Assalamualaikum Dan Selamat Petang
Bonde nak kongsikan Menu ringkas masak sayur campur yang mudah dan terlajak sedap he he he.
Sayur Pea Sprout ni Bonde beli dekat Econsave murah jer lebih kurang RM 2.00 sepeket. Sayur ni spesis taugeh juga tapi dia lagi halus dari taugeh Bonde suka makan sayur ni sebabnya ianya agak manis kalau ratah panas-panas semangkuk pon boleh habis.
RESEPI SAYUR PEA SPROUT
PEA SPROUT
Bahan-bahan :
1 Paket - Sayur Pea Sprout
1 Biji - Lobak merah
1 Biji - Bawang holen
4 Ulas - Bawang Putih
3 Biji - Cili api merah
6 Biji - Fish Ball
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa manggi
Cara Memasak :
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan lobak merah dan sedikit air, bila lobak merah sudah lembut masukkan sayur Pea Sprout kacau-kacau, fish ball dan cili api.
Siap untuk dihidangkan... dan sedap dimakan bersama nasi panas.
~ Bonde Senyum Riang ~
8 Ulasan
selalu nampak tapi tak tahu dia spesies apa haha
BalasPadamKan...
PadamSama la kita :-)
SA suka jer sayur ni..sedap..goreng campur udang ngan shitake mushroom pun sedap bonde
BalasPadamBagus ni. Kategori pemakanan sihat juga ni kan Bonde?
BalasPadambaru tahu nama nya cenggitu. haha. selama ni tau makan ja. apa yg depan mata halal dimakan, semua makan :D
BalasPadamBetul bonde. Ratah macam tu semangkuk pun boleh licin. Sedap kan.
BalasPadamNi betul.
PadamKurangkan kan karbo.
More to makan sayur. Meratah sayur.
x pernah kot beli sayur ni lagi. Maybe sebab x kenal. x reti masak tu yg x beli. Tq for sharing. Kalu nampak, maybe akan beli. Mudah jer masak nyer ye.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.