BERBUKA PUASA DI RESTORAN SUP URAT KETING JENDERAM HILIR , DENGKIL Assalamualaikum dan selamat petang, Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua masa berbuka puasa bulan Syawal hari tu, Bonde teringin nak berbuka dekat Restoran Sup Urat Keting dekat Jenderam Hilir, Dengkil. Sebenarnya Restoran Sup Urat Keting ini adalah terletak di tepi jalan laluan setiap hari Bonde ke tempat kerja. Setiap pagi akan nampak signboard besar Restoran Sup Urat Keting ini, selalu hati berkata teringin sangat nak rasa sup urat keting dekat situ, disebabkan Bonde memang peminat sup urat keting. Kalau pergi pasar memang akan terliur nampak sup urat keting ni. Jadi penutup puasa enam Syawal Bonde bagi tahu dekat Kanda nak berbuka dekat situ petang tu. Suami kata ok, wahh rasa berbunga-bunga hati.
BERBUKA PUASA DI SUP URAT KETING JENDERAM HILIR , DENGKIL
Kalau dari Jenderam Hulu nak ke Cyberjaya Bonde selalu masuk lalulan kampung (sortcut dari Al-Jenderami) dekat situ memang tak banyak kenderaan lalu sebab jalan kampung agak kecil. Setiap pagi Isnin- Jumaat akan lalu untuk pergi kerja di Cyberjaya.
PEMANDANGAN PETANG YANG INDAH
Petang itu, pemandangan sangat cantik, ketika mentari mahu terbenam, warna jingga memenuhi sekitar awam. Subhanallah cantik sangat.
Dalam leka, tiba-tiba teringat pula nak simpan gambar ni dalam "handphone" dengan pantas Bonde pon ambik gambar tersebut. Hasilnya di bawah ni..
RESTORAN SUP URAT KETING JENDERAM HILIR , DENGKIL
RESTORAN SUP URAT KETING JENDERAM HILIR , DENGKIL
Hanya tiga keping gambar Bonde ambik. Hari pon sudah mula gelap maklumlan senja sudah melabuh tirainya... datang bula waktu magrib. Azan pun telah berkumandang. Tibalah waktu berbuka! Juadah berbuka Bonde pon dah tersedia he he he. Jomlah tengok apa yang Bonde pesan dengan Kanda pesan untuk berbuka!
RESTORAN SUP URAT KETING JENDERAM HILIR , DENGKIL
Tada... Banyakkan menu kami pesan. Sebenarnya Kanda yang banyak pesan makanan ni dari Bonde tau! disebabkan kami pertama kali datang makan dekat sini memang rasa nak pesan jer semua.. nak rasa. Tu pun Bonde cakap dekat Kanda kalau tak habis siap!
Sup Urat Keting
Menu ni Bonde dan Kanda setuju nak pesan sebab nilah asyik nak datang singgah makan dekat sini, jadi kenalah pesan Sup Urat Keting .
Perut Goreng Kunyit
Yang ni pon Bonde dan Kanda setuju nak pesan dua-dua teringin nak makan sebab tengok kat banner dia macam sedap dan terliur pulak nak makan. Dan selalunya perut ni kami masak gulai kali ni testlah yang bergoreng.
Daging Masak Kicap
Kanda pesan menu ni... katanya dia teringin nak makan. Ok setuju!
Tumis Cendawan Goreng
Menu ni Bonde yang pesan. Sebab macam teringin nak makan sayur cendawan... He he he
Telur Dadar
Telur dadar ni Kanda yang pesan.. Ni mmg kesukaanye.. Kalau makan tak boleh tak ada telur dadar. Telur dadar wajib ada!
Ulam Timun dan Sambal Belacan
Semua menu dah tersenarai diatas. Jadi kami pun makanlah untuk semua menu-menu yang dipesan. Untuk rasa makanan dekat sini semuanya boleh tahan sedap! macam Sup Urat Keting tu sedap tapi portionnya untuk seorang makan macam sikit sangat ada beberapa jer urat ketingnya.. kalau lebihkan sikit lagi bagus! macam Bonde tak cukup kena up semangkuk lagi baru puas, atau oder untuk extra urat keting boleh ke??? hi hi hi tapi sebab ada pesan menu lain bolehlah cover. tapi kalau makan tu jer macam tak cukup. Untuk Perut Goreng Kunyit oklah sedap rasa macam ayam goreng kunyit jer tapi version perutlah, agak liat-liat sikit tapi boleh dimakan, Bonde suka makan perut ni jadi oklah. Daging masak kicap ok sedap, Tumis Cendawan Goreng sedap, Kalau anda nak singgah makan dekat sini sebenarnya dekat Restoran Sup Urat keting ni ada macam-macam menu lain macam Restoran Seafood lain. Boleh jer pesan tomyam, kailan ikan masin.. semua tu ada.
Selamat mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
8 Ulasan
Waalaikumussalam Bonde.
BalasPadamWahh. Sedap tu sup urat keting :)
Menu lain pun nampak sedap.
Dekat lah Ruby dengan Dengkil ni. Boleh lah cuba nanti
mak aiii sedapnya bonda...terliur lah hehehe
BalasPadamFUh menu-menu nya mengancam..
BalasPadamSelalu nampak dalam waze bila guna area bangi. hahaha. tp tataw mana tempatnya, n tak pernah pergi. camni rupanya. hehe
BalasPadamTumis cendawan goreng tu nampak sedap je..
BalasPadamsup urat. fuyoo. tak pernah lagi rasa. mungkin boleh cuba lepas ni. btw cantik pemandangan langit
BalasPadamRumah nieyl dkt dengkil bonde...
BalasPadamlaluan yg bonde selalu lalu tu biasanya nieyl lalu nk g rumah kawan-kawan sekolah nieyl area jenderam hulu dan jenderam hilir , tak pun nak g bangi lama ngan balik kg husband :)
Rasa lapar terus Bonda bila tengok gambar-gambar dan baca entri nie.. nanti nak pergi juga lah..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.