REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER Assalamualaikum Dan Selamat Petang.. Hai reader semua, Gembira sentiasa kerana menjadi sebahagian dari Althea Angels kerana ada sahaja produk baharu dan pasti teruja nak mencuba! pantang tengok iklan althea naik dekat wall terus rasa nak pergi web althea tu tau... ishh ada angles berterbangan memanggil-manggil suruh shopping!! Kali ini Bonde nak kongsikan dengan anda semua produk Althea baharu iaitu Althea Pore Purifying Serum Cleanser apa yang menariknya tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni adalah 2 in 1 ianya pembersih makeup dan kotoran yang terdapat dimuka dan bertindak sebagai serum juga.. REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
PORE PURIFYING SERUM CLEANSER mengandungi bahan-bahan utama iaitu :-
Ekstrak pudina -
membantu menyejukkan kulit dan menghalang kulit daripada kerengsaan
Minyak biji jojoba -
membantu melembapkan kulit secara mendalam
Ekstrak daun pokok teh -
mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Bahan-bahan yang terkandung di dalam serum cleanser ini, mampu menanggalkan sebarang jenis make-up yang digunakan pada wajah, kotoran dan minyak yang terdapat di wajah dan dalam masa yang sama ianya membersihkan kulit dan menghidrat kulit membuatkan kulit terasa bersih, lembut, tidak kering dan tidak merengsa, di samping memperkecilkan liang liang roma.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser membantu seimbangkan tahap pH kulit, selain serum cleanser ini juga sesuai digunakan oleh kulit sensitif. Kulit menjadi lembut dan licin apabila disentuh.
CARA MENGGUNAKAN ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
Untuk membuang make-up yang dipakai:
1. Titiskan cecair Pore Purifying Serum Cleanser ke telapak tangan.
2. Urut cecair Pore Purifying Serum Cleanser seluruh permukaan wajah dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan sebarang make up yang digunakan.
3. Kemudian bilas dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kali kedua untuk membuang saki baki make up yang ada sehingga anda puas hati.
4. Selesai.
Muka Bonde selepas menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser terasa sangat bersih, segar dan juga lembut.
Pore Purifying Serum Cleanser untuk kegunaan membersihkan kulit:
1. Basahkan kulit wajah dengan air dan titiskan Pore Purifying Serum Cleanser yang ke tapak tangan anda.
2. Urut secara perlahan-lahan Pore Purifying Serum Cleanser ke seluruh kulit wajah dengan putaran bulat selama 5-10 saat sebelum membilasnya dengan air.
3. Selesai membersih!
INFO!
Althea Pore Purifying Serum Cleanser bukanlah pembersih muka biasa yang mempunyai buih.. Ianya tidak perlu digunakan dengan titisan yang banyak Pore Purifying Serum Cleanser sangat mudah digunakan dan senang untuk dibilas.
Kalau anda berminat nak cuba wangian PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ini, 1 botol mempunyai 150 ml - berharga RM 33.00 sahaja!
Cepat-cepat klik ---->https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser untuk buat pesanan anda.
Ada beberapa produk Althea yang pernah Bonde gunakan dan anda boleh baca review dibawah:
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
senang ada, 2 in 1 ni. Tak payah byk brg
BalasPadambest guna. mrs pip suka.
BalasPadamnampak segar muka lepas guna serum cleanser tuuu..
BalasPadamBest kan guna ni bonde, muka rasa bersih aje lepas guna :)
BalasPadamSelesai masalah kesan makeup degil ye bonde. Tak susah dah lepas ni.
BalasPadamterbaek :)
BalasPadamwah...
BalasPadamnampak berkesan.
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.