JATUH CINTA DENGAN SHO RED GINSENG DARI KOREA Assalamualaikum Dan Selamat Petang...Hai reader semua, Bonde nak share dengan anda semua, tentang satu produk ni yang diberi nama Special Homecare Origin atau SHO Red Ginseng ( Apa?? ingat jatuh cinta sama Oppa Korea yea), taklah... Ini adalah salah satu rahsia orang Korea cantik dan muda remaja sentiasa. Memandangkan usia yang dah masuk 4 serries ni, keutamaan pada kulit muka memang kena dijaga dengan rapi, untuk mengekalkan kesihatan pada kulit muka secara semulajadi bermacam cara kena dicuba termasuklah yang tradisional dan moden dicari. Pernahkan anda dengar mengenai produk SHO Red Ginseng. Kalau anda tak pernah tahu tentang produk SHO Red Ginseng mari Bonde jelaskan dan teruskan membaca entri ini. JATUH CINTA DENGAN SHO RED GINSENG DARI KOREA
JATUH CINTA DENGAN SHO RED GINSENG DARI KOREA
Anti Penuaan Red Ginseng Ampoule (50ml)
Gunakannya pada setiap hari ketika kulit kurang nutrisi. Ampoule Merah Ginseng Merah yang mengandungi 42% ekstrak Red Ginseng dan khusus dirumuskan untuk Membekalkan nutrien, Pemulihan kulit dan Melembapkan kulit.
KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM SHO RED GINSENG
Ekstrak Red Ginseng:
Menghidupkan semula, Menyuburkan kulit anda.
Camellia Oil:
Meningkatkan cahaya kulit, peningkatan tekstur kulit.
Paeonia Suffruticosa Ekstrak akar:
Kesan antimikrob, peningkatan tekstur kulit.
Morus Alba Rooat ekstrak:
Kesan anti-penuaan.
Ekstrak biji kakao Theobroma:
Kesan antioksidan, kesan anti-penuaan.
KEBAIKAN SHO RED GINSENG
CARA PENGGUNAAN :
PERCUBAAN PADA DIRI SENDIRI..
TIPS PENGGUNAAN SHO RED GINSENG:
Selepas bersihkan muka, sapukan kulit muka dengan toner, selepas itu titiskan SHO RED GINSENG pada kulit muka pada bahagian dahi, pipi kiri, dan pipi kanan, hidung dan dagu.
Katakan Tidak kepada bahan-bahan berbahaya:
Triethan olamine, Benzo phenone, Minyak mineral, Sulfat, Paraben, Aryl amide. Wanita hamil selamat digunakan.
INFO UNTUK ANDA SHO RED GINSENG
SHO ampoule direka sebagai kegunaan harian ampoule ( hanya menggantikan serum dengan SHO ampoule)
Ampoule 3X lebih berkesan dan penyerapan berbanding Serum
10 botol dijual seminit di seluruh dunia
SHO Ampoule ini, akan dirasai selepas 1 kali pemakaian. 80% daripada pengguna memberi Review tentang ini.
Tahap penurunan minyak sebanyak 60% dan tahap kelembapan meningkat sebanyak 46% selepas 1 kali pemakaian. Ternyata...hebat bukan! Klinikal diuji.
REVIEW DARI BONDE
- SHO RED GINSENG ini sangat selesa di pakai, tidak melekit dan cepat menyerap pada kulit
- SHO RED GINSENG ini boleh di campurkan dengan pondation dan disapu pada kulit muka
- SHO RED GINSENG berbau harum
- Bila memakai SHO RED GINSENG ini rasa berkeyakinan :) sebab kulit muka rasa segar dan sihat nampak keremajaan disitu walau telah berusia 40 tahun.
- Bonde sarankan untuk anda cuba juga untuk mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit Muka!...
INFO LANJUT :
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web berikut :
SHO Malaysia FB :https://www.facebook.com/shomalaysia/
Di mana untuk membeli:
50 kedai Sasa dipilih
~ Bonde Senyum Riang ~
29 Ulasan
cantiknya packaging!
