EXPLORE LOMBOK DAY 3 : MAKAN SATE BULAYAK Assalamualaikum dan Selamat Petang... Sambungan Explore Lombok... Selepas mandi manda di Benang kelambu Waterfall dan Benang Stokel Waterfall tentu-tentunya perut minta diisi... kali ini Buyung bawa kami makan sate lagi.. katanya sate ini berbeza dari sate rembiga jadi kami pun teruja nak cuba sate ni diberi nama sate bulayat. Macam mana rupa sate bulayat ada Buyung terangkan dapat juga gambarannya macam mana.. tapi tetap tak puas hati selagi tak cuba! Sate bulayat yang hendak dicuba terletak di Pura Suranadi.. dekat sini adalah sebuah perkampungan rata-rata penduduknya adalah muslim, semasa melalui perkampungan ini dikiri dan kanan jalan terdapat banyak rumah yang rosak disebabkan oleh gempa yang melanda lombok. Kalau anda nak tahu memang terasa sayu hati melihat perkampungan ini. Banyak yang perlu dibaiki. Pemandu ojek yang bawa kami ke Air terjun Benang Kelambu ada memaklumkan kepada kami tentang kejadian gempa pada malam sebelum kami ke Benang Kelambu Waterfall.. dia bertanya adakah kami rasa gegaran akibat gempa tersebut. Bonde terus terang cakap tak rasa! mungkin semasa gegaran kami tido lena maklumlah aktiviti di 3 pulau memang sangat memenatkan! EXPLORE LOMBOK DAY 3 : MAKAN SATE BULAYAK
EXPLORE LOMBOK DAY 3 : MAKAN SATE BULAYAK
SATE BULAYAK
Sate bulayat diperbuat dari daging lembu, ianya dipotong pada saiz yang kecil dan di cucuk pada batang lidi. Sate bulayat dimakan bersama kuah sate atau kuah kacang, sama macam sate di Malaysia. Tapi kuahnya pedas dan dicampurkan dengan cili api dan juga perahan limau. Jika di Malaysia ada ketupat dan nasi impit.. di Lombok ada bulayak atau lontong.
Bonde terliur pulak masa menaip bila teringat bulayak dengan kuah sate ni! tak ingat berapa banyak makan bulayat yang dicicah dengan kuah sate.. hampir sepulih atau lebih sepuluh tak ingat... tapi ianya memang sedap sekali.
Bonde rasa sate adalah dalam 5 cucuk tapi bulayak tu memang sedap sangat cicah kuah sate yang pedas kena dengan selera!
Sementara tunggu sate dikipas...
Lapar sangat... lepas tu sedap tak ingat apa dah... minta Buyong topup kan bulayak dengan kuah sate tu... naik penuh dan sendat perut.. makan bulayak dengan kuah sate.
SATE BULAYAK YANG DIRINDUI
Saat ini memang merindui makanan yang sedap-sedap dekat Lombok, rasa nak terbang jer ke sana la ni jugak! next entri... layan sunset di Senggiri Beach.. sambil makan jagung pedas... Anda pernah makan jagung pedas?? so stay tune ehhh
HARI KETIGA:
Sarapan pagi dihotel
Benang Kelambu Waterfall Dan Benang Stokel Waterfall Lombok Tengah
Makan tengahari di Satey Bulayak Lombok Tengah
Sepetang pemandangan Sunset di Senggiri Beach sambil menikmati jagung pedas
Beli Goreng-gorengan tepi jalan makan di Hotel
Rehat
Rehat
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
fav saya satay ni !
BalasPadamFisrt time dengar.. Tengok bonda makan pun rasa teruja nak rasa.. huhuhu.. mujurlah jauh.. kalau tak petang nie gi cari..
BalasPadamMiera first time makan masa melawat Padang Indonesia. Sedap sate ni. alahai.. feveret
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.