EXPLORE LOMBOK 'DAY 4' SHOPPING TIME!!!!!



Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua..sambungan kisah Explore Lombok.. Hari Ke Empat adalah hari terakhir dekat sini... pagi-pagi Buyung dengan Aspan sudah buat drama, Bonde dan yang lain turut sentap dengan kata-kata sedih yang dikeluarkan oleh Buyung.. hari ini, hari perpisahan katanya... Alamak jauh disudut hati turut merasai kesedihan itu.. bagaimanapun kami kena menikmati hari-hari terakhir di Lombok dengan gembira... 

EXPLORE LOMBOK DAY 4 SHOPPING TIME!!!!!

Jadual hari ke empat seperti dibawah :

HARI KEEMPAT :

Sarapan pagi
Check out hotel
Shopping Lombok Exotic, Sasake , Beg Rotan, kedai Mutiara Sinar Abadi dan Kedai makanan Wistata Halal Lombok
Lawatan Kedai tembikar ( buat tembikar kucing dan beli lesung batu)
Makan tengahari di rumah Bunda Buyung Supir kami, spesial Bunda sediakan
Lawatan ke Rumah Tenun dan mencuba pakaian tradisional kaum Suku Sasak
Jam 6.00 petang ke Airport untuk pulang ke Malaysia
Trip selesai
Penerbangan jam 7.30 malam
Sampai di KLIA 2 jam 11.00 malam

CHECK OUT HOTEL BIDARA, LOMBOK

Memandangkan hari ini, hari terakhir kami disini.. setelah selesai sarapan dihotel kami.. bergambar di depan kolam renang.. yang berhadapan dengan bilik kami.  Moga satu hari nanti kami akan kesini lagi.. InsyaAllah :)








SHOPPING LOMBOK EXOTIC

Pertamanya kami dibawa untuk Shopping tshirt dekat Lombok Exotic, kata Buyung dekat sini kualiti tshirtnya bagus dan berpatutan dengan harganya!  memang itulah yang kami nak.. kualiti barang tu penting!  Dekat sini memang ada bermacam-macam design tshirt memang menarik.  Bonde pikir sebab tak beli luggage sahaja. Nak top up tak guna sebab tak tak sempat nak pergi airport.  Kali ni datang untuk survey dululah.. next time bolehlah shopping lagi.



Selain Tshirt ada bermacam-macam lagi barangan dan kraftangan yang boleh dijadikan ole-ole untuk kawang-kawan dekat Malaysia, contohnya kain tenun, kraftangan dari kelapa, rotan dan juga kayu.




KOPI LOMBOK

Dekat sini juga ada jual kopi Bubuk asli dan Kopi rumput laut.  Bagi yang nak cuba boleh lah beli he he he



SELESAI SHOPPING TSHIRT LOMBOK

Selesai shopping tshirt Bonde lepak dibangku yang tersedia... sementara tunggu Cik En membeli belah.





KEDAI SASAKE, LOMBOK

Dekat sini, lebih kurang sama macam kedai pertama tadi.. ada kraftangan, baju tshirt, beg batik, aksesori, frige magnet, kain tenun dan beg tenun.  Tapi seingat Bonde, Bonde beli gelang kayu jer dekat sini.  Untuk dijadikan ole-ole.. tapi tak ingat dah letak dekat mana?









  









SHOPPING BEG ROTAN MURAH

Bonde memang nak beli Beg Rotan ni, Sebab sebelum ni dah survey-survey dekat IG Shop harganya agak mahal juga mencecah RM 120-150 untuk harga 1 beg bila sudah ditambah kos pos dan harga beg rotan berbeza saiz dan design.  Bonde memang minta Buyung bawa kami ke tempat untuk membuat kraftangan seperti ini, memang lebih murah berbanding harga dalam mall dan kedai tepi jalan.  Dekat sini beg rotan boleh dapat harga kecil dalam RM 40 besar RM 60 beza RM 20 antara kecil dan besar, memang berbaloi sangat.. 








CARA MEMILIH BEG ROTAN

Dan juga jangan tertipu/keliru beg rotan ada 2 jenis.

Original adalah yang berwarna coklat 

Tiruan atau plastik berwarna putih atau warna-warna lain










KEDAI MUTIARA SINAR

Dekat sini memang seronok shopping pada mereka yang suka pakai mutiara, ada dua jenis mutiar air masin dan air tawar.  Untuk pengetahuan anda semua, Mutiara air masin lebih mahal dari air tawar tau.. Kami tak beli yang mahal tu.. dan Bonde pon tak beli juga mutiara dekat sini.  Hanya Cik En dan Banana sahaja yang shopping mutiara kerongsang untuk diri sendiri dan juga untuk kawan-kawan.  Bonde tak beli sebab masa pergi Kundasang Sabah Bonde ada borong dan masih banyak lagi. jadi memang tak berniat nak shopping kerongsang disini.  Just cuci mata







KEDAI MAKAN VISATA HALAL LOMBOK

Dekat sini beli makanan ringan.  Semua tester yang Bonde rasa.. semua sedap sangat.  Rasa nak borong semua kerepek dan kacang-kacang dekat sini tau!  tapi kena ingat muatan Bonde hanya 7 kilogram.. next time boleh beli.

Dekat sini Bonde beli kangkung pelecing dan peria bebele sedap sangat...




LAWATAN KEDAI TEMBIKAR

Dekat kedai tembikar ini sama macam kedai tembikar yang ada dekat Perak yang menghasilkan labu sayung tu. Bonde berpeluanglah membuat tembikar dekat sini.. main-main tanah jadilah tempat pen bentuk kepala kucing.








Banana buat bekas tempat aksesori nak letak kerongsang katanya... cantik bekas tu..



Cik En buat tempat letak pen bentuk burung... comel jer...





Bonde pon sebenarnya ada target nak beli sesuatu dekat sini... Bonde nak beli lesung batu.  Senanglah nak buat sambal nanti ha ha ha.. lebung batu lombok memang tak sama yang macam di Malaysia punya. jadi kenalah ada satukan untuk di jadikan kenangan!









Sambungan entri seterusnya... 

Makan tengahari di rumah Bunda Buyung Supir kami, spesial Bunda sediakan
Lawatan ke Rumah Tenun dan mencuba pakaian tradisional kaum Suku Sasak
Jam 6.00 petang ke Airport untuk pulang ke Malaysia
Trip selesai
Penerbangan jam 7.30 malam
Sampai di KLIA 2 jam 11.00 malam

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. seronok baca pengalaman bonda di sana..Memang bestkan dapat pergi ke tempat orang

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.