Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part1)



Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semua...Kali nih Bonde nak story dengan anda semua trip ke Singapore akhirnya...sempat juga Bonde siapkan untuk perkongsian dengan anda semua.. Trip kali ini adalah kali kedua Bonde masuk ke Singapore walau dekat sahaja Singapore dengan Malaysia tapi agak susah nak sampai ke negara jiran nih..



Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel

Itinerary ke Singapore bersama RAINI Travel

Kali ini perjalanan menaiki bas dari KL Sentral dengan bas persiaran. Bergerak dari KL Sentral jam 11.00 malam dan sampai jam 6.00 pagi di R&R Gelang Patah, Johor.  Dekat sini anda kena terus siap-siap mandi kerana anda akan berlumba-lumba dengan orang awam yang lain yang hendak masuk ke Singapore juga pada jam 7.00 pagi , sebab apa Bonde kata kena lumba sebab terlalu ramai bas pon beratur apatah lagi orang awam.  Lepas siap-siap mandi dan ambik wudhuk untuk solat setelah masuk waktu anda "get ready" jer dekat surau sebab surau pun penuh ramai public juga dalam tu.  

Siap-siap mandi, solat dan sarapan bas akan bertolak ke Singapore dan getready untuk cop Kastam Malaysia dahulu, selepas itu Kastam Singapore pula (dekat sini kena berlumba-lumba juga sebab ramai beratur panjang) jika sampai awal akan selesai awal.. Alhamdulillah ianya dipermudahkan.

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel

Sementara tunggu yang lain selesai dekat Kastam kite selfie ler seketul dua he he he



Selesai urusan di Kastam bas pon bergerak masuk Singapore! dari jauh dah nampak cable car di atas udara wahhh tak sabarnya!




PULAU SENTOSA SINGAPORE

9.30 pagi - check in Pulau Sentosa

Pulau Sentosa ni memang Bonde nak pergi sangat sebelum ini... Sebab ada banyak tempat menarik dan boleh Photoshot hei terujanya!  Dari parking nak sampai Pulau Sentosa lebih kurang 15 minit macam tu... sambil jalan, sambil ambik gambar sebab pemandangan sangat-sangatlah cantik.  Rugilah tak bergambar dekat situ.


Kalau ada yang tak larat nak jalan kaki untuk ke Universal Studio Singapore jangan risau naik jer escalator





Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel

TIPS TAK NAK SESAT DEKAT PULAU SENTOSA DAN UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Haaa senang jer kalau tak nak sesat anda dapatkan peta Pulau Sentosa dekat kaunter tiket, dengan adanya peta ini akan memudahkan anda untuk rancang perjalanan anda dalam pulau sentosa.  Bila kawan-kawan terputus dari radar, InsyaAllah Comfirm tak sesat punya.



Kemana langkah hendak dibawa??? cewah.. semakin teruja nak explore semua tempat dalam Pulau ni!

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel

PULAU SENTOSA, SINGAPORE

Tu dia... diam tak diam sampai dah mercu tanda Pulau Sentosa!!


Ada banyak tempat menarik dalam Universal Studios Singapore teruja...masuk dekat USS ni nampak Trick Eye Museum nih! terus rasa nak bergambar!  Dekat sini.. memang ada banyak sudut anda boleh bergambar.  Tapi tak sempat nak bergambar dekat semua tempat sebab ramai jer pengunjung yang lain nak bergambar! 'take turn" dekat semua tempat ... sila bersabar :)




CHECK POINT GLOBE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Sampai sini mesti kena berebut bergambar... tak sahlah kalau sampai USS  tidak bergambar dekat globe yang berpusing ni! kata orang..lahhhh jadi, Bonde pon berebutlah nak cipta kenangan dekat situ.. huhhh ramai nak bergambar dekat sini, ada yang main caras jer walau kita dan elok tunggu turn nak bergambar dekat situ!  naseb i seorang yang penyabar orangnya... he he he sekali dua Bonde bagi can lah.. masuk kali ketiga eh sorry excuse me!!


Bila dah dapat turn... macam-macam aksilah yang nak dibuat he he he Selfie, Peace!



Baiklah cukuplah beberapa keping bergambar kenangan dekat globe nih! bagi can dekat yang lain...


MALAYSIAN FOOD STREET


Dekat Malaysian Food Street ni boleh lepak sambil makan-makan, dekat sini ada bermacam-macam stall jualan makanan mengikut menu, Awas untuk yang Muslim dekat sini ada stall yang menjual makanan tak halal.  Jadi anda kena aleart tentang stall mana yang tidak halal.  Boleh jer tanya dengan penjual tersebut.







RONDA-RONDA DEKAT UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Seterusnya Bonde ambil peluang untuk ronda-ronda dalam USS nih ada banyak kedai menarik dan ada banyak benda menarik untuk explore..





KEDAI COKLAT WORLD UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Kedai coklat World.. syurga bagi mereka yang gembar makan coklat!  Ada macam-macam jenama coklat dijual disini.. kedainya juga dah buat mata anda bersinar wow...








Ok ... next time nak datang lagi USS sebab tak puas merayau! tak sempat singgah Hard Rock Cafe! Nak nages rasa.. dah naik train baru nampak hard rock dekat bawah hu hu hu kemana destinasi seterusnya... tunggu yea... Bonde bawa anda explore di next entri yea...


Mana yang lain.... kenapa tinggal kami berdua ha ha ha, biarlah rahsia.... jumpa entry seterusnya...


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Wowww bestnyaaa Bonda...nak juga laaaa join trip ni kalau ada juga..
    Murah dan tempat-tempat yang pergi semua best!!!

    BalasPadam
  2. bestnya pergi singapore. bila berpeluang lagi nak pergi sini. last 2012 rasanya

    BalasPadam
  3. berbaloi sangat tu harga yang diorang offer. menarik..
    trip Singapore ni boleh balik hari atau at least 3h2m kan.. nak pegi USS tu je sbenarnya hehe..

    BalasPadam
  4. Wah.. menariknya. Teringat dulu tahun 2011 kalau tak salah gi jenjalan Singapore. tapi kami cuma pegi satu tempat je, USS je. amik pakej 1 hari sekali dengan bas dari JB.

    BalasPadam
  5. Bonde datang la melawat blog Wan, skrg ni wan tgh tulis pasal Tokyo Trip https://wansembangcorner.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Seronok sangat bila dapat jalan2 dan makan2 macam ni Bonde..
    Thank you for sharing, boleh LZ guna untuk trip LZ ke Singapore nanti..

    BalasPadam
  7. wow bestnya saya mmg suka cuti2 bajet camni

    BalasPadam
  8. Masih belum berkesempatan nak ke sana.. ;)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.