REBUT PELUANG 20 UNIT TERAKHIR RUMAH TERES 2 TINGKAT MAMPU MILIK DI TAMAN SALAK LESTARI @ SEPANG Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.. Hai reader semua...Pada 28 Oktober 2018 yang lalu, Bonde berkesempatan melihat sendiri rumah contoh yang terletak di Kampung Baharu Lanjut , Haaa mesti anda semua tak tahu dekat mana Kampung Baharu Labu Lanjut ni, nama pelik semacam sahajakan! sebenarnya Kampung Baharu Labu Lanjut ini tidaklah pelik bagi penduduk di Daerah Sepang, ianya satu Kampung Baharu terletak di Daerah Sepang, dikenali dengan kawasan Pinggiran KLIA, kenapa Pinggiran KLIA? ia disebut pinggiran KLIA kerana Kampung Baharu Labu Lanjut ini terletak di bersebelahan Kuala Lumpur International Airport. Projek Perumahan ini diberi nama Taman Salak Lestari. Untuk pengetahuan anda semua projek ini telah 80 % siap. Bonde kongsikan kepada anda semua gambar yang sempat Bonde ambik masa sesi terjahan ke rumah contoh tempoh hari tu. Teringin nak tengok rumah Conner lot projek nih! REBUT PELUANG 20 UNIT TERAKHIR RUMAH TERES 2 TINGKAT MAMPU MILIK DI TAMAN SALAK LESTARI @ SEPANG
PROGRES PROJEK TAMAN SALAK LESTARI
Untuk pengetahuan anda, Taman Salak Lestari ini, di bina diatas rezab melayu, mempunyai 17 buah rumah teres satu tingkat dan 35 buah rumah teres 2 tingkat.Rumah teres satu tingkat semua unit telah siap dan untuk rumah teres dua tingkat tinggal 80 % telah siap dan baki 20 % masih belum siap dan dijangka akan siap pada awal tahun 2019.
INFO MENARIK MENGENAI PROJEK TAMAN SALAK LESTARI
Melalui penerangan yang diberi oleh Haji Azmi, Projek Taman Salak Lestari ini memang sangat strategik kdudukannya terletak di bersebelahan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Bagi yang berkerja di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitar KLIA@Sepang memang sesuai membeli rumah di kawasan Sepang, kerana harganya lebih murah dari rumah di Putrajaya dan Cyberjaya. Jalan dan pengangkutan awam juga ada. Jika anda yang bekerja di Kuala Lumpur juga sesuai membeli rumah di Taman Salak Lestari ini kerana ianya berdekatan dengan ERL mudah untuk ke KL Sentral dan mengunakan kenderaan awam. Memandangkan Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan pesat membangun jadi tak salah pilihan untuk menduduki rumah di Taman Salak Lestari ini kerana di masa akan datang semua kemudahan telah ada dan memudahkan pembeli untuk menikmati kemudahan sedia ada. Tak mustahil 10 tahun akan datang rumah yang dibeli akan naik dua kali ganda dari harga asal (memang berbaloi untuk peraburan). "Masa tu kita boleh refinance rumah ni atau jual untuk dapatkan modal cash buat rumah atas tanah kita. Boleh design sendiri pelan rumah sampai puas hati. Yang penting kita dapatkan servis kontraktor rumah yang bagus macam Nas Nuri. Boleh baca panduan pilih kontraktor kat sini."
BELI UNTUK PELABURAN
Kalau ada duit lebih memang patut beli dan jadikan rumah ini sebagai Homestay selalunya pada musim haji hotel dan homestay di kawasan sekitar KLIA Sepang memang sentiasa penuh dengan penyewa.
Satu lagi event besar adalah Moto Grand Prix memang homestay dan hotel akan penuh dengan penyewa yang pergi menonton acara tersebut. Bukan setakat rakyat tempatan malah ramai dari luar negara yang datang ke Sepang untuk menonton Moto GP.
🏠 Harga hanya dari RM440K keatas
🏠 Luas Tanah : 20' x 67'-69'
🏠 Luas Binaan : 1960 kps
🏡 Luas Rumah : 4bilik 3 bilik air
Kemudahan yang ada :
👉4 min ERL Station/Kip Mart/Mcdonald
👉10 min KLIA/Mitsui Outlet/Komplek Tabung Haji/Dengkil/Nilai University
👉15 min Putrajaya/Cyberjaya/D'PULZE
👉30 min Kuala Lumpur/Petaling/Subang/Shah Alam
Selain dari mempunyai transit udara dan transit keretapi elektrik ERL, Jalan darat yang terdapat di sekitar kawasan ini juga memang sangat baik menghubungkan lebuhraya Plus Elite, Seremban, Kuala Lumpur dan yang terbaharu jalan baru akan dibuka iaitu lebuhraya Serenia City berhampiran Kota Warisan dekat dengan Taman Salak Lestari.
20 UNIT RUMAH YANG TERAKHIR UNTUK DIMILIKI
Projek Taman Salak Lestari ini memang laku terjual, hanya tinggal 20 unit terakhir sahaja yang belum ada pembeli dan untuk rumah satu tingkat hampir habis dijual hanya tinggal 3 unit terakhir.
