MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM



MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hai reader semua... kebelakangan ini, Malaysia mengalami musim hujan dan cuaca yang sejuk,  Kalau musim ni datang Bonde jadi "penyegan" kata orang utara mood malas on ha ha ha.  Hujan-hujan ni datanglah mood malas dan mood lapar bergabung (oopps jangan tiru aksi ini).  Anda sebenarnya tahu tak ada Restoran best dekat Shah Alam yang memberi inspirasi rajin anda tiba-tiba datang.. malas masak dekat rumah, anda jadi rajin masak pulak dekat restoran, bezanya anda tak perlu sediakan bahan-bahan yang hendak dimasak hanya pilih bahan ikut apa yang anda suka dan seterusnya anda masak di meja anda samaada hendak grill atau makan berkuah terpulang pada anda.  Masak dan terus sahaja makan.. Ya Allah memang nikmat, bagi family Bonde, makanan Steamboat   memang kesukaan kami lebih-lebih lagi makan semasa cuaca sejuk.  MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

MENIKMATI SEAFOOD FRESH D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM


🐚MENARIK TENTANG D'KAYANGAN STEAMBOAT 🐙


Apa yang menjadikan restoran ini lain dari yang lain kerana terdapat menu-menu dibawah:

🆙12 jenis seafood segar disediakan setiap hari


🆙Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih

🆙Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!

🆙15 Jenis pilihan jenis sos

🆙2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam

🆙24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam, ikan, daging dan kambing

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'Kayang Steamboat  terdapat dua pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk dinikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.  Kali ni kami memilih  sup tom yam untuk menu rebus-rebus he hehe

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Peralatan yang perlu ada semasa makan steamboat adalah... senduk sup dan penyepit untuk menu grill dan majerin. Majerin tu kena letak terlebih dahulu dekat hot pot tu kalau tidak nanti semua menu melekat tak syok nak makan dan bila letak majerin tu satu aroma membangkit selera akan terbit secara tak sengaja.

D'KAYANGAN STEAMBOAT APA YANG MENARIK?



Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. 

Mari Bonde bawa anda terjah dekat dalam apa yang ada dan menarik untuk anda nikmati nanti.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Pada peminat telur anda ada dua pilihan telur disini iaitu telur ayam dan telur puyuh.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Jika anda peminat tegar mee kering disini terdapat aneka jenis mee kering untuk anda pilih mengikut selera anda.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Kesukaan Bonde ialah Yee Mee dan  So'un jadi kenalah ambik he he he

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Pelbagai jenis buah-buahan juga terdapat disini.  Kesukaan Bonde buah tembikai dan tembikai susu haruslah Bonde ambik he he he. 

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Pilihan minuman panas dan sejuk

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Peminat sayur macam Bonde memang teruja nak pilih sayur-sayur segar geram jer tengok hijau-hijau nih!

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Pelbagai pilihan fish cake, fish ball, dan sea food yang untuk dimakan seperti Yong Tau Fu

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Ish..ish teruja nak memilih.. tak tau mana satu nak ambik ha ha ha

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Ikan , daging dan ayam seafood yang telah di marinated

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

 Udang Segar

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Kupang Segar

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Kepah segar 

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Pelbagai pilihan Sos Cili disediakan mengikut citarasa ada seperti Sos Pedas, Sos Thousand Island Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Fu 

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Terdapat juga pilihan makanan berat seperti nasi goreng

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Nasi lemak dan mee kari

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Sebahagian hasil dari pilihan kami tadi untuk di grill dan di masukkan dalam sup Tom Yam

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Sebelum memulakan operasi mengrill dan mengesup ha ha ha (nampak sikit jerkan) tak per... tak perlu risau makan steamboat buffet kena rajin bangun dan top up apa yang rasa nak makan jangan ambik banyak-banyak lepas tu tak habis nanti anda kena caj sebab tak habis tau.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Hot pot dan grill kami sedang menjalankan tugasan, memasak menu pilihan kami.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM


Tukang masak yang diimport dari Rembau, (ha ha ha naseb budak hostel balik cuti wajib) suka betul Cik Fatin makan steamboat dan grill ni.  Ini memang makanan kesukaannya. Lagi-lagi ada kambing happy betul dia boleh repeat banyak kali dan makan tanpa had. Banyak kali dia bertambah kambing merinated tu.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Sementara menunggu makanan kami masak kami selfielah dulu... he he he

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Tadaaa menu yang telah masak tunggu sejuk untuk dingap he he he

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Seafood tom yam yang telah sedia untuk dimakan.

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Ikan bawal grill cicah dengan kuah kicap, fav tu... ratah panas-panas memang sedap sangat.

SPECIAL TEPPANYAKI

Selain dari menu-menu yang Bonde sebutkan diatas, ada juga menu tenpayaki dekat sini... pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas daging dan sayuran semua segar .

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

PENCUCI MULUT

Sudah tentu pilihan Bonde ialah ABC dan Ice Cream

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Pilihan Cake

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D'Kayangan Steamboat menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 300-400 orang di bahagian ruang terbuka. 

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

D’Kayangan Steamboat pernah menjadi pilihan beberapa rancangan TV popular dan viral tu...  

