GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU Assalamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai reader semua.. Sabun dibilik Mandi.. haa teringat cerita Tan Sri P. Ramlee.. Tapi zaman la ni ramai dah tak guna sabun betul tak? Sekarang ni dah banyak jenama Gel Mandian. Anda tahu tak? Enchanteur pun dah ada Gel Mandian tau!GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU
GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU
Gel
Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu
~
Belaian romantis mandianmu
Wangian
berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu
mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin
harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di
bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap
lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu
bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.
Apakah yang
membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor
utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang
diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk
disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang
mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi
halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang
memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian
termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik
yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan
sepanjang hari.
Demi memberi
wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan
Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian
Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini
meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman
yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat
yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil
membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.
Kini,
pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR
Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel
Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap
satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan
diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
Manjakan diri
anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris -
Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan
kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan
Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan
kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.
2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon
Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya
tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh
Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia
memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk
temujanji kasual.
3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris –
Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan
dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan
ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada
kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.
Tidak ada yang
lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti.
Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas
kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan
harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling
diraikan setiap hari.
REVIEW DARI BONDE
Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Bonde sangat sukakan Gel Mandian Wangian Encanteur ni... Bau nya membuatkan rasa tenang dan lega lepas mandi. Rasa penat berkerja hilang serta merta! Lepas habis botol yang ini nak cuba 2 Gel Mandian yang lain iaitu Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk) dan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care
INFO HARGA GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS
Gel Mandian
Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75
(Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di
pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
wahhhh bestnya dah ada gel mandian, kita dah la memang suka dengan perfume & deodarant dia. kena cuba ni
BalasPadammesti wangi puas hati guna ni.. perfume dia pun best dah =D
BalasPadamwangi..purple ni bau musky sket kan. saya suka juga tenang je
BalasPadammesti tak keluar bilik air kalau dpt kat ita ni.. haha.. siap berangan..
BalasPadamEnchanteur ni jenama lama dah kan. Mmg diketahui ramai bau dia yg wangi sgt tu. X tau plak skrg dia dah buat gel mandian pulak. Mst syok bau pas mandi hehe
BalasPadammenarik gak. tapi saya lagi prefer bau yang calming and wangi. ada aura bunga2 mcm tu. pada pendapat sis gel mandian apa yang sesuai?
BalasPadamI love fragrances too. I like to smell good all the time. But, i prefer mild smell.
BalasPadamWah!!! Enchanteur dah ada produk terbaharu! Shower gel dia tu mesti wangi gilakan. Nak try jugaklah nanti ❤️
BalasPadamEnchanteur ni cam dah lama jenama di pasaran kan, tapi gel tu produk baru kut..mesti best kan wangiannya
BalasPadam3 Tip Mulakan Bisnes Online 2019
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.