Assalamulaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua, Ini adalah cerita sambungan explore Lombok... sebelum Bonde sampai dekat Benang Kelambu Waterfall Buyung ada bawa kami untuk merasai kuih tradisional Lombok. Kami ni Bab Makan 'of coz' teruja nak rasa...
SINGGAH RASA KUIH TRADISIONAL LOMBOK DAN SINGGAH DI SAWAH PADI MENGUNING
Kedai ini terletak di tepi jalan sebuah kampung menuju ke Benang Kelambu Waterfall... Daerah Lombok ini walaupun panas tetapi pohon-pohon tetap subur menghijau cantik jer saujana mata memandang!
KUIH TRADISONAL LOMBOK SERABI, KLUBAN DAN LOPES
Dalam banyak-banyak kuih tradisional yang Bonde cuba dekat lombok ni, Bonde paling suka kuih Lopes, rasanya sama seperti kuih Lopes di Malaysia yang di makan bersama air gula.
KUIH LOPES - LOMBOK
GAMBAR INI SELEPAS MANDI MANDA DI BENANG KELAMBU WATERFALL
Bonde memang nak turun bergambar dekat sawah padi ni, Cik En dan Banana tak turun sebab mereka letih hanya Bonde yang turun dan memang nampak sangat keterujaan itu. Selalu Di Malaysia nak tengok sawah padi dengan jarak dekat memang susah kena pergi Negeri jelapang padi Kedah baru dapat tengok sawah padi menghijau dan menguning.
DI SEBALIK TABIR GAMBAR SAWAH PADI
Di sebalik gambar yang cantik-cantik tu ini Buyung san Aspan yang mengambilnya. Mereka berdua memang super awesome kenalan yang kami kenal di Lombok.
Ini semua kerja Buyung... Dia yang ambik pic Aspan sedang mengambil pic Bonde. Ada kisah lucu dibuat oleh Aspan masa ni.. sebenarnya dia gunakan camera instagram untuk ambil gambar Bonde. Sampai dekat kereta Bonde cari pic yang diambil dalam galeri handphone tapi tak ada,,, rupanya masa ambik gambar tadi guna camera instagram. tak save pic jadi tak adalah gambar... sudahnya kena ambik sekali lagi kami turun ke sawah... hu hu hu lucu sangat momment nih!
Masa ambik gambar ni cuaca di luar memang sangat panas so gambar sangat cukup pencahayaannya. Gigihkan photografer Bonde ni..
Terima kasih Aspan.. anda memang lucu sekali :)
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.