JJCM 3 BUDAK GEMOK, SEDAP MALAM STATION, OTAK KING DEKAT THE H @ HARTAMAS Assalamualaikum Dan selamat petang, Hai reader semua, Bonde nak share dengan anda semua tentang tempat makan viral dekat The H At Hartamas yang baru ni keluar dekat Majalah 3, Sebenarnya tahun lepas dalam bulan Disember Bonde dah rakan pejabat iaitu Banana ada JJCM dekat tempat makan tersebut. Yang menariknya tempat makan malam ni macam medan selera terdapat pelbagai stall makanan antara yang popular adalah 3 Budak Gemuk, Sedap Malam Station dan Otak King.JJCM 3 BUDAK GEMOK, SEDAP MALAM STATION, OTAK KING DEKAT THE H @ HARTAMAS
JJCM 3 BUDAK GEMOK, SEAP MALAM STATION, OTAK KING DEKAT THE H AT HARTAMAS
Dibuka pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam.
Bonde dan Banana gerak dari pejabat lebih kurang jam 7.00 petang dan sampai pada jam 7.45 malam lebih kurang 45 minit macam tu sampai dekat The H, Alhamdulillah masa tu jalan nak masuk Kuala Lumpur tak sesak sangat. Dengan menggunakan aplikasi wase kami sampai dengan jayanya.
Cuma masa nak parking tu susah sikit sebab tempat parking yang terhad.
Bila dah dapat parking, kami terus menuju ke Stall yang nampak ramai orang beratur.. rupanya memang dah ramai menanti giliran nak makan nasi 3 budak gemok. Rata-rata yang datang sini ada yang makan dekat sini dan ada yang bungkus makanan bawa balik. Untuk pertama kali datang sudah tentunya kami makan dekat sini.
Laju abang-abang ni buat keje... sebab ramai yang beratur nak order ... rata-rata yang datang mesti oder lebih dari satu.. jadi stanby siap-siap bahagian bungkus seorang, yang ambik oder makan dekat situ seorang dan yang seorang lagi tukang top up lauk. ( pada permehatian Bonde lah he he he)
NASI AYAM KICAP CILI GESEK POWER
Memang kena dengan trademark dia... fuhhhhpedas dia power!!!!
CILI GESEK POWER
Cerita disebalik sambal gesek power nih!!! buat pertama kali makan kat sini, Bonde terus oder sambal gesek power tu extra... Konon tak cukup sikit sangat, Budak tu pandang Bonde dah terus top up sambal dengan caj RM 1++ tak ingat harga dia..
AYAM KICAP
Ayam kicap ni, macam simple jer style masaknya.. Ayam gorang dan dimasak dengan kicap, agak pekat macam tu.. Rasanya tak pedas dan sangat sesuai bagi mereka yang tak suka makan pedas.
Tadaaa ini, nasi yang Bonde order siap extra sambal tu... nasi ni Bonde kongsi dengan Fatin sebenarnya. Sebab Bonde nak makan nasi lemak Sedap Station tu nampak sedap juga!
Set Nasi + Ayam kicap+ cili gesek power = RM 8.50
Set Nasi + Ayam kicap+ cili gesek power = RM 8.50
Ni nasi Banana sambal tak extra... nampak bezakan.. extra dengan tak?? Sekali pedas ruoanya makan takat yang dia bagi mula-mula tu pun sudah cukup tak perlu minta extra. Akhirnya sambal yang minta extra tu tak habis pun! pengajaran dia jangan tamak!.. ha ha ha lain kali rasa dulu.
Set Nasi + Ayam kicap+ cili gesek power + telur dadar =RM 10.00
Set Nasi + Ayam kicap+ cili gesek power + telur dadar =RM 10.00
SEDAP MALAM STATION
Sedap malam station popular dengan nasi lemaknya.. Stallnya bersebelahan dengan 3 budak Gemok. Disebabkan datang sini untuk makan dan kami pun cuba nasi lemak sedap malam station.
Mula- mula nampak stall Sedap Malam Station ni macam tak ada orang jer... tapi sebenarnya ada ramai peminat nasi lemak dekat sini. Masa makan tu nampak ramai sudah pelanggan beratur dekat situ. Pelanggan nasi lemak ni terdiri dari orang cina. Setahu Bonde kalau nasi lemak disukai oleh kaum cina memang ramailah pelanggannya setiap hari.
Tada... Nasi lemak sedap malam Station, Nasi di bungkus mengunakan kertas yang di tempah khas dengan cop sedap malam station. Lapisan kedua pula terdapat daun pisang. Nasi lemak dilapiskan daun pisang dan diletakkan sambal diatasnya dan sedikit telur dadar. Memang harum nasi lemak ni.. hu hu hu bungkusan tidak terlalu besar saiz sama macam nasi lemak RM 1 kalau dekat kampung dan kalau makan dekat sini tak cukup sebungkus tau.. ni memang rare sangat rasa nasi lemak dia! sebungkus
Nasi Lemak sebungkus = RM 3.00
Nasi Lemak sebungkus = RM 3.00
OTAK-OTAK KING
Banana oder Otak King ni untuk dicuba! rasanya tidak mengecewakan sedap... Isi ikannya banyak yang tambah sedap pedas extra cili api ha ha ha
Ada 5 pilihan Otak-Otak King Muar nih, besar saiz nya, sebesar tapak tangan, sangat padat dengan isi yang anda mahu.. boleh pilih pelbagai jenis isi dalam otak-otak ni antaranya ikan tenggiri, udang, ketam, sotong atau lala.
Otak-Otak RM 13.00
Memang puas hati makan dekat sini... Nanti nak repeat lagi.. makan dekat sini...
Untuk info anda boleh terjah MEDIASOSIAL dibawah :
Instagram : 3 Budak Gemok
Facebook : Sedap Malam Station
Instagram : Otak King
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
Otak-otak tu nampak mengancam snagat dengan hiasan cili padi lagi.. Pergh..
BalasPadamsama la kita. terpikat dgn otak2 tu, sha :)
Padamyang menjual tu x bam bam pun hahaha.. depa gimik ni ngeh2..
BalasPadamjap comelnya nickname Banana tu =D
kan...
Padamensem je ber3 tu.
taktik penjual zaman skang.
nama kena catchy!
Ni yang buat kinah teringin ni. Aritu tengok kat Majalah 3 cara pembuatan sambal gesek dia tu. Pergh memang pedas tahap berapi tu huhu
BalasPadamSedap tuh sambal gesek.. LeYa lama tak buat dah sebab Otomen ni tak kuat makan pedas.. Hehe... walau jauh tapi kalau sedap, memang orang akan ramai cari..
BalasPadamtak gemuk pun 3 budak tu hihi.. nak try la nanti
BalasPadamsambal gesek!
BalasPadamngancam sedap nyer. brapi!
Nanti bila pg Penang nak cari lah sebab bila ke Penang je saya meati pg makan kat nasi padang Hotel International tu kat Jln Syed Argyl rasanya depan Shell.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.