Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua... Sekarang ni tengah musim durian betul tak? Bonde ni memang hantu durian tau! tapi kan hantu durian yang satu ni kadang main makan jer durian tu tak kenal pun jenis-jenis durian yang dimakan. Oleh sebab tu, Bonde nak kongsikan dengan anda semua terjumpa perkongsian di FB page like-like sahaja : sumber dari FAMA tentang jenis-jeni durian jadi Bonde kongsikan disini, antara banyak-banyak jenis durian yang ada dalam senarai, Bonde senaraikan yang mana sudah pernah makan dan rasa.
JENIS JENIS DURIAN SUMBER DARI FAMA
1. 888 DURIAN KAMPUNG
Durian kampung adalah durian yang biasa Bonde makan, Ianya sedap dan manis isinya. Harga agak murah dan mudah nak dapat bila Musim Durian. Dekat kampung ada beberapa buah pokok yang di tanam oleh arwah ayah.
2. DURIAN D24
Durian D24 antara durian yang biasa Bonde makan, Ianya sedap dan rasa lemak manis isinya dan sedikit pahit. Kesukaan Bonde Durian manis dan juga pahit dua jenis ni boleh dimakan, Harga agak standart ikut pasaran dan D24 mudah nak dapat bila Musim Durian.
3. DURIAN D175
Durian D175 antara durian yang pernah Bonde makan, Ianya sedap, warna kekuningan, isinya tebal dan agak lembik. Harga agak standart ikut pasaran dan D175 mudah nak dapat bila Musim Durian.
4. DURIAN D168 IOI
Durian D168 IOI antara durian yang pernah Bonde makan, Ianya sedap agak lembut tapi isinya pejal, isinya tebal dan bijinya kecik. Warna kuning pekat, macam bas sekolah. Harga agak standart ikut pasaran dan D168 IOI mudah nak dapat bila Musim Durian.
4. DURIAN D197 MUSANG KING
Durian D197 MUSANG KING antara durian yang pernah Bonde makan, Ianya sedap agak lembut tapi isinya pejal dan agak melekit sedikit, isinya tebal dan bijinya kadang kecik/kesip dan kadang-kadang ada yang besar. Warna kuning keemasan. Harga agak mahal ikut pasaran dan D197 MUSANG KING mudah nak dapat bila Musim Durian. Kalau dah makan D197 MUSANG KING durian lain akan rasa tak sedap, jadi kalau nak makan durian D197 MUSANG KING dengan durian lain, makan D197 MUSANG KING terakhir sekali. Kalau tak makan D197 MUSANG KING dah rasa puas he he he (ini bagi Bondelah tak tahu anda punya macam rasa macam mana)
JENIS-JENIS DURIAN YANG TAK PERNAH BONDE RASA
Senarai dibawah ini adalah jenis-jenis durian yang tak pernah Bonde rasa seumur hidup Bonde. Moga akan datang ni Bonde dapat rasa dan Bonde akan kongsikan dengan anda semua tentang rasa durian tu yea.
1. DURIAN D198 KIM HONG
2. DURIAN D13
3. DURIAN 0X
4. DURIAN D88
5. DURIAN D200 BLACK THORN
6. DURIAN D165 GREEN THORN
7. DURIAN D198 GOLDEN PHOENIX
8. DURIAN D13 GOLDEN BUN
9. DURIAN D18 SUNSET
10. DURIAN TAI HUNG
11. DURIAN D24 XO
12. DURIAN D158 CHEONG PENG
13. DURIAN D78 SWEETIE
14. DURIAN D5 IBRAHIM
15. DURIAN D101 RED FLESH
16. DURIAN D163 HULU
17. DURIAN SPECIAL
18. DURIAN D88 DARLING
19. DURIAN D2 DATO NINA
20. DURIAN LOVE
21. DURIAN D6 SAMSU
22. DURIAN 13.5
23. DURIAN D3 SECOND SON
24. DURIAN D28 CREAMY BUN
25. DURIAN D10 GREEN HEAD
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
Samalah dengan Ruby ni Bonde. Pandai makan je si isi kuning ni. Kiki.
BalasPadamBanyak jenis durian ni rupanya.
Ruby selalu makan hat kampung ;)
Amboi macam-macam nama durian ya Bonda sekarang nie..
BalasPadamUwwaaaa. Sedapnyaa. ok balik nie nak cari durian la.
BalasPadamBanyaknya jenis durian, saya cuma tau makan je. nama durian tu semua tak tau, yang saya tau berduri semua tu DURIAN. hahahahahahahaha
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.