dengan yang dibeli dekat Korea tu, Tapi yang ni versi mudah dan lebih segar.  Tapi tak tahan lama, Buat dan terus minum tak sesuai disimpan dalam peti sejuk.  Bonde pon jenis teruja lebih memang tak sempat simpan minum terus je ha ha ha.

"Smoothie" yang dibuat dengan sedikit susu, yogurt, ais dan buah-buahan menghasilkan minuman yang menyegarkan dan memberikan anda banyak kandungan buah-buahan harian.






Berikut adalah beberapa jenis kombinasi jus buah-buahan yang menyihatkan lagi sedap dan menyegarkan! Jom cuba...

1. Pisang + nenas + susu 

Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan membantu mengelakkan daripada masalah sembelit.

2. Betik + nenas + susu 

Kaya dengan vitamin C + E + besi yang membantu meremajakan kulit dan meningkatkan metabolisme.

3. Epal + peria + susu 

Menyingkirkan bau nafas busuk dan mengurangkan kepanasan badan dalaman.

4. Lobak + epal + pear + mangga 

Mengurangkan kepanasan dalaman badan, membuang kandungan toksik, mengurangkan tekanan darah dan anti-oksidan.

5. Oren + halia + timun 

Memperbaiki kelembapan dan tekstur kulit serta mengurangkan kepanasan badan dalaman.

6. Pear + pisang 

Meregulasikan kandungan gula.

7. Lobak + halia + epal 

Mempertingkat dan membersihkan sistem badan.

8. Epal + timun + kiwi 

Meremajakan kulit.

9. Nenas + epal + tembikai 

Membuang kandungan garam berlebihan, menyihatkan pekencingan (bladder) dan ginjal.

10. Tomato + lobak + epal 

Meremajakan kulit dan menyingkirkan bau nafas busuk.

11. Tembikai susu + anggur merah + tembikai + susu 

membantu meningkatkan aktiviti sel dan daya tahan badan.

12. Epal + timun + saderi 

Mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kandungan kolesterol dan mengurangkan sakit mulas dan sakit kepala.

Selamat mencuba!


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Banana milkshake ni best , sedap..saya pun buat sendiri juga, guna pisang berangan..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.