D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Anda wajib datang ke Restoran Dkayangan Steamboat & Grill tau! Kerana :

'Refill' soup unlimited!!

Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar

Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.


Ruang parking luas dan banyak


Kemudahan Surau untuk wanita dan lelaki disediakan di dalam premis

Harga:

Dewasa RM33.00 nett 


Kanak2 RM 12.50nett


Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!


Macam mana nak datang ??? guna waze type :
Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)

Jom booking ramai-ramai, Click jer sungguh mudah


D'KAYANGAN STEAMBOAT SHAH ALAM

Alamat:
D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat,
No.1, Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam
40100, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu: 5pm hingga 1am
Ahad: 12pm hingga 12am

No. Telefon:
012 - 2971091

Media Sosial:



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. Memang seperti sendiri duduk makan kat kedai tu semasa membaca review ni...jelas dan lengkap...senang nak decide utk dtg makan sebab semua persoalan terjawab =)

    www.corneliushenry.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ucapkan selamat menjamu selera di DKayangan Steamboat

      Padam
  2. sedapnyaaa....bila lahd dapt merasa?

    BalasPadam
  3. Banyaknya pilihan. Scroll sampai ke bawah ni haa....memang suka steamboat. Boleh masukkan restoran ni untuk next time. Kalau kuah tu suka ayam sebab anak kurang sikit kuah pedas.

    BalasPadam
  4. adoii sedapnyaa tengok Bonde bersteambot tuu, terliur betul tengok adanya pelbagai pilihan makanan yg ada tu! Dahlaa siap dengan cake, teppanyaki bagai lagii Allahu sedapnyaa rasa nak makan semuaa haha!

    BalasPadam
  5. wah di kayangan ade special teriyaki, sedap tuh... bestnya rasa nak pi plak tapi itulah masa plak tak de kann

    BalasPadam
  6. sedapnye bbq n steamboat tu...xpernh lg try mkn sini..meriah tgk mcm2 ada tu..lpr plak rasa..nanti ada kesempatan nk try mkn sini la

    BalasPadam
  7. I just went there for dinner last weekend... so yummy and my kids enjoy all the food... happy happy grilling and steamboating..

    BalasPadam
  8. Tudiaaa..beratur makanan..banyak betul pilihan..SA x pernah makan kat sini lagi..tp rasa nak terjah jugak lla nanti..nampak menarik...

    BalasPadam
  9. Alaaa bestnyer makan kat sini. Saya Saya kalau steamboat ni kurang sikit, tapi bila ada ada grill tu wow. Memang saya suka lah. Kena pergi ni

    BalasPadam
  10. Wow! Makanan nyer aneka ragam, sayur, dessert, seafood, daging, aneka mee, daging pon ada tu kan? Marveles. Memang berbaloi la makan2 kat sini sambil borak dgn famili or friends, kan :-)

    BalasPadam
  11. Pernah makan kat sini sekali. Memamng best dan berbaloi! Banyak pilihan makanan yang ada. Paling best free flow, eat all you can. Terbaik

    BalasPadam
  12. Lama tak pergi kat sini hehehe dulu pernah juga makan steamboat sini hehehe mewah dan banyak makanan menarik juga ok lah boleh kita datang lagi hehehehe hari tu ada BBQ kan kat sini...

    BalasPadam
  13. menarik ni.. boleh datang la dengan keluarga dekat sini...

    BalasPadam
  14. Pernah makan kat sini tahun lepas. Tapi ni kali menu dia lagi banyak eh. Rambang perut lah macam ni.

    BalasPadam
  15. Aduhhh tgk seafood dgn sayur tu fresh2 belaka.. mmg klau pergi ni boleh gain kilo tau.. murah pun murah.. makan sebanyak mana yang boleh..

    BalasPadam
  16. dekat aje boleh lah cuba nanti. nampak sedap sgt semua tu

    BalasPadam
  17. Dulu emi pernah bawak 1 family makan kat sini. Seronok betul semua orang. Almaklum, boleh makan sampai kenyang. Next time boleh repeat lagi

    BalasPadam
  18. Harga lebih kurang macam pakjohn tapi dari segi pilihan banyak dkt dkayangan.Aiii boleh p terjah lepas ni tapi kena pergi weekdays je weekend nehi heyy hahahaha

    BalasPadam
  19. The seafood really fresh and big. Long time did not go for seafood steamboat. More variety at this restaurant.

    BalasPadam
  20. Makan steamboat ni sedap..bayar murah, makan sampai kenyang. lepas tu ada macam-macam jenis makanan ada. Goreng ada, celup ada, bakar ada kan..best makan steamboat dekat sini..nad pernah makan sini..terbaikk

    BalasPadam
  21. murah je eh harga dia, jauh pulak nak try

    BalasPadam
  22. Sedapnya Bonde.. Dulu pernah juga datang berbuka puasa ramai-ramai dengan family. Memang sedap tambahan pula harga sangat berpatutan

    BalasPadam
  23. sedapnya, minat betul makan steamboat

    BalasPadam
  24. saya dah 2x pergi memang terbaik ! Murah lak tu

    BalasPadam
  25. Murahnya...boleh makan bersama family

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.