Assalamualaikum Dan Selamat Pagi. Hai reader semua, Bonde memang minat lagu-lagu irama Malaysia, tak heranlah Bonde boleh layan konsert Noraniza Idris hari tu dengan suami berdua pergi konsert ha ha ha.. Bonde dengan suami beza umur hanya setahun jadi kami memang membesar sama-sama era kami pon tak jauh beza kami layan lagu lama-lama, zaman irama Malaysia 1990-an, paling minat dengan lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato' Seri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah dimana irama Malaysia telah bermula sejak era 80-an lagi.
Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru Di Dalam Irama Malaysia Pada Era 2020
LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN
Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik
yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper
dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak
seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung
legasi.
Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada
sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk
diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".
SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???
Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50
tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor.
Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian
sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK
JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH
JID".
KENAPA EMBAH JID???
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya
dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG
BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah
melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .
PROFIL EMBAH JID :-
- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -
Apabila Bonde melihat profil beliau, berasa bangga dengan segala
pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di
dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka
disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai
lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu,
Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa
Cinta".
LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA
Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana
satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di
hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu
berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan
kesopanan yang perlu ada.
Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan
tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan
bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu),
3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin
Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan
arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.
Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman.
Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid
dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni
tarian irama Malaysia.
PROFIL EMBAH JID :
FACEBOOK | INSTAGRAM
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
Ena pon kagum dengan embahjid. Masih perjuangkan seni muzik melayu asli
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.