TONTON FULL EPISOD DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN



TONTON FULL EPISOD DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semuaSiapa Layan Novel Lelaki Kiriman Tuhan, Mesti tengah syok dan layan Adaptasi Drama novel ni kan... Bagi anda yang belum tahu, drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan karya Umie Nadzimah yang telah disiarkan di slot Raihana saluran Astro Oasis. Menampilkan gandingan baru Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Rashid Sibir, terbitan Zeel Production. Drama ini telah bermula pada 1 Oktober yang lalu, setiap hari Isnin pukul 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).TONTON FULL EPISOD DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN

Pelakon yang memainkan watak dalam Novel ini adalah seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Norlia Ghani, Dato Jalaluddin Hassan

WATAK PELAKON LELAKI KIRIMAN TUHAN

Remy Ishak sebagai Iqbal Raid

Mira Filzah sebagai Naira

Kartina Aziz sebagai Umi

Harris Anuar sebagai Faris

Isyariana sebagai Zeenat

Uyaina Arshad sebagai Maryam

Jesse Lim sebagai Ah Seng

PU Azman sebagai Cik Muiz

Rozita Che Wan sebagai Kak Bed

Jasmin Hamid sebagai Datin Maria


TONTON FULL EPISOD DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN

EPISOD 1- EPISOD 18

TONTON FULL EPISOD DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN, NOVEL LELAKI KIRIMAN TUHAN, DRAMA LELAKI PILIHAN TUHAN,

SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Baca Novel Online  Lelaki Kiriman Tuhan (wattpad)

Bab 1 - 15




TONTON FULL EPISOD DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN, NOVEL LELAKI KIRIMAN TUHAN, DRAMA LELAKI PILIHAN TUHAN,

Bonde bersama Kak Umie Nadzimah Penulis Novel Lelaki Kiriman Tuhan.

Entri berkaitan : 

LELAKI KIRIMAN TUHAN PBKL 2017

LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. memang terjatuh hati dengan novel dan cerita ni. memula baca tajuk tu pun dah tersentuh. lelaki kiriman tuhan

    BalasPadam
  2. tak tengok lagi citer ni tapi kalau tengok sure boleh layan ni haha

    BalasPadam
  3. ramai org dah tgk..saya je belum tgk lagi nampaknya

    BalasPadam
  4. Layan juga kat tv, nak membaca tak berkesempatan 😅

    BalasPadam
  5. baru start layan...
    srkg dah epi 7...

    BalasPadam
  6. Saya dah khatam baca novel ni Bonde

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.