A'BLOOM PRODUK TERBARU ALTHEA KOREA Assalamulaikum dan Salam Sejahtera hai reader semua, Salam Syawal semua... masih lagi mood rayakan! Sepanjang raya hari tu... Bonde nak bagi tahu tentang produk baharu dari Althea Korea iaitu A'Bloom sebelum ni, Bonde ada dapat email dari Alhea tentang produk baharu ni, macam best dan menarik jer! jadi kenalah cuba dapatkan juga dari Alhea Korea.
A'BLOOM PRODUK TERBARU ALTHEA KOREA
Kali ini, A'Bloom datang dengan 4 produk baharu dalam kotak A'Bloom Althea iaitu :
❤A'bloom BHA Blackhead Blaster
❤A'bloom Mask Sheet.
❤A'bloom Baby Meringue
❤A'bloom Giant Meringue
1. A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
A'bloom BHA Blackhead Blaster adalah untuk mengatasi masalah whitehead dan blackhead yang terdapat di kulit wajah.
KANDUNGAN DALAM A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
Mengandungi apricot seed powder untuk mengeluarkan sebum berlebihan dan mengandungi tea tree oil untuk menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan serta kemerahan pada kulit muka.
A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
Memandangkan packaging A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER dalam bentuk stick ia sangat mudah digunakan. Hanya perlu pusingkan sahaja dan boleh terus pakai. Yang lagi best saiznya kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja.
CARA PENGGUNAAN A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
-Basahkan muka dengan air suam.
-Keringkan wajah dengan tuala macam biasa dap-dap sahaja.
-Pastikan kulit wajah dalam keadaan lembap.
-Sapukan A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER pada bahagian yang bermasalah terutama di kawasan T-Zone dan tepi hidung.
- Selepas 5-10 minit bersihkan wajah dengan cara bilas dengan air bersih.
Harga A'Bloom BHA Blackhead Blaster : RM 16.00 (1 unit)
2. A'BLOOM MASK SHEET
A'bloom Mask Sheet ada 4 jenis mask iaitu:
❤A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
❤A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
❤A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
❤A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
A' BLOOM ANTI BLEMISH PEACH - AC ME PEACH
Mask anti blemish dapat membersihkan dan melegakan kulit wajah yang sensitif.
KANDUNGAN :
Ekstrak buah peach
Tea tree oil
Ia untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit wajah serta melembutkan kulit wajah.
Ia untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit wajah serta melembutkan kulit wajah.
Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit wajah sensitif
A'BLOOM BRIGHTENING LEMON LIME - SPARKLE ME BRIGHT
Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit wajah,
KANDUNGAN :
Mengandungi Vitamin C dari buah lemon dan lime.
Ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik hitam atau jeragat.
Teh hijau yang boleh mencerahkan kulit wajah , bila pakai mask ini akan rasa tenang sahaja dengan bau wangian teh hijau.
Ekstrak Buah Niacinamide
Citrus Limon (Lemon)
Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime)
Ekstrak Daun Camellia Sinensis.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.
A'BLOOM NOURISHING AVOCADO - AVO CUDDLE ME
Mask ini banyak kandungan antioksidan untuk menyihatkan dan melindungi kulit wajah daripada persekitaran yang berbahaya serta dapat mencegah wrinkles.
KANDUNGAN :
Ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit wajah.
A' BLOOM MOISTURISZING WATERMELON - WATER ME LONG
A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long Jadi ia membantu menyihatkan kulit wajah dan bau wangi buah tembikai buat rasa tenang sahaja bila pakai mask ni .
KANDUNGAN :
Esktra buah tembikai ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit wajah.
Lavender pula mempunyai bauan yang wangi buat rasa tenang sahaja bila pakai mask ni dan selepas itu kulit wajah rasa segar.
CARA PEMAIKAIAN MASK A'BLOOM
- Buka pek mask terlebih dahulu
- Tampalkan ke wajah anda
-Ratakan hingga semua memenuhi kulit wajah anda, lebihan cecair yang terdapat di dalam pek jangan dibuang, bolehlah anda dap-dapkan keatas mask yang dipakai untuk rasa sejuk yang menakjubkan.
-Pakai mask dalam 5 hingga 10 minit.
Bonde ambik kesempatan untuk mencuba kesemua mask yang ada. Rangkaian Mask A'Bloom Semua Bonde suka, memang best sangat bila pakai rasa sejuk sahaja kulit wajah, maklumlah wajah kadang terdedah dengan cuaca panas/sejuk silih berganti, dengan memakai mask akan buat kulit wajah jadi lembab dan rasa kulit wajah sihat , segar sekali.
