BELANJA BARANG DAPUR MURAH DAN SEGAR DEKAT SEGI FRESH DAPAT JIMATKAN PEBELANJAAN KELUARGA Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Salam Ramadan semua, Tak tahu nak masak apa menu berbuka kali ini, Bosan shopping barang dapur dekat tempat yang sama, Baru-baru ni Bonde beralih arah membeli belah keperluan dapur dekat Segi Fresh Balakong. Kebetulan cuti panjang dapatlah beli barangan dapur, Alhamdulillah Segi Fresh Balakong ni tak jauh dari tempat kerja Bonde di Cyberjaya jadi kali ni Bonde belanja barang dapur dekat Segi Fresh Balakong, Buat kali pertama memang perasaan teruja nak jejak kali sebab sebelum ni tak pernah terpikir nak beli bahan mentah dan bahan kering dan barangan dapur yang lain dekat Segi Fresh, almaklum tak tahu harga Segi Fresh ok ke tidak? Bahan basah, sayur, ikan, ayam, udang, sotong dan daging dekat Segi Fresh segar ke tidak?
BELANJA BARANG DAPUR MURAH DAN SEGAR DEKAT SEGI FRESH DAPAT JIMATKAN PEBELANJAAN KELUARGA
Sebagai seorang suri rumah sememangnya perkara ini sering bermain-main difikiran sebelum memulakan perbelanjaan. Maklumlah siap ringgit dan sen yang keluar memang sangat berharga dan kalau boleh nak jimat dan jimat lagi. Kali ini Bonde kongsikan dengan anda semua apa yang Bonde belanjakan dengan Kanda dekat Segi Fresh. Happy betul kami tau dapat berbelanja dengan berhemah sekali.
1. BAHAN MENTAH YANG SEGAR DAN MURAH
Bonde nak bagi tahu anda semua, Bahan Mentah yang Bonde beli dekat Segi Fresh sememangnya sangat segar sekali antara bahan mentah yang terdapat dekat Segi Fresh adalah seperti ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging. Harga pula jika Bonde lihat dengan mata kasar memang harga dekat Segi Fresh agak murah berbeza dengan pasar segar yang lain.
2. BAHAN MENTAH DITUKAR SETIAP HARI
Apa yang info yang Bonde dapat sebelum ini, Bahan Mentah seperti ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging Dekat Segi Fresh akan ditukar setiap hari, maksudnya bahan mentah yang tidak habis tidak akan di hidangkan untuk pelanggan beli keesokkan harinya. Patutlah Bonde nampak semua mata ikan tu cantik bersinar dan tak nampak merah macam dah nak busuk.
3. MUDAH UNTUK DAPATKAN STOK BAHAN MENTAH DAN KERING DEKAT SEGI FRESH
Apa yang membuatkan Bonde seronok nak membeli bahan mentah adalah semua stok ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging sentiasa ada dan banyak. Dan bahan kering seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, ikan masin, kerepek dan telur stok sentiasa ada, begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Apa yang bestnya Kalau belanja bahan dapur tak perlulah beli ditempat lain dekat sini semua ada. Jimat masa Bonde :) nampak tak?? dekat Segi Fresh semua ada.
4. SELESA MEMBELI BELAH DEKAT SEGI FRESH
Keselesaan tu penting masa nak membeli belah, bukan apa nak cari bahan senang tuju dekat bahagian berkenaan dan kerana dekat situ barangan telah disusun mengikut rak dan kategori barang. Jadi Bonde pon dapat apa yang dicari dengan mudah tak perlu untuk mencari staff dekat situ untuk membantu kalau barang tak jumpa! Sgi Fresh senang nak dapat apa yang perlukan :)
Perkhidmatan
dekat Segi Fresh ni sama seperti pasaraya yang lain menawarkan khdmat siang ikan dan ayam. Jadi anda just pilih ikan dan ayam beri pada staff dan mereka akan bantu anda untuk siangkan ikan dan ayam tersebut.
Kaunter timbang
kaunter timbang ni semua pasar raya pun ada jugakan. Dekat Segi Fresh pun ada khidmat ini, Anda just bagi dekat staff barang yang hendak ditimbang tu nanti diaorang akan timbangkan untuk anda mudah jer.. cuma anda kenalah bebaris sekejab menantikan giliran anda tu he he he
Troli ada banyak
Kalau datang Segi Fresh ni tak risaulah kena panjang tangan pikul bakul.. sebab ada banyak troli dekat sini just tolak sepanjang anda membeli belah hingga anda nak balik tu...boleh gunakan troli tu :)
Tempat letak kereta Segi Fresh
Kalau datang sini, memang senang nak pakir kereta sebab ada tempat letak kereta yang berbumbung tau! Tak derlah nanti anda kena berlari tolak troli dalam hujan bahayakan! lepas tu habis basah barang-barang yg anda shopping tu kena hujan pulak.
Dah selesai shopping he he he
Selepas di siang dan ada yang hendak dimasak dan disimpan dalam peti sejuk.
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Telur, Ikan Bilis, logan, laici dan cili mesin. (pertama kali guna brand ini sedap tau!)
