EXPLORE LOMBOK 'DAY 3' : BENANG KELAMBU WATERFALL & BENANG STOKEL WATERFALL Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semua... Sambungan cerita Explore Lombok pada hari ketiga.. Memang lambat sikit sebab up entri travel ni.. sebabnya setiap kali nak siapkan asyik throwback balik memories masa dekat tempat-tempat yang Bonde pergi hari tu.. lama betul kalau nak cakap tak Move on lagi kot... ha ha ha ok la.. kalau ade yang ketinggalan entri sebelum ni, anda terus ke label klik dekat Explore Lombok nanti akan jumpa link cerita hari pertama dan kedua disitu. Bonde memang sangat sukakan air terjun... jadi kalau datang Lombok ni tak sahkan singgah dekat air terjun yang cantik dekat sini. Hari ini Bonde akan EXPLORE LOMBOK 'DAY 3' : BENANG KELAMBU WATERFALL & BENANG STOKEL WATERFALL
HARI KETIGA:
Sarapan pagi dihotel
Benang Kelambu Waterfall Dan Benang Stokel Waterfall Lombok Tengah
Makan tengahari di Satey Bulayak Lombok Tengah
Sepetang pemandangan Sunset di Senggiri Beach sambil menikmati jagung pedas
Beli Goreng-gorengan tepi jalan makan di Hotel
Rehat
Selepas bersarapan di Hotel tempat kami menginap.. Bonde dan kawan-kawan dibawa ke...
Rehat
Selepas bersarapan di Hotel tempat kami menginap.. Bonde dan kawan-kawan dibawa ke...
EXPLORE LOMBOK 'DAY 3' : BENANG KELAMBU WATERFALL & BENANG STOKEL WATERFALL
Air terjun ini sumber dari alur kawasan hutan kaki Gunung Rinjani yang mengalir ke bahagian selatan dan tumpah tepat di bagian utara wilayah Kabuptaen Lombok Tengah.
Kami sampai disini dan kena parking kereta dekat sini, sebab tak boleh bawa kenderaan kebawah memandangkan jalan yang curam dan berliku. Hanya motor sahaja yang boleh turun kebawah.
Pintu Masuk untuk ke Benang Kelambu Waterfall, Untuk info anda semua.. bayaran masuk ke Benang Kelambu Waterfall adalah Rupiah 2,000 dan untuk ke sana menaiki motor atau ojek Rupiah 5,000 pergi dan Rupiah 5,000 balik bersaman Rupiah 10,000 jangan bimbang dan ragu. Untuk wanita anda juga boleh membonceng pemandu wanita, masa Bonde pergi hari tu.. Pemandu wanita yang bawa Bonde memang cekap sekali walaupun agak kecil orangnya selamba dia membawa ojek dengan laju sekali Bonde pula yang risau dan naik seriau tau!
Alhamdulillah akhirnya sampai juga Bonde ke Benang Kelambu Waterfall Subhanallah indahnya ciptaan mu Ya Allah cantik sekali permandangan air terjun ini.
Kalau anda nak tahu perit getir nak menurun lebih kurang 700 anak tangga untuk melihat Benang Kelambu Waterfall ini... hilang serta merta bila nampak air terjun yang sangat cantik ini.
Pohon-pohon menghijau yang subur sekali... air terjun yang sangat sejuk sekali..
Kalau anda nak tahu perit getir nak menurun lebih kurang 700 anak tangga untuk melihat Benang Kelambu Waterfall ini... hilang serta merta bila nampak air terjun yang sangat cantik ini.
Pohon-pohon menghijau yang subur sekali... air terjun yang sangat sejuk sekali..
MACAM-MACAM AKSI KAMI DI BENANG KELAMBU WATERFALL
Cik En dan Banana dah turun sebab dah kesejukkan maklumlah diaorang naik dulu, Bonde masih diatas kerana belum puas menikmati keindahan dan kesejukkan air terjun ini... Rasa tak mahu turun tau!
