DAY 1 EXPLORE LOMBOK : MAKAN MALAM MENU AYAM TALIWANG DI TALIWANG IRAMA 3



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Hai reader semua, sambungan kisah selepas melawat di Desa Sade.. Tiba waktu makan malam.. Bonde di bawa oleh Tour Guide Buyung ke Ayam Taliwang Irama 3. 

Dekat Lombok ni sebenarnya memang meriah masakan pedas perkataan Lombok tu pon bermaksud cili, siapa yang tak kuat pedas jangan cuba sebarang sambal dekat lombok ni.. takut anda tak tahan, Dia punya pedas memang level 15 ha ha ha.. Tapi bagi peminat pedas macam Bonde ni memang sure akan rindu sambal lombok ni he he he.

MAKAN MALAM MENU AYAM TALIWANG DI TALIWANG IRAMA 3

masa sampai di Taliwang Irama 3 nih yang Bonde nampak kawasan sekeliling memang bersih sekali, kerusi dan meja tersusun rapi.. Masa kami sampai tak ramai lagi pelanggan mungkin kami antara yang terawal.

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3

Walau muka masing-masing dah terpacar kepenatan... sebenarnya kami tetap rasa teruja nak rasa makanan dekat sini! Sambil tunggu makanan tu haruslah selfie.. jangan tanya kenapa muka Bonde tu macam ada sapu sebotol minyak... ye (lepuk kang taula ha ha ha)

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3

Tada... Menu Makan malam kami sudah ready... Menu ni semua kami tak oder pon semua tour guide kami yang uruskan... Yang kami tapi makanan sampai dan makan!

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3


Jomlah kita makan (udah-udah ler bergambo ha ha ha) Banana pun tak lama lagi jadi blogger juga sebab pening tengok Bonde dengan Cik En dok ambik gambar jer keje kami ha ha ha

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3

Mari Bonde kongsikan jenis-jenis hidangan yang kami makan malam tu... 

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3

Ikan Bakar


Ikan sungai yang diperap dengan rempah dan cili lombok terlebh dahulu sebelum dibakar, Bonde tak pasti nama ikan ni... tapi rasanya sama seperti ikan talapia.  Rasa rempah yang pedas-pedas tu memang kena dengan tekak Bonde.  Ikan juga boleh dicicah dengan sambal khas lombok yang dihidangkan.

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3


Ayam Taliwang



Cara memasak Ayam Taliwang sama seperti memasak Ikan Bakar tadi.. Ayam Taliwang ini nampak kecil kerana ia adalah ayam dara atau ayam muda.  Memandang Bonde dinasihatkan agar kurang makan ayam untuk itu Bonde hanya cubit dan rasa.  Ayamnya lembut sekali.  Ayam juga boleh dicicah dengan sambal khas lombok yang dihidangkan.

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3


 Kangkung Pelecing

Kangkung Pelecing adalah sama seperti sayur pecal kuah kacang. Sayuar yang terdapat dalam plecing kangkung adalah seperti, kangkung, taugeh, kacang dan curahan sambal diatasnya.

MENU AYAM TALIWANG, KANKUNG PLICHENG, SAMBAL LOMBOK, AYAM TALIWANG, TALIWANG IRAMA 3

Kalau datang lagi pasti akan singgah disini ! Rindu makanan ni Ikan Bakar dan Plecing Kangkung.  Lepas makan kami terus check in hotel di Mataram.  Mandi-mandi dan rehat untuk aktiviti Pulau hari esok... Hu hu tak sabarnya...

HARI PERTAMA : 

Berkumpul di KLIA 2 jam 6.00 pagi 

Penerbangan jam 8.30 pagi

sampai di Airport Lombok sambutan oleh team guide Lombok

Check in Hotel Mataram

Rehat


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Menarik betul Ikan Bakar die.. Errmmm...sedapnyerr... Tak pernah sampai lagi Lombok ni. Ada juga la nak ke sini suatu hari nanti

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.