Mini Zoo KL Tower ialah sebuah zoo kecil yang terletak di dalam Menara KL (KL Tower), salah satu ikon terkenal di Kuala Lumpur, Malaysia. Menara KL merupakan menara pemerhatian yang mencapai ketinggian 421 meter dan menawarkan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur dari ketinggian.
Mini Zoo KL Tower merupakan salah satu tarikan tambahan yang boleh dinikmati oleh pengunjung Menara KL. Zoo ini memaparkan pelbagai jenis haiwan termasuk beberapa spesies yang biasa ditemui di hutan hujan Malaysia. Beberapa haiwan yang mungkin anda temui di Mini Zoo KL Tower termasuk burung eksotik, reptilia, mamalia kecil dan beberapa spesies serangga.
ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!
Zoo ini direka khusus untuk memberikan pengalaman pendidikan kepada pengunjung khususnya kanak-kanak tentang flora dan fauna di Malaysia. Selain itu, zoo itu juga bertujuan untuk memelihara dan menggalakkan kesedaran tentang biodiversiti Malaysia.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa Mini Zoo KL Tower adalah zoo kecil dan tidak setanding dengan zoo besar atau taman safari yang mungkin anda temui di tempat lain. Ini adalah tambahan yang menyeronokkan jika anda melawat Menara KL dan ingin melihat beberapa haiwan tempatan Malaysia sambil menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan dari menara.
Apabila mengunjungi Mini Zoo KL Tower atau mana-mana tempat yang melibatkan haiwan, pastikan haiwan tersebut dilayan dengan baik dan mempunyai persekitaran yang mencukupi untuk hidup selesa mengikut piawaian kebajikan haiwan. Layan haiwan dengan hormat dan jangan ganggu mereka.
Kurang dari seminggu kita rakyat Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina, Jadi bagi kaum-kaum selain budha pasti ada perancangan bersama keluarga sempena cuti itu nanti. Tak tahu nak pergi mana?? Jom lepak KL Tower jer... Apa yang menarik di KL Tower??
Baca Info : Zoo Negara
Kalau anda nak tahu KL Tower ni bukannya ada menara telekomunikasi je, tapi ada banyak lagi tarikan lain yang anda kekadang tak sedar pun ada tapi best jugak sebenarnya kalau pergi.
Sebagai contoh, KL Tower Mini Zoo. Ya, kat KL Tower ni ada zoo mini kot! Memang lain dari yang lainlah.
Jadi kalau anda cuti-cuti ni tak keluar KL, dah tak payah nak jauh-jauh ke Melaka ke Taiping ke nak pergi tengok zoo, kat KL Tower ni pun dah ada haiwan yang kita boleh tengok up close and personal nak introduce kat anak-anak kecil kita, takdelah diorang membesar tengok binatang kat buku je ye tak? Disebabkan faktor lokasi Mini Zoo yang dekat dengan KL Tower, accessibility dia sangat mudah! Boleh try pakai grab, lrt dan sebagainya nak sampai sini, takde hal.
Burung Kakak Tua Sambut Ada Di Kaunter Tiket
Mini Zoo Kl Tower
Mini Zoo ni actually baru je bukak kat KL Tower ni, sekitar tahun 2015. Sebetulnya dia bukan dalam KL Tower tu tapi dia actually bersebelahan KL Tower dan dekat dengan hutan simpan Bukit Nenas. Sebab dia baru bukak, jadi kawasannya memang baru dan terjaga rapi. Lepastu sebab dia ni zoo mini, korang tak payah pusing jauh-jauh macam zoo biasa.
Lagi satu terdapat sejumlah 60 spesis binatang yang boleh ditemukan kat sini semuanya jenis yang agak eksotik dan jinak-jinak je, takdelah harimau ke seladang gajah semua. Tapi yang pasti semua binatang kat sini memang dijaga dengan baik dan mesra pengunjung.