KOLAM AIR DI BENANG KELAMBU WATERFALL
Dekat sini kalau anda tak puas mandi dekat air terjun yang diatas tu.. Anda boleh berendam dekat kolam yang berada di hadapan tempat tukar pakaian. Air dalam kolam ini pon sejuk juga kerana airnya dari air yang mengalir dari atas.
PERASAAN SERONOK
Tipulah kalau Bonde cakap tak seronok!!! rasa tak nak balik tau!
Terima kasih banyak Bonde ucapkan pada Buyung dan Aspan untuk gambar yang mereka ambik ni.. hanya menggunakan teknik effect dari camera mereka gambar jadi sangat unik, kreatif dan sangat berbakat.. boleh ketengahkan bakat mereka!
TANJAK DAUN PAKU PAKIS.
Tanjak ni di buat oleh Om yang bawa kami ke sini.. kreatif betul dia tau! dia buat 3 tanjak ni.. jadi seorang dapat satu..
AIR TERJUN YANG BERADA DITENGAH-TENGAH ANTARA BENANG STOKEL DAN BENANG KELAMBU.
Air terjun ini dikenali sebagai air terjun pelangi. Sebab akan nampak pelangi di situ.. memang air yang mengalir dicelah-celah batu sangat cantik sekali!
Gambar yang dibawah ini menampakkan pelangi! Air terjun ini tidak kurang sejuknya. Kenangan bersama Buyung dan Aspan.
Mandi air terjun ini umpama terapi tau.. kalau berdiri pada air yang mengalir tu.. apa yang dapat dirasakan adalah badan seperti diurut. Lepas tu tak adalah rasa sakit sangat...
Sesudah siap mandi manda.. tibalah masana nak tinggalkan air terjun yang cantik ini... rasa sedih pula nak balik, seperti hati ini telah ditinggalkan disini berat untuk kaki melangkah.. ( memang berat pon.. pikir cam mana nak naik mendaki anak tangga gigih hu hu hu)
BENANG STOKEL WATERFALL
Memandangkan penat tak hilang lagi mendaki naik dair Benang Kelambu Waterfall Bonde terus "surender" untuk turun anak tangga ke Benang Stokel Waterfall rasa nak berdenyut-denyut kaki time ni takut masa nak daki naik nanti kaki kejang pulak.. Nampaknya Bonde perlu rehatkan kaki. Hanya Cik Ein dan Buyung sahaja yang turun ke Benang Stokel Waterfall. Bonde pesan dekat Cik Ein ambik gambar banyak-banyak nak tengok nanti. Dibawah ini adalah gambar yang Cik Ein kongsikan.
BENANG STOKEL WATERFALL
Lepas mandi manda mestilah perut jadi lapar sekejap lagi Buyung bawa kami makan satey Bulayak jom la baca next entri Makan Satey Bulayak.
HARI KETIGA:
HARI KETIGA:
Sarapan pagi dihotel
Benang Kelambu Waterfall Dan Benang Stokel Waterfall Lombok Tengah
Makan tengahari di Satey Bulayak Lombok Tengah
Sepetang pemandangan Sunset di Senggiri Beach sambil menikmati jagung pedas
Beli Goreng-gorengan tepi jalan makan di Hotel
Rehat
Selepas bersarapan di Hotel tempat kami menginap.. Bonde dan kawan-kawan dibawa ke...
Rehat
Selepas bersarapan di Hotel tempat kami menginap.. Bonde dan kawan-kawan dibawa ke...
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Bestnya!!!
BalasPadamcantiknyaaa !!! mesti fresh gila rasa mandi air terjun gitu. pastu yang tinggi2 tu macam tengah ngurut hehe. sedap hehehe..
BalasPadamcantik!
BalasPadamterpesona.
indah tu pasti lah...
bertuah bonde dpt menikmati nyer sendiri.
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.