EXPLORE LOMBOK DAY 4 : SEDIH NAK TINGGALKAN LOMBOK ! RINDU MAKANAN SEDAP-SEDAP DISINI



EXPLORE LOMBOK DAY 4 : SEDIH NAK TINGGALKAN LOMBOK ! RINDU MAKANAN SEDAP-SEDAP DISINI Assalamualakum dan Selamat Malam.. Hai reader semua, dua aktiviti terakhir semasa berada dilombok, Buyung jemput kami makan dirumahnya... walaupun kami mula-mula agak segan tapi tak mampu nak tolak pelawaan ini, disebabkan tour guide Lombok ni yang baru kami kenal dah macam keluarga pula baik sangat.  Makan tengahari hasil air tangan Bunda Buyung... Kata Buyung masakan Bundanya lebih sedap berbanding di kedai dan restoran.  Jadi kami hanya mampu langkah kaki kanan ke rumah Buyung! rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari EXPLORE LOMBOK DAY 4 : SEDIH NAK TINGGALKAN LOMBOK ! RINDU MAKANAN SEDAP-SEDAP DISINI

MASAKAN MENU BUNDA BUYUNG

Bunda Buyung masakan menu untuk kami menu-menu yang popular dekat Lombok. Bunda masakan kami Ayam Pelecing, Ikan bakar bersama sambal kicap, beberok (seperti kerabu terung dan kacang panjang) sayur bening dari daun kelor.


Pencuci mulut pula buah naga dan buah mangga yang tersangatlah manis... berebut kami makan mangga tu manis giler (buah ni ditanam depan rumah Buyung sahaja)


 Ayam Pelecing

 Beberok

 Sayur bening dari daun kelor



Makan cara kampung kenalah duduk bersila.. tapi maaflah Bonde terpaksa lunjur sebelah kaki sebab xcident dan tak boleh bersila.. rasa malu tau..


Masakan Bunda memang sedap.. Ikan bakar dan sambal kicap tu memang superb harus repeat lagi makan ikan bakar nih kalau ada rezeki ke Lombok.

DHARMA SETYA HANDWOVEN VILLAGE

Di sini kami melawat para wanita yang sedang membuat kain tenun, Di Lombok jika tak pandai membuat kain tenun tak layak dan tak boleh kahwin.  Jadi kalau nak kahwin awal kena pandai menenun kain! he he he

Bonde dan kawan-kawan pon berpeluang nak membuat kain tenun, bagi Bonde memang susah nak hasilkan kain tenun ni kalau bukan pakar dan mahir memang berteraburlah benang-benang tu dikerjakan.  Kagum dengan hasil yang mereka buat. tersusun kemas dan cantik punya kretiviti tersendiri.






BERPELUANG MENCUBA PAKAIAN PERKAHWINAN TRADISIONAL LOMBOK

Peluang menyarongkan persalinan pengantin tentunya tidak kami lepaskan.  Bonde di pakaikan oleh pekerja yang berada di galeri jualan kain tenun. Alhamdulillah ada saiz untuk Bonde cuba!

Persalinan yang sama seperti dibawah ini.


Ayu tak Bonde ?? ha ha ha... bila dah berpakaian persalinan ini boleh bergambar disekitar rumah yang disediakan.  Rumah seperti ini terdapat di Dusun Sade.






Dua anak dara bersama mak dara mengayakan persalinan pengantin Lombok

 









Geram dibuatnya... semua pokok mangga disini sedang berbuah lebat!.. dan hampir masak.. kalau dekat Malaysia dan tumbuk cili , kicap dan gula buat cicah ha ha ha


SAAT PERPISAHAN BERSAMA TOUR GUIDE LOMBOK

Selesai... sudah kisah travel Bonde kali ini, Explore Lombok kali ini penuh dengan kenangan manis. Bertemu dan berpisah... adalah manusia biasa, hilang dimata tapi dihati tidak lupa.. ehhh ni lagu pengakap muda time jambori dulu-dulu selalu nyanyi.  Tibalah masanya untuk kami berpisah... Terima kasih Tour Guide yang superb awesome Buyung , Aspan dan Kamarudin berserta Pak Akbar.

InsyaAllah Bonde nak repeatlagi.. memandangkan ada tempat yang tak dapat pergi ditutup akibat bencana gempa!  Moga kalian semua murah rezeki dan dapat ramai lagi pelancong dari Malaysia dan negara lain. InsyaAllah.

Lombok Bangkit!!!!


Hingga jumpa lagi semua... Tamat kisah explore lombok.. 

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. amboi sedapnya bonde makan, kita terbalik lah bonde. Saya ni jalan jejauh selalu tak selera nak makan. Jaga perut

    BalasPadam
  2. kalo pegi jalan mana2 memang hari nak balik tu rasa bercinta saaangat !! lagi2 kalo tempat kita pi tu best kan.. menarik tu Bonde pengalaman tenun kain. CT minat juga benda2 seni macam tu..

    BalasPadam
  3. Cantiknya lombok.. bilalah nak sampai ke sana

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.