Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai reader semua, Pertama kali makan di Restoran 10 years yang terletak di dalam mall Sunway Pyramid. Kisahnya pada minggu yang lepas Kanda ada game Bowling dekat Mega Lane Sunway Pyramid Bonde pon followlah ke Sunway sekali sebabnya nak jalan-jalan dekat mall dan jjcm sekali dekat situ.
Memandangkan game selepas waktu magrib, kami dari pejabat terus ke sana dan jalan-jalan dahulu dah penat jalan, maklumlah mall besar semput ni kalau tawaf semua, tapi tidaklah Bonde tawaf semua.. hanya singgah mana yang rasa nak singgah sahaja. Tak lama lepas tu perut pon minta diisi, so Kanda buat keputusan nak makan dekat mana? Sebenarnya belumlah lapar sangat cuma nak minum dan makan makanan yang ringan sahaja.
LEPAK MAKAN DEKAT RESTORAN TEN YEARS SUNWAY PYRAMID
Wow menarik juga Restoran ni... ada banyak hidangan tradisional Malaysia.. teruja nak cuba semua makanan yang ada di katalog menu. Decoration Restoran ini juga menarik suka tengok dan yang penting Restoran ini bersih dan rasa selesa nak lepak-lepak minum coffee dan menikmati makanan.
Ditengah-tengah Restoran ini ada terdapat rak/almari yang dipenuhi dengan jajan (makanan ringan) zaman 70 an.. ada juga biskut timbang dekat belah atas... Hu hu hu memang menarik perhatian betul.
Tak lama lepas tu makanan kami pun sampai... APA YANG KAMI ODER DAN MAKAN?
TEH TARIK LELEH
Kenapa ada satu jer gelas.. Bonde minum air apa ? Mesti anda tertanya-tanya kan!! Bonde minum ais lemon tea jer... sebabnya air Bonde dah habis dulu hausss sangat ha ha ha
APAM BALIK SWEET
Kanda yang yang makan Apam Balik Sweet ni... dalam apam balik tu ada coklat dan kekacang, ada aiskrim dan pisang dimakan dengan peanut butter! anda pernah rasa... sedap juga.. lemak-lemak gitu... Harga RM 10.00 berbaloilah makan dengan harga ni sebab superb sedap!
TIGER CHAR KUEY TEOW
Kenapa namanya Tiger Char Kuey Teow... Adalah sejarah kenapa diberi nama seperti diatas baca dekat sini...
"The sound of rice noodles sizzling a high flame burning and crackling, and a spatula tapping against the wok, ignites the memories of one of Malaysia's favourite dishes. With a heritage of 60 years and counting, the popularity of the 3rd generation Tiger Char Kuey Teow from Penang has been tested and proven, rated as top 3 by famous food bloggers."
Peminat Char Kuey Teow ni memanglah suka makan... lebih-lebih lagi makan pada waktu panas, gaul kuey teow dengan cili suap ke mulut... menu ni memang kena dengan selera bonde hu hu hu Harga RM 13.90
MENU-MENU LAIN YANG TERDAPAT DI RESTORAN TEN YEARS
Kak Yati Nasi Lemak
Kak Tum Nasi Kuning
Kak Pah Nasi Dagang
Shun Fa Chicken Rice
T&T Prawn Mee
Nancy Nyonya Laksa
Abu Pasembur Indian Rojak
Kelantan Nasi Kerabu
Ten Years 3 Color Rice
Ten Years Fried Rice
Penang Assam Laksa
Dry Noodles
Soup Noodles
CAWANGAN RESTORAN TEN YEARS
Restoran Ten Years terdapat di tiga lokasi iaitu :Sri Petaling (HQ)
Evolve Concept Mall
Sunway Pyramid
REVIEW DARI BONDE
Makanan dekat sini boleh tahan sedap, harga pula standart sama macam restoran yang ada dalam mall yang lain. Kelainannya Restoran ini menghidangkan citarasa masakan tradisional masyarakat di Malaysia.
Pada anda yang merindukan masakan yang tersenarai diatas bolehlah anda terjah dekat Restoran Ten Years ni.. setiap masakan adalah citarasa dari resepi asal tukang masak yang popular.
Bonde nak datang lagi nak cuba makanan yang lain pula nanti.
Sesudah siap kami menjamu selera... Bonde pon pantas ke Mega Lane di tingkat atas untuk sesi game bowling pulak..
Good Luck Kanda he he he
Untuk info dan maklumat lanjut anda boleh terjah dekat facebook dibawah :
https://www.facebook.com/tenyears.my/
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
Apam balik tu nampak mengancam sangat..
BalasPadamSedap juga pilihan makanan kat sini kan Bonda..
BalasPadamSedapnya makan2..lama tk makan2 gini...haish bila la nk merasa...heheh
BalasPadamsedapnya. tapi jauh pulak nak pi mkn kat restoren ni
BalasPadamSA dh pernah review restoran 10 years ni tp cawangan Sri Petaling..sedap kan makanan dia..nanti nak repeat yg area sini pplak la
BalasPadamBerthn dah x jejak kaki di sunway pyramid. Rasanya x pernah gi sejak kawin, bonde. Time blaja dulu kerap dtg sini.
BalasPadamTeh tarik leleh tu menangkap pandangan aida hu hu hu...
Boleh tahan menarik menu2 nyer. Harga pun harga standard lah kan. Sunway pyramid kot, sure rate harga gitu lah.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.