Harga mask : RM 2.00 (setiap 1 pek)
3. A'BLOOM BABY MERINGUE
Baby Meringue Puff digunakan untuk meratakan foundation dan concealer pada muka dengan mudah di bahagian bawah mata, hidung dan keseluruhan kulit wajah. Kerana saiznya yang kecil dan comel ia dapat meratakan foundation di celah-celah bahagian tepi mata dan hidung dengan mudah.
4. A'BLOOM GIANT MERINGUE
Giant Meringue Puff sama juga, Ia digunakan untuk meratakan foundation dan concealer pada muka dengan mudah seperti Baby Meringue Puff diatas senang untuk meratakan foundation dan concealer bahagian bawah mata, hidung dan keseluruhan kulit wajah.
Ia juga diperbuat dari High Density Latex Free Foam.
Lembut dan gebu bila di pegang tau! memang best pakai ni mudah sahaja nak ratakan foundation pada wajah. Bonde guna foundation Double lasting tau! anda boleh tengok dekat entri yang sebelum disini.
Harga Baby Meringue Puff : RM11.00 (3 unit)
Tapi Bonde gunakan ia untuk dap-dapkan bedak compac di seluruh wajah sebab saiz yang ini besar ia dapat cepatkan proses ratakan bedak compac tersebut.
Ia juga diperbuat dari High Density Latex Free Foam. Lembut dan gebu he he he
Harga Giant Meringue Puff : RM 8.00 (1 unit)
Alang-alang dah make-up asas dengan foundatin semua, Boleh top up terus dengan produk dari althea yang lain seperti eye shadow dari 4.0 Missha, celak dari Tonnymoly dan pencil liptick tu je Bonde guna brand beli dekat watson.
~ Bonde Senyum Riang ~
15 Ulasan
bestnya tengok koleksi2 althea box ni.. lagi2 neeza tertarik a'bloom bha blackhead tu.. neeza pun tengah ada problem dengan blackhead ni, nampaklah juga kesan pantas bila tengok bonda pakai
BalasPadamTB suka semua produk ABloom ni.. Dekat TB ni dah guna semua.. ada yang TB restock.. macam Mask tu.. TB sukaaa.. so boleh restock .. BHA Blackhead tu pun boleh restock sebab bila guna serasi je dengan kulit muka TB
BalasPadamLawa pulak tengok muka bonde. Cantik mulus bila dah siap dengan touch up. Paling berkenan dengan mask tu. Murah je. Rm2 je 1 pek. Boleh pakai hari-hari macam ni. Sebulan tak sampai RM100 pun. Ok la kan untuk penjagaan muka. Make up pun boleh tahan for simple.
BalasPadamAirah suka sangat ketiga tiga produk terbaru keluaran althea ni. Bukan je berkesan tapi harga dia lagi berbaloi berbanding produk lain. Mask tu dah second round beli
BalasPadamYang pasti kaum wanita akan menyukai artikel ini. Kerana kecantikan tidak dapat dipisahkan dengan mereka. hehe.
BalasPadamNak cuba la bha blackhead tu sebab nampak interesting and that meringue is so freaking cute.
BalasPadamMask Watermelon tu nampak macam menarik dan mesti wangi ada bau buah tembikai kalau sedap lepas pakai terus makan lah wakakakaka.. kita nak cuba juga lah boleh tak...
BalasPadamDalam group yang ini, Rawlins paling suka blackhead blaster dan juga mask dia. Blaster tu Rawlins pakai almost sekali seminggu. Best sangat.
BalasPadamProduk althea mmg sekarang nie menjadi rebutan ya. Ramai sy perhatikan rata2 guna althea. Kalau sy pompuan pon mungkin sy juga akn beli belah di althea.
BalasPadamI dah try semua produk Althea range A'Bloom and memang tak dinafikan best. Produk murah tapi quality bagus, terutama sheet mask diaorang. Yang Peach favourite I, kalau tak list ingrediants pun not bad for oily and acne based skin. Untung kita Althea available dekat Malaysia ni.
BalasPadamTried these products and I really like the blackhead remover, really works like wonders and doesn't leave give my skin redness.
BalasPadamWah!! AM memang suka produk yg berasaskan colagen nie.. Mmg bagus utk kulit wajah.. Mask dgn aroma lavender dr althea AM paling suka.. 😍 😍 😍
BalasPadamIt must be really interesting to be putting watermelon on your face right? Aww...so many good and wonderful products from Althea. :) I am sure a lot of ladies will benefit from this.
BalasPadamMy favourite from the whole A'Bloom lineup is definitely the Meringue puffs. Super gentle on my skin, I honestly feel it beats the current beauty blender in market. of course, the masks are great too!
BalasPadamaida berkenan tu hah - puff cute miut tu, bonde.
BalasPadamaida guna puff sebegitu juga now.
brand biasa-biasa jer.
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.