Rendang Ayam Pencen Guna Serbuk Rendang Adabi



Rendang Ayam Pencen Guna Serbuk Rendang Adabi Assalamualaikum Dan Selamat Petang...Hai reader semua, Malam ni masak apa?? Kalau belum ada idea cubalah masa Rendang Ayam Pencen ni,  Kali ni Bonde masak versi mudah, cepat dan ringkas.  Maklumlah ibu-ibu yang berkerja macam Bonde ni mana ada masa sangat nak masak sedap-sedap dekat dapur tu kalau hari bekerja Isnin-Jumaat memang akan masak yang mudah, cepat ringkas seperti yang dinyatakan diatas ha ha ha.  Terpaksa ambik jalan mudah untuk memendekkan masa masak didapur dan mempercepatkan waktu makan he he he.  Kali ini, Bonde masak tanpa menggunakan santan, Bonde memasak menggunakan tiga jenis produk adabi iaitu Serbuk Rendang Adabi, Cili Giling Adabi dan Asam Jawa Xtra Adabi.

Rendang Ayam Pencen Guna Serbuk Rendang Adabi

Baca : Rendang Hitam

Rendang Ayam Pencen Guna Serbuk Rendang Adabi

 

BAHAN-BAHAN :

1 ekor - Ayam Pencen (yang telah direbus dalam "Presurre Cookers")

1 labu - bawang besar (di kisar)

4 ulas - bawang putih (di kisar)

1 inci - kunyit (dikisar)

1 inci - lengkuas (di kisar)

1 inci - halia (di kisar)

2 batang - Serai (hiris dan dikisar)

3 serangkai - bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis

4 sudu - Cili giling adabi

1 paket - Serbuk rendang adabi

1 paket - kerisik

1 sudu - Asam jawa xtra

sedikit minyak

sedikit garam

sedikit serbuk cukup rasa maggi

Rendang Ayam Pencen Guna Serbuk Rendang Adabi


CARA MEMASAK :

Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan semua bahan yang dikisar terlebih dahulu tumis hingga semua bahan garing, masukkan cili giling dan serbuk rendang dan kerisik gaul rata.

Kemudian masukkan daging masak sehingga empuk.

Setelah daging empuk masukkan asam jawa xtra, garam dan sebuk cukup rasa maggi kacau sedikit dan biarkan semua rasa cukup dan rata.

Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.

Rendang Ayam Pencen ni sedap dimakan bersama nasi, pulut kuning dan nasi impit.  Selamat mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. SA sekarang mmg dh selalu masak rendang...tp rendang org NS x guna bawang segala..cukup beberapa bahan je..nak cuba la serbik rendang adabi ni...tp tgh mengidam kari ayam...

    BalasPadam
  2. Wah sedapnya bonde...boleh try nantii


    jom join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    BalasPadam
  3. Aida lom mahir masak rendang. Resipi memang ada dah. Just lom start try an error.

    BalasPadam
  4. Wow sedap Tu.. nak lah sikit hihi

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.