Assalamualaikum Dan Selamat Petang.. Hai reader semua.
Sambungan entri explore lombok lepas solat di Masjid Nurul Bilad kami dibawa ke Pantai Tanjung Aan dan Bukit Merese! Dekat Pantai Tanjung Aan ni masa Bonde sampai cuaca memang sangat panas, matahari terpacak atas kepala! Memang sangat-sangat panas tapi bila dah jejak kaki dekat pantai tak ingat panas dah ha ha ha ha.
PANTAI TANJUNG AAN , PENYU BATU DAN KAKI BUKIT MERESE
Selepas makan tengahari kami terus dibawa melihat pemandangan Pantai dan jalan-jalan di Pantai Tanjung Aan. Cuaca disini sangat baik panas dan tidak hujan.
Alhamdulillah kami dapat explore Pantai ini dalam keadaan gembira.
Pantainya Subhanallah Cantik!
DAY 1 EXPLORE LOMBOK : PANTAI TANJUNG AAN DAN BUKIT MERESE
Acah-acah duduk bawah payung tak nak kena panas... eh puteri lilin ke yang datang ni ha ha ha
Akhirnya pijak pasir pantai yang memutih ni... dekat Tanjung Aan ni ada dua kawasan berbeza pasir pantainya, sebahagian pasir halus berwarna putih dan lembut dan sebahagian berwarna agak sedikit perang dan ianya kasar. (rupa macam pasir kucing pun ada)
PENYU BATU
Pemandangan Penyu Batu dari sisir Pantai, Dua bukit batu yang menyerupai penyu ia dikatakan Penyu Batu kerana rupa bentuknya seperti Penyu yang terbentuk dari bukit batu atau bongkah batu! Bahagian besar adalah badan penyu dan bahagian yang kecil adalah kepala penyu.
SESI U JUMP I JUMP TO HA HA HA
Dari sisir Pantai Tanjung Aan boleh nampak pemandangan indah iaitu Penyu Batu dan dengan jayanya Bonde dapat panjat bukit yang bersebelahan Penyu Batu, semangat memanjat dengan mengunakan tangga batu untuk sampai ke atas memang sangat teruja hendak lihat pemandangan di atas. Bonde gigih panjat pelahan-lahan. Maklumlah dibawah terasa kaki ada masalah dan sakit tapi hati sudah sampai di atas. (laratkan juga balik nanti letak minyak panas ha ha ha)
Lepas bergambar dibawah kami terus menuju ke bukit batu nak tengok pemandangan dari atas pula.
PEMANDANGAN PENYU BATU DARI ATAS
Masa kami sampai dekat Pantai Tanjung Aan ini air laut sedang surut ketika ini.
Pemandangan di Tanjung Aan tetap nampak cantik dan indah sekali, walau cuaca sangat panas dan kering suasana tetap nampak indah. Suka sangat pemandangan ini.
Dibawah pula ada dikalangan orang dewasa memancing ikan. Dapat tengok suasana ini dari atas.
BEREHAT DI BAWAH BUKIT MERESE
Bonde mengalah tunggu dekat bawah, Masa ni Bonde ambik keputusan nak rehat sahaja dibawah, memandangkan hanya sandal plastik vinci warna pink tu yang dipakai memang tak sesuai untuk mendaki Bukit Merese ni. Jadinya Bonde tunggu dibawah sahaja dan mengambil masa lebih kurang 30 minit mereka mendaki ke atas.
Di bawah pohon Bukit Merese, sebenarnya 5 minit terawal tadi Bonde ditemani oleh penjual-penjual kain tenun, servenior, rotan beg dan Bonde jawab dengan baik tak mahu beli, mereka tetap merayu dan merayu. Kesian didalam hati... akhirnya mereka kembali ke tempat mereka dan tak temankan Bonde. Bukan apa, belum masanya lagi untuk membeli belah, Bonde tak habis explore tempat-tempat menarik lagi.. Bonde pon ada target nak bershopping bila, ini baru hari pertama! maaf yea.. gigih mereka ni menjual barang kesana-sini moga ada rezeki buat anda semua.
Keadaan Bukit Merese yang kekeringan. Sebab jalan nak naik yang macam tulah yang buat Bonde rasa seriau nak naik, tapi next time Bonde target nak naik bukit ni.. harapnya masa tu pemandangan pokok menghijau dan cantik.
PEMANDANGAN BUKIT MERESE DARI ATAS
Next Entri : Jalan-jalan di Pantai Kuta Mandalika Lombok
Berkumpul di KLIA 2 jam 6.00 pagi
Penerbangan jam 8.30 pagi
sampai di Airport Lombok sambutan oleh team guide Lombok
Jalan-jalan di Pantai Tanjung Aan dan lihat Pemandangan Penyu Batu
Rehat di kaki Bukit Merese
Jalan-jalan di Pantai Kuta Mandalika Lombok
Melawat dan mengenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan
Makan malam di Ayam Taliwang Di Taliwang Irama 3
Check in Hotel Mataram
Rehat
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
alaaaa ini yang jeles ni, ada pantai cantik :(
BalasPadammy gosh! your photos are all so beautiful!
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between
wahhhh syoknya tengok pemandangan macam tu.bila entah boleh sampai sana jugak
BalasPadamSubhanallah, cantiknya dan jernihnya air laut.
BalasPadamBucket list juga lombok ni. Sebab semua cantik2 kan kawasan dia. Tgk gambar2 bonde ni je dah rasa teruja nak ke sana.
BalasPadamwah damai rasa hati tengok semua ni
BalasPadamSubhanallah, cantik sungguh view kat lombok ni...rasa damai ja tgk kebiruan ari laut tu
BalasPadamCantiknya alahai...teringin nak pergi juga..tunggu anak2 besar sikit baru boleh bawa travel
BalasPadamCantiknya pemandangan.. Bilalah dapat datang sini
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.