KEMPEN JOM BERZAKAT ADA BANYAK HADIAH MENARIK




KEMPEN JOM BERZAKAT ADA BANYAK HADIAH MENARIK Assalamualaikum dan Selamat Pagi, hai reader semua.. Salam Jumaat.. Untuk peringatan bersama, Alhamdulillah Syukur... Bonde lama sudah membuat potongan Zakat melalui gaji, bukan apa Bonde ni mudah terlupa dan selalu terleka. Akhirnya Bonde buat keputusan untuk buat potongan Zakat pada setiap bulan melalui potongan gaji. Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukan.. Konsep dalam rezeki kita, ada rezeki mereka moga dapat meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan. KEMPEN JOM BERZAKAT ADA BANYAK HADIAH MENARIK

INFO :

KEMPEN JOM BERZAKAT ADA BANYAK HADIAH MENARIK



KEMPEN JOM BERZAKAT, BAYAR ZAKAT, ZAKAT HARTA, PUSAT PUNGGUTAN ZAKAT,

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.

Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.
  
Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.
KEMPEN JOM BERZAKAT, BAYAR ZAKAT, ZAKAT HARTA, PUSAT PUNGGUTAN ZAKAT,

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

 Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.


”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. zakat wajib dikeluarkan untuk bersihkan pendapatan kita walaupun rm1O kan..

    BalasPadam
  2. mcm2 adiah disediakan...sambil berzakat bole menang hadiah

    BalasPadam
  3. Good sharing Bonda.. berzakat menambahkan keberkatan dalam rezeki kita. Bagus kan kempen PPZ nie, siap boleh dapat hadiah sambil berzakat..

    BalasPadam
  4. bestnya.. pakej hadiah sekali.. tq info nya bonda ^^

    BalasPadam
  5. Lumayan hadiah yg boleh kita dpt nanti..jom bayar zakat sementara kempen masih berjalan..

    BalasPadam
  6. Lumayan hadiah nyer.
    Tapi utk wilayah ajer kan. If byr di sana. So far Melaka xde contest se menarik ni, bonde :-)

    BalasPadam
  7. Aida memang tiap bulan ketepikan amun khas utk zakat. Biasa nyer end of the year, disember, aida & asben gi settle. To get free from lhdn definitely.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.