SET ALTHEA BARE ESSENTIALS MEMANG SESUAI DENGAN KULIT BONDE #LOVE!



SET ALTHEA BARE ESSENTIALS MEMANG SESUAI DENGAN KULIT BONDE #LOVE! Assalamualaikum Dan Selama Pagi... Hai reader Semua, Bonde nak kongsikan dengan anda semua, Bonde juga sebenarnya telah terjebak dengan godaan rakan blogger yang sebelum ni berjaya buat review hingga hati dan perasaan Bonde tergoda sama untuk mendapatkan produk Bare Essentials ini.  Nampak tak.. Dalam diam bonde pon pi beli dekat web Althea tu keh keh keh SET ALTHEA BARE ESSENTIALS MEMANG SESUAI DENGAN KULIT BONDE #LOVE!

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan sentiasa segar, gnakan 3 steps mudah sahaja iaitu dengan menggunakan 3 skincare Althea Bare Essentials yang terdiri daripada Contour Cleanser, Primer Water dan Fixer Cream.


SET ALTHEA BARE ESSENTIALS MEMANG SESUAI DENGAN KULIT BONDE #LOVE!

Bonde kongsikan cara penggunaan 3 Jenis Bare Essentials yang popular ni  serta  info bahan-bahan yang terkandung didalamnya:


#1 - CONTOUR CLEANSER

Adalah sejenis pembersih muka, membersihkan muka adalah sangat penting untuk memberi nafas kepada kulit muka yang sering terdedah dan terbuka, Contour Cleanser merupakan pembersih yang mempunyai buih putih yang banyak yang dapat menghilangkan segala kotoran semasa mencuci muka dengan cara mengurut muka dengan lembut, segala kotoran di muka dapat dikeluarkan. Dengan menggunakan Contour Cleanser ini juga dapat meningkatkan peredaran darah dibahagian muka.


Bukan itu sahaja, malah ia mengandungi kapsul mikro yang bertindak secara perlahan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan melembapkan kulit supaya berasa segar dan dapat mengurangkan bengkak di muka untuk kelihatan lebih jelas terbentuk raut wajah. (bentuk muka terbentuk cantik tak nampak double chin la lepas nih he he he)





Countour Cleanser ini mengandungi 2 bahan utama iaitu :

Ice Plant  
Berfungsi untuk menghidrat dan mengurangkan kemerahan 

Lemon Myrtle  
Kaya dengan vitamin C dan oksidan serta dapat menguatkan kulit


    Cara penggunaan style Bonde :


    Basahkan kulit muka dengan air, kemudian picit sedikit pembersih muka countour cleanser dan calit ke muka di bahagian T zone. (tempat yang selalu mengalami masalah jerawat dan berminyak)



    T zone - pipi kanan dan pipi  kiri, dahi, dagu dan batang hidung


    Ratakan Countour Cleanser di sekeliling muka


    Buih-buih putih keluar dengan banyak urut dan belailah muka anda.


    Bonde kalau cuci muka memang suka urut-urut buih sabun (sambil tu doalah agar kulit wajah kekal sihat)


    Lepas dah puas mengurut muka bolehlah cuci dengan gunakan air, Bonde gunakan kapas basah untuk membersihkannya... Jadi dapatlah nampak rupa kapas tu macam mana bersih ke kotor he he he

    #2 - PRIMER WATER


    Primer water adalah sejenis Toner, Ia berfungsi unntuk melembabkan kulit muka dan bertindak sebagai merubah kulit muka bagi warna tona muka yang tidak sekata. (sesuai sangat bagi kulit muka Bonde yang selalu terdedah dengan panas bila beriadah diluar dan mengikuti aktiviti bersama kawan pasti akan jadi sunburn dan bebelang comfirm warna tidak sekata )



    Untuk Primer Water, ia mengandungi 2 bahan utama :

    ❤ Snow Lotus  
    Melicinkan dan mencerahkan kulit teksturnya

    ❤ Patented 'Dewdrop' formulation 
    Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera dan berkesan

    Cara penggunaan :

    Dengan menggunakan kapas, tuangkan water primer tadi, Kemudian sapu ke seluruh permukaan muka sehingga ia meresap ke kulit. 



    Apa yang Bonde suka tentang Water Primer ni, ianya tidak melekit dan cepat meresap. Bau pula tidak terlalu kuat seperti setengah-tengah produk.

    # 3 FIXER CREAM



    Fixer Cream adalah sejenis Cream pelembab ia digunakan selepas menggunakan Primer water tadi, Fixer Cream bertindak seperti Cream siang dan juga malam 2 in 1 gitu.. Fixer Cream berfungsi selama 24 jam. Yang bestnya walau teskturnya agak pekat ianya mudah disapu di permukaan muka dan sangat cepat meresap ke dalam liang muka.


    3 bahan utama yang terdiri daripada :

    Trehalose
    Berkuasa untuk mengekalkan kelembapan kulit

    Wild Green Tea
    Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan yang penuh

    Baobab Tree Extract
    Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu pengeluaran kolagen


    Cara penggunaannya :

    Calitkan di permukaan T Zone muka, sapukan dengan rata. siap!


    Lengkaplah sudah cara penggunaan Bare Essential ini, seterusnya ada bolehlah calitkan sebarang makeup yang anda suka. Nak top up compact powder pon boleh, sebab akan nampak lebih glowwing tau!


    Jangan lupa touch up mata, pipi dan bibir sekali barulah meletop cantik ha ha ha


    BERMINAT NAK CUBA SET ALTHEA BARE ESSENTIALS ?

    Untuk pengetahuan anda, Althea Bare Essentials sesuai untuk semua jenis kulit jadi tiada masalah jika anda ingin mencubanya. Boleh beli satu set terus (lebih jimat dan dapat free gift cermin muka secara percuma sementara stok masih ada)



    Dan sekarang ada promosi diskaun tau kalau nak klik link ni rebutlah peluang sekarang sementara ada potongan harga he he he memang jimat!


    Laman Web : www.althea.kr

    Facebook : Althea Malaysia

    Instagram : Althea korea


    ~ Bonde Senyum Riang ~

    Catat Ulasan

    1 Ulasan

    [PENAFIAN]

    Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

    Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

    ~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

    ~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

    Terima kasih.