Ada 60 Spesis Binatang Di Mini Zoo Kl Tower
Jadi apa lagi, jomlah meriahkan zoo ni dengan kehadiran anda. Untuk memudahkan urusan anda, apa kata anda beli siap-siap tiket ke Mini Zoo ni dengan cara online. Dengan Traveloka, anda boleh dapat really good deals untuk KL Tower Mini Zoo discount tickets tau! Jadi apa nak tunggu lagi, nanti kena sambar pulak offer ni!
Walaupun sekadar zoo mini je, KL Tower Mini Zoo ni sebenarnya dibahagikan kepada 6 kawasan! Kesemua enam kawasan ni disusun dan dihias rapi seolah-olah hampir menyerupai persekitaran habitat asal binatang-binatang yang dijaga di sini.
Keenam-enam kawasan tu adalah Mini Jungle, Jelutong Tree, Fallabella Stable, Bridge Broadway, Bird Aviary and Pet Village. Agak menarik jugak tu kan sebab banyak boleh explore sebenarnya. Mari kita go through sikit.
Mini Jungle ni adalah zon yang setup macam ada hutan mini dengan spesis jinak-jinak belaka seperti Albino Crow, Albino Iguana, Parrot, Marmoset, Wallaby dan juga Sulcata Tortoise.
Fallabella Stable adalah bangsal yang menempatkan kuda Fallabella iaitu antara spesis kuda yang terkecil di dunia! Sangat comel ya saiznya.
Bird Aviary membawa kita ke dunia burung, menemukan kita dengan pelbagai spesis burung yang ada di sini. Selain itu, ada pula peluang untuk membelai dan juga memberi makan setiap binatang kat sini dengan staf yang terlatih, jadi korang boleh bagi anak-anak sendiri try atau korang sendiri try kalau teruja nak cuba, takde masalah jugak. Bukan selalu ada peluang macam ni kan, nak mendekatkan diri dengan ciptaan Tuhan haa.
Last but not least sebelum nak keluar, seperti biasa akan ada kedai cenderahati yang menanti di luar. Bolehla siapa yang datang dari jauh nak beli rantai kunci, baju T-shirt dan sebagainya untuk dibuat kenang-kenangan datang ke sini.
Bagi yang rasa nak santai-santai sikit sambil pusing-pusing tu, ada jugak Jungle Cafe yang jual air dan makanan ringan-ringan untuk korang mengunyah sementara tu kan.
Menarikkan.. Mini Zoo Nih!
Info Untuk Ke Mini Zoo Kl Tower
Disebabkan KL Tower Mini Zoo ni terletak di tengah-tengah kawasan Kuala Lumpur, jadi anda boleh ambil public transport jugak untuk elak kan jam.
Dari KL Sentral, anda boleh ambil sistem transit aliran ringan (LRT) menuju ke Dang Wangi.
Lepas berhenti kat situ, boleh order teksi atau naik Grab ke KL Tower, anggaran meter dalam lima ringgit je.
Kalau rajin sikit, boleh jalan kaki ke pintu masuk utama Menara KL dalam masa 15 minit, nanti ada free shuttle untuk bawa anda ke Mini Zoo ni.
Jadi tak payah berlengah lagi, anda boleh go ahead dan serbu site Traveloka Malaysia for the best deal ever untuk KL Tower Mini Zoo di https://www.traveloka.com/en-my/activities.
Alamat :
Ground Floor,
Menara Kuala Lumpur,
Jalan Punchak,
50250 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook : KLTowerMiniZooMalaysia
Instagram : KLTowerMiniZoo
Info KL Tower Mini Zoo :
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
Beli Tiket :
COME VISIT US NOW!
FEEL, TOUGH, A RELAXING EXPERIENCE
~ Bonde Senyum Riang ~
28 Ulasan
menarik tempat ni :)
BalasPadamScroll-scroll sekali ternampak ulauuuu...
BalasPadamUii geli kita hahahahha
Kita pun sekali dulu pernah masuk sini masa kawan kerja sini, tapi nampak macam dah lebih uograde dah tu...
wah rupanya beroperasi sampai malam ya? tau ada zoo tapi ingat bukak siang je..
