PENERANGAN PRODUK ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY DAN PETAL VELVET POWDER



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Hai reader semua 💛💛💛 Bonde nak perkenalkan dengan anda semua, produk Althea Baharu jauh datang bersama kotak pink dari Korea.  Memang rasa sangat tak sabar nak cuba produk baharu ini tentu-tentunya untuk kecantikkan wajah.  Produk yang Bonde nak perkenalkan ini adalah ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++.  Rahsia cantik wanita Korea kini dapat dirasai oleh kita semua.. Yeayy

PENERANGAN PRODUK ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY DAN PETAL VELVET POWDER


ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY 

Merupakan produk perlindungan UV dengan formula Hydrating khusus untuk mengawal sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro. Manakala Asid Hyaluronik berfungsi untuk memastikan kulit kekal dari terhidrasi sepanjang hari. 

Sebab apa Bonde suka produk ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY???

Althea Petal Velvet Sunaway ini berfungsi melindungi kulit dari sinaran UV sama fungsinya dengan Sunblock tentunya Bonde suka memakainya sebab Bonde suka aktiviti lasak diluar yang terdedah kepada sinaran matahari.  Kalau travel suka pergi pulau selain snorkeling Bonde juga suka island hopping.  Selalunya masalah besar akan terjadi ialah kulit muka terbakar... Bila balik travel terpaksa fokus pada muka sebab nak kembalikan kulit kepada rupa yang asal.

Menariknya ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY ini, ianya tidak melekit.. Bila berpeluh ianya tidak cair hu hu hu



BAHAN UTAMA PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++

Damask Rose Ekstrak
- Membantu menghidratkan kulit secara mendalam serta mengurangkan iritasi, membuatkan kulit terasa lebih sihat

Asid Hyaluronik

- Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Minyak Geranium

- Menjadikan kulit lebih berseri dan menyembuhkan jerawat




Harga untuk PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++ (55ML) ialah - RM43

BAGAIMANA CARA NAK PAKAI ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY?

Caranya adalah seperti berikut :


Calitkan ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY dimuka seperti dalam gambar diatas dan dibawah.


Kemudian ratakan diseluruh permukaan kulit muka.


Tadaaaa siap... sapuan rata diseluruh muka


Selepas sapu rata ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY ini bolehlah sapukan Petal Velvet Powder (loose power)  mengikut kesukaan anda. 

Antara pilihan yang ada ialah :

💛 PETAL VELVET POWDER (3G) TRANSLUCENT 

💛 PETAL VELVET POWDER (3G) WARM BEIGE 

💛 PETAL VELVET POWDER (3G) PINK LAVENDER

Petal Velvet Powder #0 Translucent


Petal Velvet Powder Pink Lavender


Petal Velvet Powder #23 Warm Beige


Selepas menggunakan PETAL VELVET POWDER kulit muka akan berubah kelihatan lebih cerah dan nampak bermaya.... yang menariknya akan nampak muda dari usia... makeup muka akan berubah jadi pink-pink nanti, Korea sangatkan! 💛💛💛.


Anda berminat nak cuba produk Althea yang hebat ini? Jom Bonde terangkan satu persatu harga setiap produk Althea ini! 

HARGA PETAL VELVET POWDER 



PETAL VELVET POWDER (3G) TRANSLUCENT - RM16 

PETAL VELVET POWDER (3G) WARM BEIGE - RM16

PETAL VELVET POWDER (3G) PINK LAVENDER- RM16 


PETAL VELVET SET [ 1 PETAL VELVET SUNAWAY + 1 PETAL VELVET POWDER (boleh pilih salah satu)] - RM53. 10

Untuk maklumat lanjut anda boleh terjah :

Laman web : Althea 

Instagram : Althea

Facebook : Althea

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.