Assalamualaikum dan selamat pagi... Sambungan dari entri Sepetang pemandangan Sunset di Senggigi Beach selepas itu kami gerak balik mejuju hotel tempat kami tinggal. Malam ni no more dinner kami cadang nak cuba gorengan yang dijual ditepi jalan. Kalau anda melalui jalan ke mantaram anda akan nampak ada banyak stall jual gorengan di tepi jalan dua hari kami disini memang sudah rancang nak makan gorengan pada malam ketiga. Memandangkan kami makan banyak satey bulayak pada siang hari. Jadi makan malam kami pilih makanan yang ringan sahaja.
EXPLORE LOMBOK DAY 3 : MENIKMATI GORENGAN DI MALAM HARI
Cik En yang pilih dan beli gorengan ni.. campur-campur seplastik besar dibelinya.. Alhamdulillah merasa juga kami makan gorengan malam tu. Ya Allah nikmat sangat tau.. gorengan ni sama macam di Malaysia, Kalau di Malaysia kita akan panggil goreng pisang, goreng keledik macam tu... bezanya di Lombok ia di panggil gorengan.
Gorengan campur-campur yang Cik En beli ialah gorengan pisang, keledek, ubi cucur tepung dan gorengan tempe ( tempenya agak nipis tapi ranggup sekali ). Bezanya gorengan ini dimakan bersama sos dan cili api.
Bonde try juga cicah gorengan dengan sos dan cili api tu.. rasanya memang pedas.. Cili api lombok memang pedas. Cili tu Bonde sempat bawa balik ke Malaysia.. nak buat benih kononya.. (sekarang masih dlam proses pengeringan, harap-harap dapat disemai secepat mungkin)
SESI BERKARAOKE
Sementara tunggu turn untuk mandi, sambil makan gorengan tunggu semua siap mandi dan lepas makan gorengan kami plan nak pi berkaraoke! Karaoke berada di tingkat bawah tanah kelas tau.. hotel kami ni, siap ada tempat berhibur bawah tanah. Tapi nampaknya kami sahajalah tertamu yang berhibur malam itu, kami diberitahu oleh penjaga tempat karaoke tu.. tempatnya masih dalam proses baik pulih semenjak gempa melanda Lombok kamilah pelancong pertama yang menginap disitu.
Selesai aktiviti berkaraoke kami... pon berehat dan berkemas kerana esok adalah hari terakhir kami disini, pagi-pagi selepas sarapan kami akan terus check out!
HARI KETIGA:
Sarapan pagi dihotel
Beli Goreng-gorengan tepi jalan makan di Hotel
Rehat
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Perghh..cili padi banyak tu. memang super pedas ni
BalasPadamsempat berkaraoke ye
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.