HARGA RUMAH TAMAN SALAK LESTARI
Rumah Teres 1 Tingkat ( 3 Bilik dan 2 Bilik Air) bermula dari RM 350,000.00
Rumah Teres 2 Tingkat ( 4 Bilik dan 3 Bilik Air) bermula dari RM 440,000.00
Tawaran yang diberikan sangat menarik jika anda ingin membeli rumah jenis landed iaitu 100% kemudahan pinjaman dan "0" entry coast bagi memudahkan pembelian hartanah di Sepang.
PELAN LANTAI RUMAH TAMAN SALAK LESTARI
Dibawah ini, Bonde kongsikan video dan gambar hasil dari lawatan Bonde yang lepas!
HAJI AZMI PEMAJU PROJEK TAMAN SALAK LESTARI
Haji Azmi, selaku Pemaju memaklumkan bahawa Fitrah Properties telah mempunyai beberapa projek di sekitar kawasan Sepang dan semuanya telah berjaya terjual. (alhamdulillah...Syabas dan tahniah untuk Fitrah Properties)
Haji Azmi ada memberi penerangan kepada kami semasa lawatan ke Show Room tempoh hari bahawa projek Taman Salak Lestari ini mengambil masa yang lama untuk menambak kawasan tapak projek sedalam 7 meter sebelum memulakan projek mengikut spek kerja yang telah ditetapkan oleh PBT.
Ini bertujuan memberi pengukuhan terhadap binaan yang dibina diatasnya dan mengelakkan kawasan Taman Salak Lestari ini dari risiko banjir. Jaminan juga diberi kepada pembeli selama 2 tahun, dalam tempoh ini pembeli boleh klim sekiranya berlaku sebarang kerosakan.
SALES GALLERY FITRAH PROPERTIES SDN BHD
Jika anda berminat nak datang melihat sendiri rumah contoh dibawah ini ada pelan lokasinya.
Sebarang info lanjut :
Sila Hubungi kami 03-8706 5254 / 017-823 5254 Atau PM nombor telefon anda. Pihak Fitrah Propertis akan whatsappkan info yang diperlukan.
Sila Hubungi kami 03-8706 5254 / 017-823 5254 Atau PM nombor telefon anda. Pihak Fitrah Propertis akan whatsappkan info yang diperlukan.
PEJABAT FITRAH PROPERTIS SDN BHD
No 37 Jalan Seroja 4, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor Darul Ehsan m.me/Fitrahproperties
TAMAN SALAK LESTARI
Lot 2194 dan Lot 2195 Kampung Baru Lanjut, Mukim Labu, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan
16 Ulasan
nak inform kat adik, dia sibuk nak cari rumah bawah
BalasPadamerkk harganya boleh tahan juga ye
BalasPadamNampak luas sangat rumah ni. Dah la dekat dgn Mitsuit. Hiks. Kalau ada rezeki dapat buat pelaburan pun bagus kan.
BalasPadamNampak menarik. Cuma jauh ya amat. Sekarang ni ruby macam mencari rumah dekat dengan parent. Area Kuantan, Damansara atau Shah Alam. Tapi tulah. Populasi di sana dah padat sangat. Ada betul juga beli properties kawasan Serdang ni. Dekat dengan airport. Hurmmm. Boleh di fikir kan nanti.
BalasPadamairah dengan husband memang plan nak beli rumah tapi yang ni jauh la pulak walaupun tengok semua strategik je
BalasPadamboleh la share ni kepada sapa yang tgh cari rumah
BalasPadamWah strategik jugak ya kawasan ni. Dekat dengan air lagi tu.
BalasPadamHarga yang ditawarkan pun puleh tahan jugak la.
klu ada fund nak invest mmg rumah dulu yg myra akan beli!
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between
the houses look nice. I wish to live in landed house. it is better for family with kids like myself. Will go visit it
BalasPadamKita lama dah teringin untuk miliki rumah ada tanah ni hehehehe tapi tu lah rezeki belum sampai lagi hehehehe rumah ni cantik dan luas best kalau ada rumah macam ni boleh buat kenduri hehehehe...
BalasPadamNmpk menarik rumah tu.. Tp jauh lak.. Mmg tgh riki2 utk beli rumah skrg ni.. Area situ dkt dgn cyberjaya/putrajaya & klia kan...??
BalasPadamWah!! Betul2 mendapat sambutan nie.. tggl 20 unit je.. hisshh.. kalu AM ada duit dah lama grab satu nie..
BalasPadamHarga rumahpun xderlah mahal mana. Bagus untuk investment ni. Kalau buat rumah tumpangan pun ok. Sebab dekat denhan aksesabiliti klia
BalasPadamLokasinya macam menarik, sebab bukan tengah2 kl. Hehe. Tapi sekarang emi belum bersedia untuk beli rumah lagi. Moga ada rezeki nanti untuk beli rumah.
BalasPadamRumah rumah nampak selesa dan berpadanan dengan harga. Bagi yang belum memiliki rumah kena rebut peluang ni.
BalasPadamYe kak..wajib rebut peluang ni sebab dengan rumah seluas itu dan harga yang ditawarkan tu memang sangat berpatutan
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.