BalasPadamDr thn lps nak pergi..tak pergi2 lg
BalasPadamTiket masuk di murah ke mahal? pernah masuk dulu dalam RM30++ gak la...last year pergi masa ru tgh renovation mini zoo ni
BalasPadamwe went last year and its fun and we saw big snakes. I like it there as kids can see different animals, yeah chicks are my kids favorite as they can hold it. Oh ya, how much ticket now yeah?
BalasPadamMini Zoo kat KL Tower menarik juga ni kalau dapat pergi hehehe kita pun baru sekali jer naik menara KL tu wakakakka..
BalasPadamtak pernah pegi.. tapi suka tempat2 macam ni yang boleh dapat close encounter dengan animals =D
BalasPadamaida ke kl tower ni last few years.
BalasPadamtak perasan kewujudan petting zoo ni, bonde. baru lagi ekk?
wajib la ke kl tower semula. izzat lom pernah jejak kaki ke kl tower.
and masuk petting zoo ni.
utk kanak-kanak memang sesuai. kenal haiwan. sayangi haiwan.
Murni baru tahu kat KL Tower ada Mini Zoo macam ni. Lain kali kalau kesana boleh laa singgah..anak2 suka juga tengok binatang2 mcm ni..
BalasPadamwalau pun mini zoo airah tengok banyak haiwan yang jarang nampak. bawak bebudak ni memang seronok la diaorang tengok haiwan. dah lama rasanya tak pergi kl tower
BalasPadamOne of our fave place too! Mmg si kakak suka sgt dtg sini sbb dia mmg suka animals. Kalau bwk gi zoo2 ni spend masa berjam2 pun takpe.
BalasPadamPernah jugak dengar ada mini zoo kat KL Tower, tapi tak pernah masuk lagi. Nanti cuti bolehlah sis awak anak sis jalan2 ke sana
BalasPadamLooks interesting. Will go visit there soon. I like to see animals.
BalasPadamTak pernah lagi sampai Mini Zoo Menara KL ni. Teringin nanti bawa anak-anak datang sini. Thanks for sharing
BalasPadamTeringin sangat nak bawa anak anak pergi mini zoo. sebab nak bagi dorang kenal haiwan secara live gitu.
BalasPadamRasa macam nak pergi situ je.
Hehe
boleh bawa anak2 g ke zoo ni...cuti sekolah sempena raya china ni adalah peluang nk berjalan2 sekitar kl..tq for sharing..
BalasPadamAnak2 dok ajak g zoo. Adeh. Mommy tak larat nak berjalan. Boleh la ke mini zoo ni nanti
BalasPadamMini Zoo KL Tower ni nampak best, blh berkawan rapat dgn binatang semua, bagus utk bawa famili dan ank2 skali. Mesra alam dan haiwan.
BalasPadamnad dah pernah pergi, memnag best..temapt macam kecik, tapi banyak binatang kan. Boleh dipegang lagi..sekarng mesti ada banyak lagi binatang yang ada..
BalasPadam2,3 kali ke KL tower, selalu gak lalu mini zoo ni. katanya bawah management yg sama dgn Farm In the City. Anak pernah ke sana ikut rombongan preschool. Menarik dia cerita
BalasPadamBestnya tgok Kak Zaida. Baru tahu ad mini zoo kt situ. Kite mmg suke tgok haiwan. Nice la! Boleh try kesana nnti
BalasPadamNi kalau syafi tau mesti dia ajak. Next time boleh plan bawa dia naik menara then g petting zoo ni.
BalasPadamLama dah tak visit KL Tower lah. Da mini zoo plak mesti lagi best kalau pi dengan family kan.
BalasPadamOuh tak tahu pulak ada mini zoo kat kl tower ini. Harap-harap boleh pergi suatu hari nanti :)
BalasPadamTau sebab tengok cerita princess aishah anak che ta tu depa ada mai sini.kalau dak mesti kami pun tak tau
BalasPadamOh really ? never heard about it. So, next time bila i ke sana bolehlah bawa my kids pergi mini zoo dia.
BalasPadamSemua nampak menarik tapt part ular je tak minat, bukan sebab takut tapi sebab geli.. hehehe..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.