BalasPadamLawa sangat packaging. Nampak meriah dan exclusive
BalasPadamFav ampoule so far. Kalau hbs wajib beli lagi.
BalasPadamnampak best pulak ni, bonde
BalasPadammenariknya.. kulit pun perlu nutrisi macam perut kita kan
BalasPadamMacam menarik aje ni bonde, berkenan pulak nak try. Heheh ;)
BalasPadamNo wonder lah kulit orang korea cantik2 kan bonde. Produknya pun terbaik
BalasPadamselamat pagi bonde....
BalasPadamkulit org korea semuanya ccantik² kan...
wah macam best ja bonde.packaging dia pun lawa lah, eksklusif.
BalasPadampackaging dia nampak exclusive la...next bleh skodeng ni..menarik
BalasPadamNampak menarik nie Bonda.. rasa macam nak cuba juga lah nanti..
BalasPadamakk nampak muda je..hehe tk mcm 40 series pun...
BalasPadamthanks for sharing this product else I don't know about it. I am your 1197 followers, would like to know more of your update on blog. :D
BalasPadamI like beauty product, will check this out!
feel free to follow me on namesherry.com
Ala-ala serum jugak kan . Lepas ni lagi awet muda
BalasPadamFirst time see this product... red ginseng looks good..great for our health.. nice products..
BalasPadamRawlins pun suka Red Ginseng based products - almaklum kulit muka Rawlins nie jenis sensitif maka dengan khasiat dari Red Ginseng, alhamdulilah elok la sikit. Nampak gaya Rawlins pun kena chek out SHO kelak.
BalasPadamthis month my becoming 4series month, bonde.
BalasPadambut started la guna skincare for 4series. korea product now da semakin bagus.
r&d nyer terbukti maju dan berkesan.
Wow product dari korea memang tak pernah menghampakan. SR sendiri pun baru nak berjinak follow korean skincare routines tuu untuk dapatkan effect glowing skin. hehe. nice entry bonde!
BalasPadamMemang ya kok saat ini byk orang mencari produk korea terutama kecantikan. Dan korea pun terkenal dg ginsengx
BalasPadamOoo ni rahsia bonde ye. Patut makin cun sekarang. Kinah pun nak cun macam bonde jugak la
BalasPadamWah makin cantik la bonde guna red ginseng ni. Nampak cam best jer. Manfaat pun banyak untuk kecantikan kulit
BalasPadamSHO RED GINSENG ini sama dengan serum kah? Jadi klo udah pakai SHO RED GINSENG, tak perlu pakai serum lagi? Atau bisa keduanya ?
BalasPadamOh mcm best jugak ye tgk Sho Red Ginseng ni, nampak mcm okay je pakai kat kulit. First time dgr pasal ni, good to know!
BalasPadamwahhhh lepas baca entri nie, rasa teringin pulak nak cuba Sho Red Ginseng nie. produk korea mmg sekarang menjadi pilihan org ramai sebab kualiti dan keberkesanan dia. nk dapatkan lah satu !
BalasPadamMenarik juga ampoule SHO Red Ginseng ni ya. banyak kebaikannya pada kulit. Kalau guna ampoule, serum tak perlu guna dah ke Bonde?
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Wahhh macam best je produk ni bonda..ada ginseng lagi. Lom pernah pakai produk ada ginseng ni..kena try gak ni
BalasPadamTengok ginseng ingatkan kena minum, hahaha. Rupanya sapu je eh. Mudah la nak guna nanti. Kena guna ni la nampak gayanya untuk awet muda
BalasPadamingatkan ginseng yang minum tu..skang ni ginseng pun boleh tepek-tepek kat muka gak ye..first time dengar ada kandungan ginseng.
BalasPadamBest kan ampoule ni kan..boleh gantu serum...with of course with more benefits...
BalasPadamBau ginseng dia kuat tak kak?
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.