Kebanjiran Chocolate Di Belgische Chocolatier, Mont Kiara



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Ada peminat Chocolate dekat sini tak? Bonde nak kongsikan dekat anda semua peminat-peminat chocolate tegar, Belgische Chocolatier adalah Cafe yang menghidangkan menu-menu Chocolate yang akan membuatkan anda semua rasa teruja nak cuba setiap menu yang ada.

Kebanjiran Chocolate Di Belgische Chocolatier, Mont Kiara


Belgische Chocolatier, Mont Kiara

Cafe Belgische Chocolatier ini, terletak di Mont Kiara senang jer nak datang sini, anda guna aplikasi waze type 163 Retail Park, Cafe Belgische Chocolatier ini terletak ditingkat satu tau, memang senang jer nak cari.. anda akan nampak wall kaca Cafe Belgische Chocolatier seperti dibawah nih. 

Cafe Belgische Chocolatier


Menu-Menu Menarik Yang Terdapat Di Cafe Belgische Chocolatier

Bonde paling teruja nampak Choclate Fondue With Fruits ini adalah kegemaran Tok Ti Strawberry Coklat tapi sekarang bukan Tok Ti je gemar makan ni, Bonde pon sama memang kegemaran Bonde makan buah-buhan segar yang  celop-celop dalam chocolate.  Seperti yang anda nampak ada tiga pilihan Chocolate Belgian yang bertingkat-tingkat dan mengalir buat anda yang melihatnya pasti terliur. Tiga jenis Chocolate tersebut adalah  White Chocolate , Dark Chocolate dan Milk Chocolate.



Antara Buah-buahan yang sedap dimakan bersama chocolate tersebut seperti strawberry, bluberry, nenas dan kiwi... sedap sangat tau tengok gambar pon bikin air liur meleleh hadoi lemah sanubari Bonde tak kuat godaan ini.... tak sukup 1 cucuk makan yang ini tau!



Nampak tak bertapa happynye Bonde menikmati Choclate Fondue With Fruits bukan main asyik dok celop-celop buah dekat chocolate tak ingatlah berapa cucuk makan yea tak?  Bonde suka celop dalam chocolate yang plain sahaja sebab rasa dia sedap dan Bonde suka.



Kalau anda tak suka makan yang mengalir anda boleh pesan dark chocolate dan plain chocolate dalam cawan macam diatas ni.

THREE MUSKETEERS




Pada yang nak chocolate yang lebih pekat bolehlah makan tiga jenis chocolate ni. Tiga Pilihan Chocolate cawan adalah White Chocolate, Dark Chocolate dan Milk Chocolate.




Tidak seperti krep biasa, Krep dari lapisan coklat nipis di dalam krep, di atas dibanjiri sos chocolate.



FETTUCINE CREPE



Strip Fettucine ini disajikan dengan Sos Chocolate halus dan dihidangkan bersama Ice Cream.. Ni pon sedap tau tak kan muak makan ni.. sedap sekali!

TRIPLE HEART DOUGHNUT


Tiga donat berbentuk hati yang dilapisi dalam milk chocolate, dark chocolate dan white Chocolate.

WALNUT BROWNIE



Kacang menambah variasi tekstur kepada chocolate yang baru dibuat dengan siapa yang suka kekacang harus cuba yang ini.. crunchy walnuts.. sedap!

BELGIUM'S FINEST


Waffles disalut dengan Chocolate Susu Belgium, White Chocolate dan Dark Chocolate. 

STREET WAFFLE



Waffles dilapisi dengan pelbagai Chocolate, dihidangkan pada lidi, gaya menu ini sama seperti makanan jalanan (street food).  sama macam makan chocolate buah diatas.

KRISPY BOWL



Menu ini adalah Chocolate Krispis Beras ia dimakan sebagai snack.  Ranggup sekali.. krup krap salam mulut he he he


Churros yang menyerupai kentang goreng Perancis, dilapisi dengan garam dan kayu manis yang dihidangkan dengan sos milk chocolate ni sangat lembut sekali, Bonde paling suka makan Churros ni panas-panas sedap sangat lembut jer rasa dia tau!



Shushi! mesti anda tak percaya ada menu nih, Chocolate Shushi Crepe dalamnya ada Strawberi, krim, krispies beras dan sos Chocolate,   semuanya dibungkus dengan crepes mini. Bonde paling suka makan Shusi ni sedap sekali sebab ada buah-buah dekat dalam rasa dia pon tak terlalu manis sedap tau!


SIZZLING BROWNIE




Brownie yang baru dibuat dihidangkan kuali panas dengan ice cream dihantar dengan pantas ke meja anda dengan diikuti asap. Ia disirami dengan sos coklat susu pasti teruja dengan persembahan menu ini, memang surprise sangat.



COFFEE BEANS


Dah makan manis-manis kenalah sulam dengan pahit pulak nak kasi balance rasa tu... betul tak?  Jadi cuba minum Coffee Beans ni.. memang coffeenya sangat umppphh tau, pekat dan melekat rasa dia.. he he he #coffeelover harus cuba coffee nih memang sangat-sangat dicadangkan untuk rasa. sebab apa??? Ini coffee import tau!

THE BUTTERFLY PROJECT


Terima kasih diucapkan kepada Mamasan Tammy Lim atas jemputan The Butterfly Project ini, sangat memberi pengalaman baru bagi Bonde yang pertama kali menjadi peserta The Butterfly Project.  Dapat merasai chocolate yang sedap-sedap dan bertemu rakan-rakan blogger yang lain.



Tak lupa jutaan terima kasih juga pada owner Belgische Chocolatier, Mont Kiara sebagai penganjur tempat.



BONDE PASTI DATANG LAGI...





Kalau anda semua nampak  apa yang Bonde kongsikan ini menarik dan rasa nak pergi.. Bonde ada yang lebh menarik nak dikongsikan, untuk pengetahuan anda dekat Belgische Chocolatier ini boleh buat Majlis Surprisekan orang yang tersayang tau.. mana tahu anda tak ada idea nak sambut anniversary surprise atau birthday surprise bersama pasangan dan family, Bonde cadangkan... dekat sini sangatlah sesuai tau bawalah pasangan dan family anda ke sini.

Selain itu disini juga boleh buat majlis lain seperti mini reunion, birthday party, Kid's Chocolate Workshop.  Untuk makluman dan info lanjut anda boleh lawati Laman Web dan Media Sosial dibawah:



Instagram : belgischechocolatier


Alamat :

1F-16 Kiara, 163, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Untuk Tempahan :

(+603) 64125175

Waktu Operasi :

10:00 AM – 10:00 PM
Setiap hari

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Ya ampun..sedapnya cokla dia..syurga coklat..nak pergi la nnati..mesti rambang mata tengok coklat

    BalasPadam
  2. Uittt jeles kita bonde makan ceklat..tak ajak kita ya..kita dh le suka coklat2 ni

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. bestnyeeeeee.. lea peminat coklat.. bila tgk ni rasa nk jugak
    . hahaha

    BalasPadam
  4. Dah lama x makan coklat cam gini. Sedapnyaaa..dh le sis ni peminat ceklat. Boleh lah nanti sis cuba kat tmpat ni

    BalasPadam
  5. Pergh rasa heaven sgt klo dpt mkn ni .. Rambang mata tengok cokelat....

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.