5. PROMOSI DI FACEBOOK
Ada boleh like Facebock https://www.facebook.com/Segifresh/ dan lihat update untuk barangan setiap hari.
Contoh seperti dibawah :
Terdapat cawangan Segi Fresh. Anda boleh semak Segi Fresh berdekatan anda dekat sini http://segifresh.com/our-store-location/ .
Maklumat lanjut mengenai Segi Fresh, boleh like dan layari media sosial dibawah:
Website: https://www.segifresh2u.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram: https://www.instagram.com/segifreshmarket/
~ Bonde Senyum Riang ~
29 Ulasan
No wonder ramai suka shopping groceries dekat segi fresh ni. Dah lah produk segar harga murah pulak tu. Kemudahan semua lengkap.
BalasPadamKak Sue pun suka beli barang dapur kat Segi Fresh nie.. banyak pilihan dan murah tambah dekat pulak dengan rumah. Memang senang lah nak beli belah barang dapur..
BalasPadamYa Allah murahnya nak pergi beli lah lagi hehehe stanby pulak untuk rumah terbuka hehehehe....
BalasPadamBest yer shopping kat sini, semua barang mentah nampak fresh dan harga pun murah
BalasPadamKalau dekat dgn rumah, kita dah beli kat sini.. mmg barang mentah dia fresh2..
BalasPadamKalau kat Ipoh ada Marsha pun akan terjah SEGI ni...dah la fresh, murah plak tu
BalasPadamMurah2 ye harga kat segi ni.. Kalau dekat lama dh singgah
BalasPadamBest nya bila nak membeli barang dapur di pasaraya, barangnya banyak.
BalasPadamnak memilih pun seronokkan..
Mmg suka pergi Segi. Banyak brg dapur ada di sana. Pendek kata complete. Harga pn murah
BalasPadamWow murah juga barang basah and barang dapur kat sana, nanti i bring my parents there.
BalasPadamMemang murah sangat ni bond . Tapi tuhlah kat Seremban takde plak Segi Fresh. Kalau ada shopping sini dah
BalasPadamTB teringin nak pi Segi Fresh ni.. ramai kata bahan-bahan dai semua segar-segar. terutama sayur dan bahan mentah seperti ikan dna sebagainya..
BalasPadamRawlins tak sampai lagi kat sini - Rawlins rasa ketinggalan sangat bila tengok kengkawan dok shopping sana. Nak gak saving dan enjoying fresh food kan.
BalasPadamsegar and murah memang itu yang ramai orang suka tu =D
BalasPadamwahh.. sume nampak tersusun and fresh! boleh la try pergi sini..
BalasPadamAffordable and fresh food leads to a happy and healthy family. Such bargains! Thanks for sharing about this place.
BalasPadamwah mmg berbaloi
BalasPadamSis pun suka beli belah kat Segi Fresh ni sebab bahan-bahan dia murah2 sangat dari tempat lain, banyak pilihan dan segar2 pulak tu.
BalasPadamHarap depa bukak le cawangan dekat rumah sis ni..nak ke cawngan lain mcm jauh2 je
Segi fresh memang fresh dan murah. Kat kawasan rumah baru saya ni dah takde segifresh tapi dulu rumah lama selalu pergi. Lagi bagus dari supermarket lain
BalasPadamNaim lebih suka Pasar dari SUper Market kerana, kebanyakkan bahan mentah semua fresh2 lagi. hehe.
BalasPadamKalau dekat kan best dapatlah merasa beli barang murah dan fresh sekaligus. Susah nak cari yang kekal kualiti. Biasa murah mesti tak semua fresh. Lagi2 bawang nak jumpa yang molek tu cukup susah. Huhu.
BalasPadamWow banyaknya Bonda beli hehehe tengok tu semua segar-segar dan juga berkualiti serta murah kita selalu shopping sini juga hehehehe nanti sebelum raya nak beli lagi murah jimat...
BalasPadamWow..bestnya harga dia.. x pernah tau pun ada tempat ni. Haha...lain kali kalau ada dekat tempat ni boleh pergi beli brg2 pun :)
BalasPadamWow...memang agak murah harga barang keperluan di sini. Sayangnya eiza tinggal nun jauh di Penang. Harap adalah cawangan mereka di Penang tak lama lagi.
BalasPadammemang murah barang2 kat sini. memang best berbelanja. yang lagi best barang basah kat sini semua fresh. memang berbaloi.
BalasPadamKak nina pun suka shopping barangan mentah kat Segi. Murah dan segar. Pilihan pun banyak! Nasib baik dekat rumah
BalasPadammacam boleh visit je kalau pegi KL nanti
BalasPadamMak-mak dan isteri-isteri mmg suka sgt kalau dapat shopping barang dapur murah. Hehe. Ramai kata Segi ni murah & berbaloi. Nnt nak try pergi la skali.
BalasPadamMemang murah betul berbelanja di segi. Suka datang ke sini sebab segar. Tiap2 minggu pasti datang ke sini untuk berbelanja barang dapur. Nasib baik dekat je dengan rumah
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.