CENCALOK SOTONG OLE-OLE DARI MELAKA Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua... Kalau pergi Melaka pasti akan singgah dekat Pusat kraftangan Alor Gajah, Melaka ada apa dekat situ? ada macam-macam produk pelancongan seni kraf untuk pengunjung dalam dan luar negeri. Pusat kraftangan Alor Gajah ini menghimpunkan produk-produk kraf tangan tradisi mahupun moden kontemporari dari seluruh negeri Melaka. Pusat kraf ini terletak di sepanjang jalan dari bulatan Plaza Tol Simpang Ampat hingga ke Rembia. Banyak hasil-hasil yang kreatif ada dijual pasti memenuhi permintaan pengunjung-pengunjung termasuklah Bonde sendiri kalau pergi Melaka pasti akan singgah sini beli buah tangan dan ole-ole untuk diberi pada family dan kawan-kawan.
CENCALOK SOTONG OLE-OLE DARI MELAKA
Pusat kraftangan Alor Gajah, Melaka kalau anda nak datang takut sesat boleh search See map: Google Maps : Malaysia, 2° 26' 22.1784" N, 102° 11' 2.3388" E InsyaAllah jumpa.
Selalunya Bonde singgah Pusat kraftangan Alor Gajah, Melaka Bonde akan beli kerepek, gula melaka, belacan, sagu, dan barang kraftangan lain, tak pernah terpikir nak beli Cencalok, sebab tak ada yang gemar dekat rumah. Tapi Bonde tertarik dengan Cencalok Sotong ni, Terus teruja pula nak mencuba jadi Bonde belilah sebotol. Bonde terus ambik yang pedas sebab dah tanya dekat penjual tu, katanya yang pedas lebih sedap! Firsttime cuba makan cencalok sotong.. ada nikmat tersendiri...
CENCALOK SOTONG OLE-OLE DARI MELAKA
RESEPI CENCALOK SOTONG
Bahan-Bahan :
3 Sudu Cencalok Sotong
1 Biji Bawang besar (dihiris)
3 Biji Cili Akar (dihiris)
1 Biji Limau Nipis (potong dan perah)
Cara Untuk Sediakannya :
Cencalok Sotong letak dalam mangkuk, masukan bawang besar yang telah di hiris, masukan cili akar yang dihiris, masukkan perahan limau kacau-kacau utk sebatikan rasa.. tak cukup boleh jer tambah mana-mana yang anda suka, senang dan mudah untuk sediakannya, kacau-kacau siap untuk dimakan.
Bonde makan masa Bukan puasa hari tu tau... Makan dengan nasi panas, sambal ikan sepat cili api dan tumisan sayur.. Selesai.. Berbuka! Menu simple.. Dia punya sedap tak boleh nak cakap!
Selamat Mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
Tak pernah cuba lagi cencalok sotong. slalu cencalok udang je lah.. xpenah tau pun... sedap yerk bonde.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.